Pemanasan global adalah disebabkan oleh `green-house effect ialah bertambahnya gas (CO2) karbon dioksida dan gas-gas lain di atmosfera bumi.
Kajian menunjukkan suhu bumi diramal meningkat dari 1.5c sehingga 4.5c pada yahun 2030. Kesannya berlaku pencairan salji-salji dikutub utara dan selatan.
Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah bakal ditenggelami air - secara kekal - dalam tempoh 50 tahun akan datang sekiranya fenomena kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan berterusan.
Menurut Pensyarah Universiti Kebangsaan
Ini kerana bandar-bandar terbabit terletak hanya beberapa meter dari aras laut serta sungai dan limpahan air tidak dapat dielakkan jika berlaku peningkatan paras laut ekoran kecairan ais di kawasan kutub.
Diantara kawasan lain yang Dijangka tenggelami air dataran pantai yang kini dipenuhi pokok bakau dan tanaman padi di Perak, Kedah dan Johor yang kebanyakannya berada antara satu dan dua meter dari aras laut
CNN turut melaporkan pada 2 Febuari 2007 terdapat ketulan ais bersaiz 11,000
Menurut laporan itu, imej satelit menunjukkan saiz bongkah ais di kawasan tersebut merosot secara dramatik menjadi 90 peratus lebih kecil berbanding 100 tahun lalu.
Keadaan tersebut amat membimbangkan para saintis kerana ia boleh menyebabkan kenaikan paras laut dengan ketara dan mengakibatkan kawasan rendah di tepi pantai tenggelam.
Sebelum ini, Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) telah mengeluarkan amaran mengenai kenaikan paras laut antara 0.09 dan 0.88 sentimeter setahun akibat fenomena tersebut.
masalah pemanasan global dan kecairan ais tersebut dikesan semakin serius dalam tempoh 10 hingga 15 tahun terakhir ini.
Diantara langkah pencegahan yang dibuat sekarang ialah semua negara diminta mematuhi Protokol Kyoto mengenai pemanasan sedunia berkuat kuasa Februari 2005 yang mensyaratkan sektor industri mengurangkan pengeluaran enam jenis gas karbon.
Kesemua jenis gas karbon itu memerangkap haba yang dikeluarkan oleh cahaya matahari sehingga menyebabkan permukaan bumi menjadi semakin panas dan mencairkan ais di Kutub Utara dan Selatan.
Bagaimanapun, katanya, langkah tersebut tidak mampu menghentikan kenaikan paras laut berikutan pelbagai masalah berbangkit termasuk keengganan Amerika Syarikat dan
Sekiranya protokol ini diikuti sepenuhnya pun ia hanya mampu memperlahan kesan buruk fenomena tersebut kepada tempoh lebih panjang antara 100 dan 200 tahun dan bukannya 50 tahun seperti diramal sekarang
Selain dari itu, beberapa masalah juga akan timbul seperti kekeringan air di empangan (tadahan hujan) , kebakaran dan kemunculan penyakit – penyakit yang tertentu seperti demam denggi
Cadangan pihak kerajaan mewajibkan pembinaan rumah bertiang tinggi di tepi pantai bagi menghadapi kesan kenaikan paras laut hanya ia hanya praktikal untuk bangunan baru. Walaubagaimana pun Bangunan sedia ada yang dibina di atas tanah tetap berisiko ditenggelami air sekiranya tiada tindakan global bagi mencegah pemanasan sedunia
p/s : Tidur malam pun selesa…Nampaknya kena pasang aircon la pulak !
1 comments:
makaci2!!
sgt bguna tuk wat asgmnt!!
=)
Post a Comment