Sunday, December 26, 2010


Asalamulaikum semua apa khabar? sihat ?. Liza sekarang dikampung ibu kerana sepupu buat kenduri kahwin. Alhamdulliah semua dah selesai baru hujan kalau tak susah juga tadi.  Seperti yang kita semua ketahui semua, malam ini 26 disember 2010 ada perlawanan bola  diantara negara kita Malaysia melawan Indonesia.

Abang liza dan geng-geng diorang dah bersiap-siap hendak ke Bukit Jalil jam 6.00 nanti, Liza memang tak minat bola-bola ini, hanya ingin tahu keputusan sahaja. Walaupun begitu liza harap pasukan negara kita dapat memberikan persembahan terbaik - anggaplah ini perlawanan balas dendam kerana kita pernah diaibkan oleh Indonesia.

Liza menyeru kepada semua penyokong-penyokong Malaysia harap dapat memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada Malaysia sama ada Malaysia menang ataupun kalah. Jangan terlalu mengikut emosi dan hati-hati semasa perjalanan pergi ataupun balik.



0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA