Google
 

Follower

Are Looking For New BodyGuard ?

Are Looking For New Body Guard ?  Consider above candidate ?

Berita Gempar : Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit

 Assalamualaikum dan apa khabar semua?. Sebelum apa-apa Liza ingin mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain bola sepak kita yang telah berjaya mengalahkan Indonesia malam tadi (26 Disember 2010) dengan tiga gol berbalas kosong. 
 
Oh lupa ini berita ganjil baru diterima dari Indonesia, yang mengisahkan seorang wanita yang bernama Noorsyaidah 40 tahun seorang guru tadika dari Sangatta. Beliau mendakwa wayar besi telah muncul dari pinggang dan mula dikesan pada tahun 1991.

Aduh peliknya macamana wayar besi boleh tumbuh. Apa pun itulah kekuasaan Allah yang Maha Besar.  Ikutilah video dibawah ini


Malaysia vs Indonesia - Perlawanan Balas Dendam ?


Asalamulaikum semua apa khabar? sihat ?. Liza sekarang dikampung ibu kerana sepupu buat kenduri kahwin. Alhamdulliah semua dah selesai baru hujan kalau tak susah juga tadi.  Seperti yang kita semua ketahui semua, malam ini 26 disember 2010 ada perlawanan bola  diantara negara kita Malaysia melawan Indonesia.

Abang liza dan geng-geng diorang dah bersiap-siap hendak ke Bukit Jalil jam 6.00 nanti, Liza memang tak minat bola-bola ini, hanya ingin tahu keputusan sahaja. Walaupun begitu liza harap pasukan negara kita dapat memberikan persembahan terbaik - anggaplah ini perlawanan balas dendam kerana kita pernah diaibkan oleh Indonesia.

Liza menyeru kepada semua penyokong-penyokong Malaysia harap dapat memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada Malaysia sama ada Malaysia menang ataupun kalah. Jangan terlalu mengikut emosi dan hati-hati semasa perjalanan pergi ataupun balik.



Amah Indonesia Pembunuh & Perompak Majikan Sendiri

 

PASIR MAS – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh majikannya, seorang warga emas sebelum melarikan diri di Kampung Lubok Tapah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, suspek yang hanya dikenali sebagai Faridah, 21, dipercayai menggunakan senjata tajam menyebabkan kecederaan parah di muka mangsa, Yeap Seok Pen, 60.

Anak mangsa, Lee Chee Kiong, 30, berkata, dia bersama bapanya terkejut melihat keadaan ibunya yang berlumuran darah sebaik sahaja memasuki rumahnya selepas pulang dari berniaga di bandar ini pada pukul 1.30 petang. 

Menurutnya, dia yang panik melihat keadaan ibunya terus berlari keluar dan meminta bantuan orang ramai sebelum bertindak menghubungi pihak polis.
“Pada masa itu, saya dapati pembantu rumah yang bekerja sejak dua minggu lalu telah melarikan diri dan beberapa jenis barangan berharga turut hilang,” katanya ditemui di tempat kejadian semalam.

p/s : Mengerikan !!!  Kurang ajar betul..

Kisah Si Penjual Kuih


Liza ingin berkongsi dengan anda semua kisah ini yang liza jumpa di Carigold Forum

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya
lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! 


P/S :  Sama-sama kita ambil iktibar ..

Mengurangkan Rasa Masin Dalam Gulai

Pernahkan anda masak gulai `termasin' ?. Terus-terang Liza pernah mengalami, pada awal - awal belajar masak. Tapi sekarang insallah tidak lagi. Disini liza ingin berkongsi satu petua mudah untuk mengurangkan rasa masin dalam gulai. Ambil hampas kelapa yang telah digunakan masukkan dalam kain dan ikat dengan ketat seperti sup bunjut.  Kemudian masukkan  kedalam periuk. Biarkan beberapa minit terendam dan kemudian angkat. 

Insallah gulai anda akan menjadi kurang masin. Cubalah sendiri.

Betul Ke Anda TAKUT KEPADA ALLAH ?



Takut kepada Allah berbeza dengan takut kepada haiwan ganas. Takut kepada haiwan liar kita akan menjauhkan diri, tetapi jika kita takut kepada Allah kita akan menghampirinya iaitu dengan membuat apa yang diperintah dan menjauhkan apa yang dilarang.

Persoalannya adakah anda betul-betul takut kepada ALLAH?, Berikut ciri-ciri atau tanda-tanda seseorang itu benar-benar takut kepada Allah.


1. Pada Mulut (Lisan)
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak.
 
2. Pada hati.
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan.

3. Pada Matanya
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar.
 
4. Pada Perutnya
Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar.
 
5. Pada Tangannya
Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT.
 
6. Pada Langkahnya (kaki)
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.
 
7. Pada ketaatannya
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik.
 Islam: What the West Needs to KnowWhat Everyone Needs to Know about IslamInside Islam (History Channel)

    

Kemalangan Ngeri 12 Maut , 40 Cedera pada 10/10/2010



Salam semua ngeri bila dengar berita kemalangan di Rembau malam tadi. Liza ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga-keluarga mereka. Untuk makluman lanjut jemputlah ke blog Kak Ina di : Kak Ina

Nak tengok lebih banyak gambar sila ke blog kawan liza nie : http://masmurni.blogspot.com

Liza : Seram bila lihat senarai yang maut, manalah tahu ada saudara atau kawan-kawan. Alhamdulliah tiada..

Kerja Yang Paling Senang Didunia .

Siapa tahu kerja apa yang paling senang didunia ini ??? 
Jawapannya ialah ....
 Yer..Tukang jahit sebab selalu `goyang kaki'

Ini Manisah anak Haji Bahkhil pun kerja senang juga,

How to Prevent Vehicle Theft

The Club 7500 Quad Lock Club Vehicle and Air Bag Anti-Theft DeviceCar theft is a common crime and a lot of thieves actually get away with it. Once a car is delivered to a chop shop, you may as well forget about ever seeing it again. This is the biggest reason you should keep an up to date comprehensive and collision car insurance policy. In this way you will get another car for less. What do you know about how to prevent vechicle theft?

Car security systems have become extremely advanced. Having one installed in a car is one of the ways that you can avoid someone tampering with it. This is also a great way to get lower premiums on car insurance. There are many kinds of systems to choose from and most of them are really affordable. Check online for the best deal you can get.

Sometimes car owners leave personal items in their cars like CD players, purses, and suitcase. These are temptations that a thief might not be able to pass up. Never leave these kinds of items in your car where they are visible to someone walking by. Tinted windows may also be something you might want to have for your car. This would be the best way to keep the interior more private.

Anti-Theft Shift Lock, Polaris RZR (-S)Think about how many times you left the car windows down because you were just running in the convenience store a soda and candy bar. Would you be shocked to know that many people have their cars stolen in this way? Some of the car thieves out there are professionals and can have your car started and gone by the time you get out of that store.

One obvious thing you can do to keep someone from stealing cars is to never leave the keys in it. Many people think because they will only be away for a minute or two that their car will safe. This is exactly the window of opportunity that car thieves look for. Make it a habit to take your keys out no matter if you are going to be in a place that will allow you to see your car.

Never use those plastic boxes made for spare car keys. These are designed to attach by a heavy duty magnet to the inside of the motor or some places underneath the car. These are old school inventions and thieves know all about them. While you think that car is safe from being stolen while you are shopping in the mall, a thief could halfway across town in your car.
Vehicle Security Systems: Build Your Own Alarm and Protection SystemsWhen you get home in the evenings and check your mail, make sure to take it all in. Do not leave any paperwork in the car that reveals any personal information about you. Many people have lost their identity this way. Also, place the registration card to your car in your purse or wallet. Most people leave it in the glove compartment where as thief could get to the information on it.

Always try to park in well lit areas at night. Make sure to pull up your emergency brake and turn your wheels to deeply when you park. This will prevent it from being put onto a wrecker. Never think that because a car is old that no one will want to steal it. You could have a beat up bomber that is twenty or thirty years old, but the parts in it are wanted by other people with collectors car like yours. Thieves make great money selling these parts on a black market. Learning how to prevent vehicle theft from happening to you will save you a lot in the long run. Isnare,



Selamat Hari Malaysia 16 September 2010



Liza ingin mengucapkan selamat hari Malaysia 16 September 2010. Pada hari ini Sabah dan Sarawak dan bergabung dengan Tanah Malaya bergabung menjadi sebuah negara baru iaitu Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut sila ke : Wikipedia

Takziah Buat Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya,Kamil,Kamaruddin Dan Hisham


Datuk Sosilawati Lawiya

Hisham

Kamaruddin

Kamil

Liza sungguh terkejut dengan berita kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati lawiya bersama 3 orang yang lain iaitu Kamil, Kamaruddin dan Hisham.  Menurut beritanya mangsa dipukul sehingga mati dan mayat dibakar kemudian abunya dibuang di anak sungai berhampiran dengan ladang Gadong  Tanjung Sepat Banting Selangor.

Setakat ini 8 orang telah ditahan polis termasuk seorang peguam bergelar Datuk. Menurut kawan liza yang tinggal di banting surat khabar pukul 9.00 pagi sudah habis dijual macam goreng pisang panas !!.

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai kesemua mereka yang melakukan pembunuhan kejam ini adalah berketuruan India.  Apapun liza mengucapkan takziah kepada keluarga  Allahyarham Sosilawati, peguam, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dan pemandu. Semoga mereka mendapat balasan hukuman yang maksimum.



 
  Ini suspek ialah utama ialah Datuk K. Patmanaban, 41
  
Kes pembunuhan kejam ini telah menambah koleksi  pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini  diantaranya  kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar. Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Liza :  Sedihnya hilang seorang jutawan melayu !!!




Birthday Cake For You !!



Aduh hai ..patah selera nak rasa kek ini.. ada `extra' protin la pulak

Iklan raya TV3 yang ditarik balik ala - ala santa claus !!

Ini adalah iklan TV3 raya, ala -ala Santa Claus. Akhir ditarik balik !!

Itulah akibatnya kalau buat iklan tak ambil kira sensitif agama.

Ditembak Selepas Tegur Rakan Tidur .

Macam-macam cerita bulan Ogos ini, yang ini pun mengerikan.  Akibat  salah tegur orang tidur silap-silap kena tembak. Tiba-tiba liza teringat cerita P.Ramlee - Ali Baba.  



Senapang Gajah Macam Ini Ker?

Ikuti berita dibawah ini,

KLANG – Niat murni dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam menegur seorang rakan sekerja yang didakwa tidur ketika bertugas berakhir dengan mereka ditembak mati di tempat letak kereta HTAR.

Dalam tragedi pada pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu P. Mailvaganam, 46, dan S. Gunasilan, 22, masing-masing terkena satu das tembakan di dada. Mereka mati di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, ketika kejadian dua mangsa yang terkorban dan suspek yang berusia 37 tahun itu bertugas pada syif malam bermula pukul 7 petang kelmarin hingga pukul 7 pagi semalam.

“Kita percaya pembunuhan itu berpunca apabila suspek yang berasal dari Sabah itu tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua mangsa menegurnya yang tidur ketika bertugas.

“Ekoran teguran itu, mereka bertiga bertengkar sebelum berlaku cabar-mencabar,” kata Omar ketika ditemui di tempat kejadian.

Suspek yang hilang kawalan bertindak melepaskan dua das tembakan daripada pump gun yang dibekalkan kepadanya sebelum terkena dada kedua-dua mangsa.


Menurut beliau, selepas melihat dua rakannya rebah dan berlumuran darah suspek yang dipercayai panik tampil menyerah diri kepada Ketua Pengawal Keselamatan HTAR, Abd. Ghani Abd. Rahman di pondok keselamatan yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Selamat Hari Wanita : 25 Ogos 2010


Selamat Hari Wanita pada hari 25 Ogos 2010, buat ibu tersayang Pn. Saadiah, Makcik-Makciku, My Sister, Zailani @Esah, Napisah, Maznah, Maziah, Ira,Aja, Kak Ros, Kak Dayang, Farah, Iza, Jaja, Nadilah @ Dila, Lyiana pendek kata semua wanita. Semoga kita semua akan menjadi wanita - wanita yang hebat. Teringat Liza  kepada pepatah` Tangan yang menghayung buaian boleh mengoncang dunia'. 

Bukan maksud liza ingin menandingi kehebatkan kaum Adam tetapi hebat dengan menjadi anak perempuan yang taat kepada ibubapa, isteri yang taat dan  komited kepada suami, Ibu yang berjaya mendidik anak-anak, pekerja yang komited & disenangi oleh rakan sepejabat, sahabat yang bersedia membantu rakan-rakannya, muslimah yang solehah dan sebagai sebahagian dari warga negara yang berguna dan boleh menyumbang kepada pembangunan negara tercinta `Malaysia' ...aminnnn

Sambutan kali ini diadakan di UKM, dan dirasmikan oleh Perdana Menteri : Dato Seri Najib

Tema Hari Wanita pada  kali ini ialah ` Satu Azam Wanita 1 Malaysia'.  Harapan liza supaya kaum Adam lebih menghargai wanita ~ isteri, ibu,anak, teman wanita, tunang .

SELAMAT HARI WANITA UNTUK SEMUA WANITA!!!

 











What Happy Women Know: How New Findings in Positive Psychology Can Change Women's Lives for the BetterHow to Make a Pregnant Woman HappyWhat Happy Women Do: Nail Night and the Unicorn Dance--A Salute to Sisterhood and the Rituals that Sustain Us




Murid Perempuan Tahun Enam Sudah Kemaruk Seks



Ya Allah .. sedih dan terkejut dengan berita ,  apa sudah  jadi dengan murid-murid sekarang ? Sanggup buat perkara terkutuk di bulan yang penuh rahmat ini. Inilah yang menjadikan wabak buang bayi menjadi - jadi.
Siapakah yang harus dipersalahkan ? keluarga, guru, masyarakat ?? Kepada ibubapa awasilah pergerakan anak-anak anda !!

Berita asal
KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.



“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.

Tip - Tip Ketika Membeli Makanan DiBazar Ramadhan



Assalamualaikum semua, malam ini tetiba liza rasa gatal tangan nak tulis walaupun badan ini letih sangat sebab siang tadi balik kampung. Musim sekarang tempat yang paling popular bagi umat islam ialah bazar ramadhan.  Erm.. bazar ramadhan yang muncul setahun sekali itu memang unik kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh umat islam yang berpuasa tetapi juga dari kaum-kaum yang lain seperti cina , india dan pelancung dari negara Arab & Eropah.

Disini liza ingin berkongsi dengan anda tip-tip ketika membeli di bazar-bazar ramadhan,
1. Membeli gerai dan penjual yang bersih sahaja. Yelah bersih dari segi gerai, makanan, pakaian dan sebagainya. Ini kerana kebanyakan peniaga di bazar Ramadan hanya 
memikirkan  keuntungan tanpa mengira  kualiti dan kebersihan makanan. Silap hari 
bulan kita boleh jatuh sakit kerana keracunan makanan.

2. Tetapkan belian anda contoh RM10.00 untuk setiap kali membeli dibazar Ramadhan. Ini boleh mengelakkan anda berbelanja lebih dari budget (membazir) . Maklumlah tengah lapar dan dahaga..kalau boleh semua nak dibeli.

3. Membeli makanan/minuman yang dibuat disitu contoh martabak, karipap etc. Maksud liza  makanan/minuman masih panas. Ini kerana ada sesetengah makanan seperti lauk-lauk yang berkuah  dimasak seawal 8-9 pagi dan mula berjual jam 3 petang. Mesti makanan itu sudah tidak segar dan ala-ala basi.

4. Rancang siapa yang akan pergi membeli . Kalau sekeluarga itu, biar pergi sekali sahaja.   Jangan mak/bapak pergi kemudian anak pergi lagi. Sudah tentu akan berlaku lambakan makanan diatas meja kan. Siapa yang rugi ?

5. Bagi mereka yang rumahnya dekat dengan bazar , Kalau nak murah pergilah membeli 
disaat-saat nak buka puasa. Mesti murah gila..silap hari bulan dapat FREE !!!

Bercerita tentang bazar ramadhan ini, teringat kisah ribut yang melanda bazar di Jasin Melaka yang telah mengorbankan 3 nyawa.
    
  

p/s : Semoga kejadian diJasin itu memberi pengajaran kepada kita semua !! Al-Fatihah untuk yang telah terkorban..

Eeeee...Sakitnya Hati ini Bila...


Assalamualaikum pembaca semua, liza mohon maaf kerana sudah lama tidak `update' blog ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Liza ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kejadian yang benar-benar berlaku keatas diri liza ini. Kisahnya begini sehari sebelum puasa iaitu hari Selasa 10 Ogos 2010. Liza keluar makan tengahari bersama-sama `housemate', tetapi banyak kedai yang telah menutup perniagaan mungkin kerana esoknya puasa.  

Akhirnya kami pun singgah disebuah kedai, kami pun memilih makanan dah duduk disatu sudut, sedang kami sedang menikmati makanan tiba-tiba ex-house mate kami iaitu Ema (bukan nama sebenar)  bersama tiga kawan-kawannya pun duduk semeja dengan kami.  

Dengan selambanya Ema menegur liza katanya ` Hai makan sayur jer, makanlah ikan ke ayam ke bukan mahal sangat pun' . Eehhhh geramnya panas hati liza, Liza pun jawap ` Nampak ada yang nak kena baling dengan pinggan nie kang, Suka hati aku lah bukan aku guna duit mak bapak kamu beli nasi nie !!!' . Kawan housemate dan kawan Ema terkejut dengan jawapan liza. Liza hilang selera makan, terus bangun dan bayar dikaunter dan balik ke rumah dengan teksi.

Liza taulah Ema itu datang dari keluarga orang kaya ada `business family' sendiri, janganlah hina orang lain , Liza sedar diri yang liza tidak berkemampuan seperti dia. Segala kekayaaan dan kemewahan diatas dunia ini Allah yang beri, bila-bila masa Allah boleh tarik balik.  

Sungguh-sungguh  sakit hati dan terhina hari itu. Liza dengar khabar Ema akan kawin bulan September nanti. Liza berjanji pada diri  ini tidak akan hadir ke Majlisnya nanti walaupun dia hantar kat jemputan. 

`Ya Allah Ya Tuhanku jauhkan diri ini dari bersifat seperti Ema itu'.

Adakah Anda Orang Paling Cantik ?



1. Siapakah orang yang paling cantik?  Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.    

2. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s    

3. Siapakah orang yang manis senyumanya?  Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.     

4. Siapakah orang yang kaya?  Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.     

5. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.     

6. Siapakah orang yang rugi?  Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.     

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?  Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.     

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?  Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.     

9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Belanda Vs Sepanyol Siapa Agak Yang Menang ?

Pasukan Belanda 2010

Pasukan Sepanyol 2010


Milik Siapakah Piala Ini ?

Awal pagi esok (Isnin) 12 Julai 2010, merupakan detik getir bagi kedua-dua pasukan terkuat dalam merebut Piala Dunia 2010. Belanda dan Sepanyol merupakan pasukan yang masih `terselamat' dari tersingkir. Kedua-dua pasukan ini turun menempah sejarah tersendiri kerana buat pertama kali  bertembung diperingkat akhir. 

2010 FIFA World CupLiza tidak kisah pun siapa yang menang. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Bagaimanapun liza berpendapat pasukan Belanda akan menang kerana mereka `defender' yang kebal. 

Kepada mereka yang `gila bola' jangan lupa tengok TV1 jam 2.30 pagi tetapi janganlah `terlajak' subuh sudahlah. 
 
Nak download percuma lagu Piala Dunia 2010 - Shakira Wawa 1, 

Nota : Liza tak tengok sebab esok ada kuliah !! Baca paper jer nak tahu siapa yang menang.


Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht