Google
 

Follower

Anda Mengatasi Masalah Keguguran Rambut ??


Petua ini liza dapat ibu . Semoga petua ini memberi faedah kepada pembaca semua insaallah. Selamat mencuba kerana ianya mudahsahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut.

Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.


p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaj


To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here

Manusia Yang Dalam Kerugian ...



Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran

Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.

1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga di sebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini.

Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.

2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu. Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah.

Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untuk melakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam.

Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya, semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan.

Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidak meninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orang mampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Ada ulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklah terlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha. Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan. Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Ini bermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.

Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:

Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),
dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga.
(Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan
akan kita rasakan akibatnya nanti

Oleh itu untuk keselamatan di alam yang abadi, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara-saudara semua supaya melakukan kebajikan sebanyak mungkin dan pada masa yang sama meninggalkan segala kejahatan. Slogan 'menghalalkan segala cara' untuk kejayaan di dunia terutama dalam bidang keduniaan adalah semboyan syaitan dan iblis yang harus ditentang.

3. Golongan ketiga yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa hidupnya dengan menyampai atau menerangkan kebenaran/haq atau mereka yang membela/mempertahankan kebenaran contohnya agama Islam. Konsep kebenaran dalam Islam banyak jenis; kebenaran dalam tuturkata, kebenaran dalam tindakan, kebenaran dalam niat, kebenaran dalam pergaulan, kebeneran dalam politik, kebenaran dalam penghakiman dan sebagainya. Di antara banyak-banyak kebenaran, yang paling utama sekali ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al-Quran iaitu Deen Islam. Mengajar dan menyampaikan kebenaran wahyu Ilahi ini serta mempertahankan kebenarannya adalah misi tertinggi kemanusiaan. Golongan dai' ini hidupnya tidak akan rugi. Selain tugas dakwah dan menyampai kebenaran adalah sia-sia dan rugi semata-mata. Bertambah rugilah manusia yang cara hidupnya di muka bumi ini untuk tujuan bersenang-senang dengan makan-minum, mengumpul kekayaan dan beranak-pinak saja. Golongan ini tidak mempunyai nilai di sisi Allah.

Apa sebenarnya Haq itu? Haq itu adalah kebenaran yang datang dari Allah. Oleh sebab itu ia tidak boleh dipertikaikan. Firman Allah:


Kebenaran itu adalah dari Tuahnmu. Oleh sebab itu jangan sekali-kali
kamu termasuk dari golongan orang yang ragu. (Al-Baqarah: 147)

Kebenaran apa jua bentuknya adalah dari Allah. Induk dari segala kebenaran ialah Kalimah Tauhid "Laa ilaaha illallah" yang membawa maksud tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah dalam ertikata Allahlah yang Maha Besar yang mesti disembah. Segala yang lain adalah makhlukNya. Tauhid adalah haq manakala syirik pula adalah bathil. Begitu juga syurga adalah haq, neraka haq, azab kubur haq, malaikat haq, tiitian sirath juga haq. Begitulah seterusnya diqiaskan kepada perkara-perkara lain seperti membaca Al-Quran, membuat kebajikan dan lain-lain. Manakala apa jua yang buruk dan keji yang dilarang oleh Allah adalah bathil seperti mencuri, meninggalkan solat, membunuh, syirik dan sebagainya.

Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan. Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya. Betapa ramai manusia yang tidak diberikan kurniaan ini, lantas mereka menganggap bahawa kebaikan itu sebagai kejahatan manakala kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Orang begini telah dipetri hatinya dan tidak dapat membezakan lagi antara baik dan jahat. Bagaimana mungkin sebuah kompas yang jarumnya sudah tidak menunjuk arah yang betul dijadikan panduan untuk meneroka satu padang pasir yang amat luas? Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang gelap ini dan berdoalah mudahan dapat kita melihat yang haq itu haq dan bathil itu sebagai bathil.

Setelah mata hati kita dapat menyuluh hakikat kebenaran sesuatu perkara, dapatlah kita menjadikannya sebagai panduan hidup. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan; sehinggalah ia menjadi resam hidup yang sebati dengan diri kita; dan inilah yang harus dijadikan asas perjuangan untuk diri dan masyarakat.
Setelah mempraktikkan kebenaran itu dalam diri sendiri barulah mudah memperkatakan kebenaran kepada orang lain. Misalnya berkata benar - tidak berbohong, menipu atau memfitnah. Telinga pula benar dari segi tidak mendengar perkara yang haram dan dilarang. Mata pula tidak melihat sesuatu kecuali yang halal. Pendekkata semua anggota tidak melakukan sesuatu kecuali yang benar dan tidak bercanggah dengan kebenaran itu sendiri iaitu ISLAM. Penyebaran dakwah ini menjadi penting dan wajib atau fardhu 'ain dilakukan terutama dalam zaman kegawatan akidah dewasa ini. Tidak guna manusia yang asyik memperkatakan atau cuba menyelamatkan generasi ini dari kegawatan ekonomi saja tanpa sedikit pun memikirkan masalah yang Allah pandang besar iaitu kegawatan aqidah, moral dan agama. Adakah ekonomi akan menyelamatkan manusia terjun ke lembah hina di dunia dan terjun ke neraka di akhirat? Pendekatan 'ekonomi adalah segala-galanya' seolah-olah menafikan kebenaran Islam.

Setelah berhasil mencapai kebenaran dalam diri sendiri dan masyarakat amnya, barulah kejayaan itu diperkukuhkan atau dimantapkan secara istiqamah. Usaha ini perlu berterusan meskipun melalui duri dan ranjau yang cuba ditentang oleh puak yang memusuhi kebenaran iaitu Paksu (nafsu), Pak Leh (Iblis), Pak Wa (hawa) dan Pak Tan (syaitan). Di sini perlunya kesabaran - satu sifat yang perlu untuk menjadi golongan terakhir yang dinyatakan dalam Surah Al-'Asr iaitu pendokong kesabaran.

4. Mereka yang menyampaikan nasihat dengan kesabaran adalah golongan terakhir yang beruntung dan tidak akan rugi. Konsep sabar dalam Islam ada 3 jenis: pertama, sabar menanggung kesusahan dan sebarang bala yang menimpa diri, kedua, sabar mengerjakan ketaatan seperti sabar untuk mengerjakan sembahyang dan segala ibadat lain, dan ketiga ialah sabar diri dari melakukan sebarang maksiat. Jelasnya, sabar yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah sabar atau tetap hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu; tanpa sedikit pun bergoyang oleh sebarang anasir yang datang. Di antara musuh yang cuba menggoyang atau merosakkan pendirian ini ialah syaitan, nafsu, hawa dan iblis. Mereka yang sabar ialah mereka yang berjaya melawan diri dari musuh-musuh ini untuk mencapai keredhaan Allah.






Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

Liza : Ya Allahlah aku tidak termasuk golongan yang rugi

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here

Air Kosong penawar pelbagai jenis penyakit

Air Kosong penawar pelbagai jenis penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan dinegara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.



Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

Liza : Awet Muda ??

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here

Wang Besar...Wang Besar




Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

Liza : Pandainyer !!

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here

Minyak Masak - Seludup Punca Kehabisan Stok ?


Seminggu lepas kita dikejutkan dengan krisis kehabisan minyak masak?? Betul ker penyeludupan punca kehabisan stok minyak masak ?. Pada pendapat lizalah punca utama ialah aktiviti `tidak bermoral' pemborong/peniaga yang menyorokkan bekalan minyak masak untuk menaikkan harga produk itu.

Walaubagaimanapun Liza tidak menafikan penyeludupan juga menyumbang kepada krisis ini selain itu juga pengguna yang membuat pembelian `panik' kerana mendengar khabar-khabar angin yang harga akan naik. Liza pun hairan juga negara kita terkenal sebagai `pengeluar minyak kelapa sawit' pun boleh terjelumus dengan krisis bekalan ini.

Tindakan kerajaan yang menghadkan pembelian 5 kg kepada sesebuah keluarga pada Liza boleh digunakan tetapi dalam tempoh atau jangka masa pendek sahaja. Kerajaan harus mempertimbangkan beberapa penyelesaian seperti dibawah ;

1. Meningkatkan pengeluaran minyak 10% setiap bulan bagi menampung kadar permintaan dalam negara yang semakin meningkat dari tahun ke setahun.

2. Tindakan undang-undang yang amat `tegas' kepada penyeludup , penyorok yang `khianat' kepada negara.

3. Meningkatkan harga minyak masak dipasaran tempatan supaya aktiviti penyeludupan berkurangan ( Mesti you all tak setujukan)

Berita penuh penyeludupan di sempadan Thailand Sila klik disini




Liza : 5 kilo minyak masak guna 3 bulan !!

Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here


Selamat Pagi Cikgu...

Esok bermulalah persekolahan..maka terpaksa ibubapa cuti bagi menemani anak-anak mereka terutama yang anak di tahun satu. Sabar jerlah. seminggu lepas tu mereka oklah ..
Ini adalah kak serta klip video `teknik budak sekolah' untuk release tension.

Budak Sekolah release tension



Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

Liza : Selamat Pagi Cikgu.. Jasamu akan Ku kenang ..

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here

Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht