Google
 

Follower

Kisah Si Penjual Kuih


Liza ingin berkongsi dengan anda semua kisah ini yang liza jumpa di Carigold Forum

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya
lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! 


P/S :  Sama-sama kita ambil iktibar ..

Mengurangkan Rasa Masin Dalam Gulai

Pernahkan anda masak gulai `termasin' ?. Terus-terang Liza pernah mengalami, pada awal - awal belajar masak. Tapi sekarang insallah tidak lagi. Disini liza ingin berkongsi satu petua mudah untuk mengurangkan rasa masin dalam gulai. Ambil hampas kelapa yang telah digunakan masukkan dalam kain dan ikat dengan ketat seperti sup bunjut.  Kemudian masukkan  kedalam periuk. Biarkan beberapa minit terendam dan kemudian angkat. 

Insallah gulai anda akan menjadi kurang masin. Cubalah sendiri.

Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht