Google
 

Follower

Ermmmm Cutenya ...



Liza : Ermmm cute betul...

Untuk Melihat Banyak Gambar lagi Sila Klik Disini : KLIK INI


............................................................................................................................................................................................................................

Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

Artis Perlu Kod Etika ???







Liza sungguh dengan tindakan Amani membotakkan rambut beliau.Macam apa jer.. Adakah beliau berbuat demikian sebab

1. Kehendak pengarah filem semata-mata ??
2. Nak cari populariti murahan atau sahaja nak tiru macam britney spear ??..
3.
Hak Asasi Kemanusiaan ??

Adakah dengan membotakkan kepala filem akan mencecah kutipan jutaan ringgit ??Liza betul betul tak faham. Liza rasa kerajaan patut memperkenalkan KOD ETIKA untuk artis bagi menjaga maruah, sensitiviti agama dan industri itu sendiri.

Amani yang telah diperkudakan oleh Yasmin Ahmad sehingga dia sanggup membotakkan kepalanya dan menjual maruahnya. Hilang kelembutan wanita di dalam dirinya. Hilang kesopanan gadis Melayu di dalam jiwanya. Hilang adab-adab murni di dalam hatinya. Cukup dia seorang yang dijadikan “duta” untuk memburuk-burukkan Islam dan menjatuhkan imej wanita di mata dunia.

Dulu kita telah dikejutkan olehnya dengan memberi kenyataan beliau menghina orang Melayu,dan sekarang ia seolah-olah mempermainkan hukum Allah dengan menonjolkan aurat serta membotakkan kepalanya, dan pada masa akan datang entah apa pula yg akan disendiwaranya. Namun ia jelas menunjukan bertapa sombongnya dia, angkuh tanpa mempedulikan hukum agama demi untuk ditobatkan artis paling popular.

Untuk tidak bersubahat dengan maksiat serta penghinaannya terhadap agama kita, ada baiknya kita memboikotkannnya, mengelakkan diri dari membeli, melihat cerita lakonannya dan apa jua bentuk yang mendatangkan keuntungan serta kepopularitinya. Kalau tidak andalah salah seorang yang menyokong dan bersubahat dengannya. Mudah-mudahan dengan usaha kita memboikotkannya, boleh menyedarkanya dan sesiapa sahaja yang mempermainkan hukum agama kita yang suci.

Liza : Fikirlah dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang hakiki, jauhilah keinginan nafsu yang membuta, anda akan sesat di dalam kegelapannya”

......................................................................................

Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here



AMARAN : Top 12 Bentuk Penipuan Di Malaysia



Baru 2 hari lepas liza balik kampung sahajalah nak ziarah Mak Ayah. Mak bagitahu liza semalamnya ada 2 buah kereta. Mereka mengaku dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
ingin membuat sedikit soal selidik dan kemudian memberitahu emak saya yang dilayak
untuk mendapat bantuan kewangan dari Jabatan sebanyak $400 sebulan. Mak liza pun
gembiralah tetapi sebelum itu mak saya diminta membayar $300 sebagai wang memproses
permohonan tersebut.

Tapi kebetulan pada masa itu, mak liza tak ada wang sebanyak itu. Mereka kata ok dan akan datang 3 hari lagi. Bila liza dengan citer mak macam terus bagitahu yang sebenarnya mereka ada penipu besar. Liza ingat nak buat laporan polis tapi mak tak ingat no plat kereta mereka.
Walaupun begitu liza & mak buat laporan polis juga. Syukur alhamdulliah tak kena. Sejak hari itu mak liza tak berani nak buka pintu.

Sorilah panjang lepas liza citerkan...rasa geram tak hilang lagi nie.. Tak sangka betuk ada juga manusia yang sanggup menipu orang kampung dengan teknik macam ini . Tak berhatiperut langsuang . Berikut dibawah adalah 12 bentuk penipuan yang sedang bermaharajarela dalam negara ini

1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta

Modus operandi:
Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran
tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2) Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2. 8 juta

Modus operandi:

Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan
berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan
khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan
mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu
apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga
mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3) Taktik:Jual beli kereta

Jumlah kes:71
Jumlah kerugian:RM2. 1 juta

Modus operandi:
Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan
pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka
menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan
menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.

Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan
bayaran atau menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan pemeriksaan,
mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota
sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta

Modus operandi:
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis
yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsa
ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.

Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank
baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan
semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.

Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa
adalah penduduk dikawasan kampung.

5) Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes:135
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta

Modus operandi:
Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya
mereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket,
termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang
banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka
warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta
bayaran sebanyak RM10, 000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh
lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000.

Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas
dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila
mendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan
gam.

6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes:63
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta

Modus operandi:
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa
dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian
besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang akan
ditubuhkan.

Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku,
manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

7)Taktik:Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes:106
Jumlah kerugian:RM782, 510

Modus operandi:
Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan
komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang
lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit
sebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dan
anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

8)Taktik:Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)
Jumlah kes:330
Jumlah kerugian:RM700, 000

Modus operandi:
Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana
memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu
membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsa
menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak
diserahkan.Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan
mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat.

9)Taktik:Gores dan menang
Jumlah kes:53
Jumlah kerugian:RM281, 334

Modus operandi:
Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah,kedai atau tempat
awam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui
hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai.

Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi
hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.

Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut
atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

10)taktik:Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes:13
Jumlah kerugian: RM264,000

Modus operandi:
Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat
agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga
murah dan cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkan
didapati tidak wujud.

Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia
memulakan perjalanan.

11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikan (Macam Mak Liza Kena)
dan rumah kos rendah
Jumlah kes:45

Jumlah kerugian:RM178, 000

Modus operandi:
Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin
atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan
kewangan tetap bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih
70 peratus. Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang
didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran,
kononnya deposit pembelian rumah.

Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk
keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta
tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes:6
Jumlah kerugian:RM161, 000

Modus operandi:
Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai
mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun,
diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas
bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Liza : Macam-macam teknik mereka guna. Dah macam-macam amaran dari kerajaan tetapi ramai lagi yang terkena. Apa sebabnya ??? Adakah sebab TAMAK ???

___________________________________

Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here




Bestnya Mandi ..


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkantoksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

_______________________________________________________

Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

Selesema BurungTelah Kembali

Nampak penyakit selsema burung telah kembali dimana 2 Jun lalu 60 ekor ayam mati secara mendadak di kampung di Paya Jaras, sungai Buloh.

Selepas ujian dijalankan, mereka cuma demam biasa dan bukan dijangkiti virus itu. Berikutan itu lima daripada mereka dibenarkan keluar, manakala enam pesakit lagi masih dirawat.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata setakat ini tiada kes jangkitan terhadap manusia dikesan.“Kes mereka masih disiasat, tetapi tidak memenuhi kriteria penyakit itu. Ayam juga selamat dimakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, penduduk yang tinggal dalam lingkungan 300 meter dari kawasan yang mempunyai kes H5H1 perlu dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan menular ke kawasan lain.

Ini adalah berita awal penularan..

Amaran merah untuk selesema burung di Paya Jaras

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa hari ini mengeluarkan amaran tahap merah serangan selesema burung yang dikesan di Kampung Paya Jaras Hilir, dekat Sungai Buloh, Selangor.

Serangan virus yang boleh membahayakan manusia itu sehingga kini telah membunuh 60 ekor ayam belaan seorang penduduk di kampung itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Dr Zulkifli Idris berkata, kejadian dikesan apabila seorang penduduk kampung itu mengadu mengenai kematian ayamnya pada Sabtu lalu.

"Ujian awal ke atas contoh ayam sakit yang diambil daripada penduduk berkenaan disahkan positif virus H5N1. Contoh yang sama seterusnya dihantar untuk ujian lanjut di Institut Penyelidikan Haiwan, Ipoh dan disahkan positif semalam.

"Sehubungan itu amaran tahap merah dikeluarkan malam tadi bagi semua kawasan dalam lingkungan satu kilometer daripada tempat kejadian. Kawasan terbabit termasuk tiga lagi kampung tersusun yang padat penduduknya -- Kampung Paya Jaras Dalam, Kampung Paya Jaras Hulu dan Kampung Kubu Gajah.

"Kita telah menubuhkan lapan pasukan petugas bagi memusnahkan semua jenis unggas termasuk itik, angsa, semua jenis burung, termasuk burung peliharaan dan telur semua jenis unggas dalam kawasan lingkungan satu kilometer tersebut.

"Pasukan berkenaan yang telah memulakan kegiatan masing-masing jam 2 petang tadi dijangka dapat menyelesaikan tugasnya dalam tempoh 36 jam akan datang," katanya di pejabatnya hari ini.

Zulkifli menganggarkan tidak kurang 2,000 ayam kampung akan dihapuskan, tidak termasuk itik, angsa dan burung peliharaan.

Pemilik semua unggas yang terpaksa dihapuskan itu akan dibayar sagu hati antara 70 sen bagi anak ayam yang berusia sehari dan RM200 seekor bagi burung hiasan eksotik.

Katanya, bagi kawasan lingkungan 10 kilometer dari tempat kejadian, pemantauan akan dijalankan untuk tempoh 30 hari sehingga kawasan itu disahkan bebas selesema burung.

Menurutnya, semua pihak berkepentingan, termasuk Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia dan pihak berkuasa Singapura telah diberitahu mengenai kejadian terbaru ini bagi memastikan ketelusan dalam urusan mengendalikan kes berkenaan.


Liza : .terpaksalah dibunuh semua ayam2 itik2 unggas angsa
telur kat sana ...Lepas nie mesti harga ayam jatuh gila-gila !!

___________________________________________________________________
Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

Thailand - Natural Beauty



liza : Nak pergi tapi takut gak .. tengok kat picture jadilah
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

Tahniah Pak Lah



Alhamdulliah liza ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita iaitu YB Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi atau lebih mesra Pak Lah yang akan bernikah dengan Jeanne Abdullah sabtu ini.

Lagi pun liza dengar yang Jeanne Abdullah adalah biras beliau..Dengan kata lain mereka dah lama kenal sebelum pemergian isteri beliau Pn. Seri Hendon

Liza :
tahniah pak lah...nasib baik pak lah x pilih artis.....
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

Kasihan Laparnya..




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

Ini Gambar Sayang?

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira malam minggu tu milik dia oranglah.

Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu.

Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya sila silaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.

Laki tu pun terus pengsan !!!

AAAaaaawwWW?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht