Google
 

Follower

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430

1430 Bersamaan 29 Disember 2008

Lagi dua hari(29 Disember 2008) kita akan masuk tahun baru Islam (ma'al hijrah 1430). Liza ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua pengunjung beragama islam yang telah memberi sokongan kepada cybercafe2u.

Semoga setahun yang berlalu telah menjadikan kita lebih matang dalam membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan akan terus berusaha untuk menjadi umat yang terbaik didunia disamping mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.

liza : Jangan lupa ikuti Siaran Langsung Perhimpunan Maal Hijrah 1430H / 2008M dari Dewan
Pleneri, PICC bersiaran di RTM 1, bermula jam 9.00 pagi.

To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

Awas Perangkap Syaitan

Awas Perangkap Syaitan.

1. Melalui sifat bohong dan angkuh


Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat


Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)


liza : Sama-sama beringat !!

To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com

To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

Ucapan Terakhir Untuk Seorang Presiden Bush







“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing! begitulah kata seorang wartawan iraq kepada Bush dan sertai satu `lambaian mesra'. Kalau dia baling kerusi kan bagus. Begitulah marahnya rakyat iraq kepada `manusia bertopengkan syaitan' yang telah menghancurkan negara orang lain. Ikuti berita penuh dibawah ini

Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.

Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.

Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.

Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.

Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.

Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.



liza : Kalau ramai-ramai baling kasut sure kena ...

To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com

To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban


Assalamualaikum semua dalam masa 3 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban iaitu pada 8 Disember 2008. Insallah hari raya haji kali ini, liza akan balik ke kampung ke pantai timur harap-harap tak banjirlah. Kalau banjir susahlah nak buat korban nanti.

Hairan jugakan kenapa hari raya haji, tak / kurang lagu raya ??

Ikuti takzirah mengenai hari raya haji

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Alhamdulliah ramai umat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin dan ramai juga umat Islam yang menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam.

Tapi yang lebih penting ialah semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Insallah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan mengurangkan jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Oleh kerana itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

liza : Rindu takbir raya...


To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com

To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

Boikot Peniaga KEJAM !!!!!

Liza geram dengan para peniaga kita yang `cekik darah' yang tidak mahu menurun harga walaupun harga minyak dah beberapa kali. Tak tahulah apa sebabnya tetapi mungkin juga `orang tengah' yang tak turun harga sebab itulah peniaga tak `rela' untuk menurunkan harga.

Langkah CUEPACS mengadakan boikot amat-amat liza sokong. Kalau boleh bagi senarai peniaga dan orang tengah yang masih `berdegil' tidak mahu menurunkankan harga produk dan perkhidmatan mereka.

Kita sebagai pengguna, hendaklah `bijak' menggunakan `kuasa beli' yang ada untuk `mengajar' peniaga-peniaga tersebut. Di zaman kemelesatan ekonomi dengan harga komoditi merudum pastinya menghimpit golongan miskin.

Liza harap semakin ramai NGO seperti CUEPACS yang memperjuangkan nasib pengguna, macam NGO-NGO diluar negeri, disamping pemantauan dari kerajaan.

Ini sedutan berita dari Utusan Malaysia

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan satu perhimpunan memboikot para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, perhimpunan itu akan diadakan di ibu negara pada Disember ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

‘‘Para peniaga yang enggan menurunkan harga barang akan diboikot, ini kerana harga minyak sudah beberapa kali diturunkan tetapi harga barang masih sama di paras ketika kenaikan harga minyak dulu.

“Ini sememangnya tidak adil bagi pengguna dan sewajarnya peniaga wajib menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak semasa seperti yang diumumkan oleh kerajaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Perkhidmatan Kakitangan Awam dan Isu Semasa di Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu semalam.

CUEPACS dianggotai oleh kira-kira 1.2 juta ahli, MBM seramai 3.5 juta manakala FOMCA yang merangkumi 11 gabungan mempunyai 11,000 ahli,

Omar berkata, perhimpunan tersebut adalah bagi mendesak serta memberi kesedaran kepada para peniaga supaya akur dengan saranan kerajaan menurunkan harga barangan.

Menurutnya, kenaikan harga barang bukan sahaja dirasai penduduk bandar tetapi juga di luar bandar dan antara alasan mereka ialah kos pengangkutan serta harga borong masih mahal.

Pada masa sama katanya, pengguna juga perlu bijak menggunakan kuasa mereka bagi memberi pengajaran kepada para peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.

Sementara itu, Exco MBM (Bahagian Kepenggunaan), Irmohizam Ibrahim ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, tujuan NGO itu bergabung adalah untuk mendidik dan menyedarkan pengguna tentang hak dan peranan mereka.

Menurutnya, Kempen Konsumer Kebangsaan yang akan dilancarkan itu bukan bertujuan menjejaskan ekonomi negara malahan bertindak selaras dengan seruan kerajaan yang mahu peniaga menurunkan harga barang.

“Sekiranya peniaga masih berdegil sehingga Disember ini, maka badan ini akan mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan drastik ke atas peniaga terbabit,’’ katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berpendapat, syarikat-syarikat pengeluar barangan, makanan dan bahan mentah yang besar sebenarnya yang mengawal harga barang di pasaran.

Menurutnya, pengguna kini boleh membandingkan harga-harga barang yang murah di beberapa pasar raya dan memboikot barangan yang tidak langsung berganjak daripada harga ketika minyak naik dahulu.

Tujuan NGO itu bergabung katanya, ialah untuk membentuk badan pendesak kepada para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang.

Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman bagaimanapun berpendapat, sebelum NGO berkenaan membuat tindakan tersebut, mereka sepatutnya mengenal pasti di peringkat mana dan punca harga barang tidak boleh diturunkan.

“Siapa sebenarnya yang patut diboikot sama ada pengimport, peruncit atau pemborong kerana dikhuatiri ada pihak-pihak yang turut menjadi mangsa kepada tindakan boikot itu,” katanya.


Boikot produk-produk Israel !!

To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

Rumah Tangga Abby Abadi & Norman Hakim Kembali Bergelora


Nampaknya rumahtangga abby abadi & Norman Hakim kembali bergolak, sejak kes khlawat Norman dengan Memey Suhaiza terbongkar. Norman kata dia diperangkap, hanya Allahlah yang tahu.

Ikutilah cerita mereka dibawah ini,

Pelakon popular, Abby Abadi gagal memfailkan perceraian dengan suaminya, Mohamed Norhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, yang ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru Khamis lalu, selepas tidak dapat menyediakan dokumen lengkap dalam permohonannya.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 29, yang datang seorang diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini berkata, dia berhasrat mengemukakan tuntutan fasakh tetapi dimaklumkan tuntutan itu akan mengambil masa.

Berikutan itu, katanya, dia telah dinasihatkan oleh pihak mahkamah agar bercerai secara baik (dengan lafaz cerai di mahkamah) supaya tidak mengaibkan mana-mana pihak.

''Namun hari ini saya gagal hendak failkan perceraian kerana banyak maklumat tidak tahu seperti alamat (Norman) kerana nanti kalau main tulis, surat mahkamah tak sampai,'' katanya.

Menurut Abby, Norman mengetahui hasratnya untuk bercerai melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar memandangkan suaminya tidak menjawab panggilan telefon bagi mendapatkan butiran-butiran yang diperlukan untuk dokumen tersebut.

''Norman ada balas (SMS) dan minta saya teruskan niat saya. Jadi saya tidak nampak ada ruang untuk rumahtangga saya. Apa cara sekalipun saya kena minta kerjasama daripada dia sebab dia tidak boleh elak.

''Sebab saya pun dah buntu macam mana nak selesaikan masalah kami,'' katanya dalam nada bergetar dan sesekali menahan sebak semasa ditemui oleh pemberita di ruang legar mahkamah.

Norman, 32, pelakon drama bersiri Gerak Khas, ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis ketika dia dan pelakon, Memey Suhaiza berada di dalam sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada pukul 3 pagi, 30 Oktober lalu.

Menurut Abby, walaupun mengikut balasan SMS yang diterimanya, Norman seolah-olah enggan menemuinya tetapi dia perlu mendapat kerjasama suaminya bagi menyelesaikan masalah itu.

Abby yang ditemui pemberita buat kali pertama selepas kejadian minggu lalu menjelaskan, selepas ditangkap khalwat, dia telah pergi menemani Norman setelah diminta oleh suaminya untuk memberi kekuatan kepadanya dan merasa sedih dengan apa yang berlaku.

''Saya jumpa dia kerana saya nampak penyesalan dia atas apa yang berlaku dan dia rasa bersalah kerana mengabaikan saya dan anak-anak.

''Lepas itu, ada satu kenyataan yang keluar daripada mulut dia yang menyebabkan hati saya terluka, dia tidak jaga hati saya langsung.

''Saya datang beri sokongan kepada dia dan saya rasa sedih apa yang berlaku pada dia tapi dalam kereta dia kata pada saya 'tolong selamatkan dia (Norman) dan perempuan itu'. Ini yang saya tidak boleh terima,'' kata Abby.

Tambah Abby, rumahtangga yang dibina pada 11 Januari 2002 memang sukar diselamatkan lagi kerana kecewa setelah sekian lama tidak dipedulikan oleh suaminya, ditambah dengan kata-kata Norman itu yang dianggap telah menambah penderitaannya.

''Dalam keadaan macam ini pun, dia (Norman) boleh puji perempuan itu lagi, jadi saya rasa dah tidak nampak apa-apa dah untuk rumahtangga saya,'' katanya.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia tidak memberitahu anak-anaknya mengenai tindakannya untuk memfailkan perceraian kerana mereka terlalu kecil untuk memahaminya.

Menjawab soalan lain, Abby menyatakan tidak timbul soal bermadu kerana dia memang telah berniat untuk berpisah dengan suaminya dan terpulang kepada Norman untuk berkahwin dengan pelakon terbabit selepas itu.

Abby yang menafikan menjadi dalang kepada penangkapan pasangan itu minggu lalu berkata, dia sedia bersemuka dengan pelakon baru itu kerana tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukannya.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Harun Hashim berkata, Abby dinasihatkan agar berbincang terlebih dahulu dengan Norman sebelum bertindak memfailkan perceraian mereka.

Harun berkata, nasihat diberikan agar perceraian dapat dibuat secara baik dengan melafazkan cerai di mahkamah mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

''Kalau dia mendaftarkan cerai, mahkamah akan memberi masa dalam tempoh 21 hari untuk menetapkan tarikh bicara,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Menurutnya, Abby gagal memfailkan perceraian kerana tidak mempunyai dokumen lengkap termasuk ketiadaan surat rujuk yang didakwa berada di tangan Norman.

Norman yang baru saja menimang cahaya mata ketiga, Maria Danisha Hakim yang berusia 45 hari, pernah bercerai talak satu dengan Abby pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Danish Hakim, 5, dan Marisa Dania Hakim, 3.

Gambar kenangan mereka


Liza : Sebelum bercerai, fikir panjang dan kasihanilah anak-anak

To subscribe click Click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

Kisah Si Bawang Putih

Bawang putih atau nama saintifiknya: Allium sativum,L. telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya. Malahan tumbuhan istimewa ini telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di dunia. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang amat memberi manfaat. Contohnya, ahli farmakopoeia Li Shih-Chen yang terkemuka di zaman Dinasti Ming telah mendokumenkan banyak faedah bawang putih terhadap kesihatan dalam bukunya yang berjudul The Compendium of Materia Medica. Bawang putih adalah sefamili dengan bawang merah atau nama saintifiknya: Allium cepa,L Kedua-dua tumbuhan ini telah dinamasaintifikkan oleh Carl Linnaeus iaitu Bapa Taksonomi Moden.


Khasiat bawang putih bukan sahaja terletak pada bebawangnya. Daun bawang ini turut mempunyai khasiat yang tersendiri dan boleh dimakan. Malahan kulit bawang ini juga turut boleh dimanfaatkan. Contohnya dalam masyarakat Melayu terutamanya dinegeri-negeri selatan Semananjung Malaysia, kulit bawang putih digunakan untuk membuat telur pindang bersama-sama bahan yang lain. Ia dikatakan mampu membuatkan rasa telur tersebut lebih enak selain daripada meninggalkan aroma yang tersendiri.

Diantara khasiatnya ialah seperti berikut


Membantu Proses Pencernaan

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.


Membantu Merendahkan tahap Kolesterol

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.


Menyekatkan Sel Kanser

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.


Kesan Baik Kepada Organ Lain

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.


Mengawal Tahap Gula

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.


Kesan Sampingan Bawang Putih

Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:


Meransang mukosa pencernaan

Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa

Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan

Anemia

Dermatitis


Dos-Dos Yang Dicadangkan

Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau

Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau

Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.

Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi dalam bentuk tablet. Terdapat pelbagai syarikat pengeluar makanan tambahan mengeluarkan tablet bawang putih ini. Ia mudah didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Antara pengeluar kapsul bawang putih yang terkenal ialah Nutrilite, Cosmos, 21st Century dan banyak lagi.

Liza : tidak suka bau bawang putih...

To subscribe click Click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

Anda Mempunyai `Hati Batu' ??



Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan.


Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.


Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.


Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan seperti membaca

Al-Quran, solat dan sebagainya.


Terutama sekali dalam melakukan ibadah khusus seperti solat, puasa dan sebagainya dan memandang memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau

berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.

Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula)
mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)


Liza : Ya Allah jadikan hatiku ini lembut untuk menerima hidayahmu

To subscribe click Click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup

Malam Lailatulqadar


Assalamualaikum kita telah berjaya berpuasa selama 21 hari, tinggal lagi 9 hari lagi ramaddan akan meninggalkan kita. Sama-sama kita mencari malam yang lebih baik dari 1000 malam iaitu malam lailatulqadar.

Sila ikuti kisah lailatulqadar dari http://www.islam.gov.my

BAGI umat Islam yang beriman, kedatangan bulan Ramadan amat dinantikan kerana Ramadan menyediakan ganjaran pahala yang besar di mana ia muncul sekali dalam setahun.

Oleh yang demikian, peluang keemasan yang terbuka luas perlu direbut atau diburu kerana riwayat hidup atau jangka hayat kita pada tahun berikutnya tidak pasti sama ada kita berpeluang lagi menghayati dan menikmati rahmat Ramadan yang berkat itu.

Walaupun puasa Ramadan itu sendiri menyediakan pahala yang besar tetapi Allah memperuntukan satu lagi rahmat yang amat hebat di salah satu malam Ramadan iaitu anugerah rahmat Lailatulqadar. Rahmat Lailatulqadar menjanjikan berita baik masa depan riwayat atau jangka hayat seseorang umat Islam yang berpeluang menikmatinya.

Luh Mahfuz dan salasilah Lailatulqadar:

Tidak banyak diketahui tentang Luh Mahfuz. Ulama jarang menghuraikannya kerana barangkali ia adalah urusan alam ghaib atau urusan rahsia Allah. Dalam al-Quran pun, Luh Mahfuz di sebut secara sepintas lalu sahaja tanpa penjelasan lanjut. Sebagai contohnya dalam satu peristiwa yang amat bersejarah ahli tafsir menyatakan Luh Mahfuz disebut berkaitan dengan nuzul al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) secara sekali gus yang berlaku dalam bulan Ramadan. Allah berfirman (bermaksud) al-Quran itu telah tersimpan di Luh Mahfuz (Al-Buruj: 22).

Menurut Ibn Abbas dan A;-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan terdapat kesepakatan ulama bahawa nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah berlaku secara sekali gus pada malam Lailatulqadar dalam bulan Ramadan. Tempoh lama al-Quran tersimpan di Luh Mahfuz dan berada di Baitul Izzah tidak diketahui kerana ulama tidak memberi huraian lanjut, mungkin hal ini sebagai persoalan ghaib atau rahsia Allah.

Dengan demikian malam Lailatul Qadar yang diburu oleh kebanyakan umat Islam yang soleh pada sepuluh malam terakhir Ramadan adalah berkaitan Nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan bukannya permulaan nuzul Quran dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril juga berlaku pada 17 Ramadan yang berlaku 13 tahun sebelum Hijrah.

Lailatul Qadar adalah merujuk kepada suatu malam kemuliaan atau malam yang agong yang penuh dengan keberkatan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan bahkan kemungkinan malam anugerah rahmat yang paling besar dalam sejarah hidup setiap orang. Persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan peristiwa nuzul Quran di Luh Mahfuz itu dengan malam Lailatulqadar.

Al-Quran merupakan kitab suci umat islam yang di dalamnya mengandungi panduan syumul kehidupan manusia tentang ilmu politik, ekonomi, sosial, akidah dan sebagainya. ajaran-ajaran rasul dan nabi-nabi yang terdahulu turut diserapkan dalam al-Quran. Dengan kehebatan dan keagongan al-Quran itulah maka Allah mengabadikan nuzul Quran sebagai malam Lailatulqadar yang ditentukan berlaku dalam bulan Ramadan.

Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: Bukhari, Muzlim, Nasai dan Ahmad).''

Menurut Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.

Terdapat pelbagai riwayat mengenai tarikh berlaku anugerah Lailatulqadar. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda: ''Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah). Berdasarkan hadis ini, maka kebanyakan ulama berpendapat malam Lailatulqadar terjadi pada malam sepuluh hari terakhir Ramadan. Namun demikian terdapat juga ulama berpendapat malam Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam bulan Ramadan, dan ada pula menyatakan pada malam 27 Ramadan. Perbezaan pendapat ulama dalam menentukan malam anugerah Lailatulqadar sebenarnya memberi rahmat yang besar kepada umat Islam. Dengan demikian, umat Islam tidak boleh memburu rahmat anugerah lailatul Qadar secara teka teki, serkap jarang atau dengan tangkap muat sahaja dalam usaha mencari untung nasib rahmat Lailatulqadar. Wal hasilnya malam anugerah Lailatulqadar adalah milik orang salih atau ahli-ahli ibadat yang secara maraton dan konsisten melakukan ibadat dan mengabadikan diri kepada Allah pada sepanjang masa.

Dalam ibadat sembahyang, Allah memberi jaminan kepada umat Islam, firmannya (bermaksud) ''Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusu' dalam sembahyangnya'' (Al Mu'minuum: 1). Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda (bermaksud) ''Ramai orang yang mendirikan sembahyang tetapi hasilnya ialah penat dan lelah sahaja''. (Riwayat: Ibn Majah). Manakala dalam ibadat puasa pula, Rasulullah telah memberi peringatan sabdanya (bermaksud) ''Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah lapar dan dahaga sahajalah''. (Riwayat: Ibn Majah dan Nasai). Berdasarkan keterangan ayat al-Quran dan hadis, ternyata suruhan Allah dan gesaan Rasulullah meminta umat Islam melaksanakan ibadat kepada allah hendaklah dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan atau dengan kata lain amal ibadat yang mempunyai kualiti tinggi.

Kualiti diertikan sebagai bermutu atau bernilai. Maka dalam kontek ini puasa yang berkualiti adalah merujuk kepada amalan puasa bermutu tinggi yang memenuhi kehendak Allah di manan memberi pulangan pahala yang maksima atau ibadat puasa yang dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan. Persoalan yang timbul ialah apakah faktor seseorang itu mempunyai kualiti puasa yang rendah atau dhaif. Keadaan ini berlaku kerana:

* Tidak memahami matlamat beribadat kepada Allah;

* Berpuasa sebagai mengambil kesempatan menjaga kesihatan semata-mata;

* Tidak berpegang teguh dengan disiplin puasa kerana ibadat-ibadat yang lain pun dibuat sebagai melepas batuk di tangga sahaja; dan

* Mempunyai iman yang lemah kerana menganggap diri mereka sebagai orang awam sahaja.

Imam Ghazali pada zamannya telah membuat pemerhatian dan penyelidikan mengkaji tahap atau mertabat puasa yang diamalkan oleh umat Islam. Beliau menyatakan tahap itu terbahagi kepada tiga:

* Puasa umum;

* Puasa khusus; dan

* Puasa istimewa.

Puasa umum adalah merujuk darihal puasa yang dibuat semata-mata menahan makan, minum dan menjauhi perhubungan kelamin pada siang hari. Dengan kata lain, mereka kelihatan berpuasa tetapi tidak memperolehi pahala kerana mereka tidak memelihara adab-adab berpuasa. Apa yang mereka perolehi ialah semata-mata lapar dan dahaga sahaja. Imam Ghazali menamakan puasa umum kerana puasa kelas ini mungkin kebanyakan dilakukan oleh umat Islam yang daif iman.

Manakala puasa khusus, adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan hubungan kelamin pada siang hari tetapi mereka juga menjaga adab tertib berpuasa dan menahan seluruh anggota pancaindera daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan atau merosakkan amalan puasa. Puasa khusus adalah amalan puasa orang-orang salih samada mereka itu orang awam atau alim ulama. Secara lebih luas sifat puasa khusus ialah:

* Menahan penglihatan atau mengelakkan pandangan yang boleh mengganggu dan melalaikan hati mengingati Allah dan merosakkan keimanan;

* Mengawal lidah daripada membicarakan perkara-perkara keji dan sia-sia;

* Menjauhkan diri daripada mendengar perkara keji dan sia-sia;

* Menjauhi makanan syubahat dan haram ketika berbuka puasa;

* Mengelakkan banyak makan ketika berbuka supaya rezeki yang diperolehi itu tidak membazir; dan

* Malu kepada Allah kerana bimbangkan amalan puasa yang tidak dapat memenuhi harapan Allah atau tidak diterima Allah.

Puasa yang istimewa pula adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar, perhubungan kelamin pada siang hari dan segala pancaindera melakukan perkara haram malah mengarahkan hati, fikiran, perasaan dan tingkah laku berpuasa untuk allah semata-mata tanpa sedikit pun memikirkan hal-hal keduniaan. Puasa istimewa ini adalah menjadi amalan para rasul dan nabi-nabi dan merupakan martabat puasa paling tinggi di sisi Allah.

Program bulan Ramadan merupakan agenda tahunan Allah untuk membersihkan jiwa dan melatih umat Islam dengan harapan pengajaran puasa akan menjadi budaya atau cara hidup yang mampu meningkatkan gaya hidup sihat bukan sahaja dalam bulan puasa tetapi juga dalam kehidupan seharian pada sepanjang tahun. Terdapat sebahagian umat Islam yang mengkelaskan mereka sebagai orang awam, maka mereka hanya mampu berpuasa pada martabat puasa umum.

Walaupun sebagai orang awam tidak termasuk dalam golongan ulama, tetapi mereka juga orang Islam yang menjadi kewajipan untuk berusaha menjadi umat islam yang beriman atau salih. Umat Islam tidak boleh terus kekal dalam keadaan yang kotor, daif dan melencung dari fitrah kerana Allah menganggap orang bersifat demikian sebagai seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di atas muka bumi. Allah berfirman (bermaksud) ''Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di sisi Allah ialah orang kafir kerana mereka tidak mahu beriman (al-Anfal: 55).

IBADAT puasa jika diamalkan secara ikhlas dan penuh keimanan secara bersepadu dengan ibadat-ibadat khusus yang lain, maka sudah pasti kedudukan keimanan orang awam akan bertambah baik dan boleh mencapai tahap orang-orang yang salih. Dan inilah matlamat utama ibadat Islam sebagai usaha mengekalkan kesinambungan fitrah akhlak mulia manusia yang pada asalnya suci dan bersih. Kita yakin dan percaya bahawa berdasarkan pemerhatian, terdapat perkaitan yang kuat, mereka yang ikhlas mengamalkan puasa atau tinggi kualitinya serta terus kekal dalam keadaan fitrah maka mereka juga mempunyai kualiti yang tinggi dalam mengerjakan ibadat-ibadat yang lain.

Gaya hidup orang salih dalam bulan Ramadan melambangkan atau memberi gambaran bahawa kehidupan mereka di bulan yang lain pun sama juga seperti gaya hidup di bulan Ramadan. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman Ramadan itu, mereka terjemahkan dan menghayatnya dalam kehidupan seharian. Kesungguhan mereka beribadat kepada Allah adalah semata-mata untuk memenuhi seruan Allah. Allah berfirman (maksudnya): ''Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku (Azzariyat: 56). Manakala dalam ayat yang lain pula Allah berfirman (bermaksud): ''Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut langkah syaitan.'' (Al-Baqarah: 208).

Isu utama yang dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut ialah Allah mencipta manusia untuk menjadi khalifah Allah yang suci jiwanya dengan tujuan memakmurkan dunia mengikut syariat Allah sepenuhnya. Allah tidak mahu hanya dalam bulan Ramadan sahaja kelihatan umat Islam berduyun-duyun mengamalkan puasa dan taat mematuhi perintah allah, tetapi gaya hidup mereka di bulan-bulan yang lain pula, kembali mengikut jejak langkah perangai syaitan. Gaya hidup secara talam dua muka atau dua alam ini amat bercanggah dengan matlamat program Ramadan yang mahu umat Islam kekal dalam keadaan fitrah.

Anugerah Lailatulqadar yang dijanjikan Allah dalam bulan Ramadan merupakan satu peluang keemasan bagi orang salih memburu dan melipat gandakan amalan ibadat puasa walaupun ibadat khusus yang lain telah pun kuat. Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah bersabda: (bermaksud) ''Barang siapa mengerjakan ibadat sembahyang pada malam Lailatulqadar kerana keimanan dan keikhlasan, di ampun baginya dosa-dosa yang telah lalu (Riwayat: Bukhari, Muzlim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Abu Daud).

Bagi orang salih, walaupun bilangan rakaat sembahyang Terawih menjadi khilaf ulama, ada yang memilih lapan rakaat atau dua puluh rakaat tetapi mereka berpegang kepada pendapat Khalifah Umar bahawa bilangan rakaat sembahyang sunat Terawih adalah dua puluh rakaat kerana pendapat ini adalah kukuh dan dipegang oleh sebahagian besar ulama. Tambahan pula ia selari dengan semangat Ramadan yang menghendaki amalan puasa dan malam Ramadan perlu dipenuhi dengan beribadat kepada Allah.

Satu lagi amalan orang salih dalam bulan Ramadan ialah memperhebatkan iktikaf di masjid atau di surau-surau yang dibenarkan mendirikan sembahyang fardu Jumaat. Nabi Muhammad sendiri pada sepuluh malam terakhir Ramadan telah melipatgandakan iktikaf dan amalan-amalan sunat yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir, tarawih, bertahajud dan sebagainya dalam usaha memburu Anugerah Lailatulqadar, walau pun Rasulullah sendiri adalah istimewa di sisi Allah.

Setiap umat Islam yang berusaha keras mencari dan memburu mendapatkan rahmat Lailatulqadar mempunyai peluang baik memperolehinya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: ''Barang siapa menghidupkan Lailatulqadar, lalu mendapatkannya'' Riwayat: Muslim). Dari penjelasan hadis ini menunjukkan anugerah Lailatulqadar bukan untuk orang tertentu tetapi untuk mereka yang mengamalkan ibadat puasa dan malam Ramadan dengan penuh taat seperti membaca al-Quran,, berzikir, berdoa, bersedekah, qiyamullail dan seumpamanya. Terdapat pelbagai pandangan diberi tentang tanda-tanda penemuan malam Lailatulqadar. Ada yang menyatakan matahari yang muncul pada waktu pagi keesokannya seperti suasana bulan purnama penuh, cahaya berseri dan tidak panas. Manakala pada waktu malam Lailatulqadar pula keadaannya suasana malam adalah hening dan tenang.

Kita yakin dan percaya berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis bahawa terdapat perkaitan yang kuat anugerah rahmat lailatul Qadar adalah untuk umat Islam yang berjaya membersihkan diri sepenuhnya dimana mereka mempunyai kualiti puasa yang tinggi. Untuk mengekalkan prestasi kualiti puasa yang tinggi selama 29 atau 30 hari bukanlah perkara yang mudah.

Bagi orang Islam yang dhaif iman agak sukar untuk mengekalkann prestasi kualiti puasa selama 29 atau 30 hari kerana bukan tabiatnya berbuat demikian. Walhasilnya mereka yang berpeluang besar akan mendapat izin Allah mempereoleh rahmat anugerah Lailatulqadar ialah orang-orang salih yang bukan sahaja cemerlang dalam mengekalkan kualiti puasa tetapi mereka juga hebat dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang lain.

12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan

Bersempena dengan bulan Ramadan, ingin saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh muslim & muslimah diantaranya ialah seperti..

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Liza : Salam Ramaddan Dan Selamat Menyambut Adil Fitri


Untuk Iklan Secara Percuma sila freead-valley
http://freead-valley.blogspot.com

To subscribe click Click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup

Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht