Google
 

Follower

Teksi Oh Teksi

Teksi Spring
Teksi Keldai

Teksi 3 Roda

Teksi India

Teksi Mr Bean
Teksi ke Thailand - Muay Thai

Kanak-Kanak Perempuan Dibakar (Kalau lemah semangat jangan lihat)

Mayat kanak-kanak yang malang dengan perut terburai

Alangkah pilunya hati ini, bila melihat gambar kanak-kanak malang ini, Kejam sungguh mahluk manusia ini. Kalaulah yang terbakar itu, ibu atau kakak sendiri, apa dia rasa. Apalah dosa kanak-kanak ini. Tak kira kanak-kanak Melayu, Cina, India atau apa bangsa/agama pun, kanak-kanak patut dilindungi dan disayangi.Semoga  si pelaku dapat balasan secepat mungkin.

Daripada kesan, nampaknya sipelaku cuba menghilangkan bukti dengan membakar kanak-kanak tapi tidak berjaya. Lambat cepat polis akan dapat menjejak anda walaupun ke lubang cacing. Awas !!!

JOHOR BAHRU: “Ia perbuatan manusia yang lebih keji daripada haiwan,” kata Mohd Akbar Mohd Shah, 41, yang menemui mayat kanak-kanak perempuan dalam keadaan 80 peratus terbakar dan perutnya terburai, semalam.

Mayat kanak-kanak berusia lebih setahun itu ditemui di tapak bekas Flat Bukit Chagar, Jalan Salleh, di sini, jam 4.15 petang.

Mohd Akbar berkata, mayat bayi itu pada mulanya ditemui abangnya, Mohd Azhar, 42, yang melalui kawasan itu lalu memaklumkan kepadanya.

“Pada mulanya, abang saya menyangkakan objek itu anak patung, namun terkejut apabila mendapati ia mayat kanak-kanak perempuan yang dibakar hingga perutnya terburai.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendekati mayat itu dan amat sedih melihat keadaannya. Hampir keseluruhan tubuhnya terbakar, tapi masih ada cebisan kain dipercayai baju dipakainya,” katanya. Sumber : Metro

Mengamuk pada majlis kahwin bekas kekasih

Lelaki cina sedang mengamuk
Akibat cinta tidak kesampaian, seorang lelaki mengamuk di majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan bertindak memecah cermin dua kenderaan, termasuk yang dinaiki pengantin lelaki, di sini semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian di perkarangan rumah pengantin perempuan, di Labis, berikutan suspek bersenjatakan tukul besi dan parang beredar daripada lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

 Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, rombongan pengantin lelaki yang menaiki beberapa kereta dikatakan baru tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba dua motosikal membunyikan enjin dengan kuat.


Saudara terdekat mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 40-an berkata pada mulanya, rombongan pengantin menyangka bunyi kuat itu adalah gimik sambutan, sebelum seorang penunggang motosikal mengeluarkan tukul besi sambil menjerit.

“Lelaki itu kemudian terus memecahkan semua cermin Toyota Camry yang dinaiki pengantin lelaki menyebabkan kami semua terkejut dan cuba menenangkannya tetapi dia bertindak semakin ganas dengan turut mengeluarkan parang.
 Kereta mangsa yang dipecahkan oleh bekas kekasih perempuan
“Lelaki itu kemudian mengugut akan menetak sesiapa saja yang menghalangnya sebelum memecahkan cermin hadapan Honda Jazz di tempat kejadian,” katanya.
Goh berkata, dua lagi rakan lelaki itu menaiki motosikal lain hanya memerhatikan saja perbuatan berkenaan sebelum semua mereka beredar kira-kira 15 minit kemudian. Baca berita sepenuhnya disini


Video lelaki yang mengamuk. 



 Berita berkaitan,
1. Highlander dan power ranger mengamuk diputrajaya
2. Lelaki bogel mengamuk
3. Mengamuk di tadika
4. lelaki mengamuk didalam Film 

Rakyat Malaysia Malas Bersenam

Bersenam dapat mencegah penyakit. Ketahui Teknik Senaman Yang Baik
Rakyat Malaysia ternyata malas bersenam atau beriadah. Hanya 25 peratus rakyat negara ini yang terbabit dalam aktiviti senaman. Rosnah juga menyebutkan bahawa rakyat kita terdedah kepada pelbagai penyakit yang membunuh secara senyap - daripada diabetes hinggalah hipertensi. Kadar penyakit yang membabitkan jantung juga meningkat, demikian juga masalah obesiti. Menurut laporan terbaru, 6.2 juta penduduk dewasa kita mempunyai kolesterol tinggi, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 2.6 juta menghidap diabetes.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), Kementarian Kesihatan bagi tahun 2011 menunjukkan bahawa kadar penyakit diabetes meningkat kepada 15.2 peratus daripada 11.6 peratus pada tahun 2006, sementara hipertensi dalam kalangan orang dewasa yang berumur melebihi 30 tahun meningkat daripada 32.2 peratus kepada 32.7 peratus. 

Banyak orang menyalahkan kemewahan dan gaya hidup moden sebagai punca semua masalah ini. Bagi saya, isunya ialah sikap kita sendiri terhadap kesihatan. Hakikatnya cara hidup kita berubah tetapi amalan pemakanan kita tidak berubah. Mungkin nenek moyang kita makan makanan yang sama dengan apa yang kita makan hari ini tetapi mereka bekerja di ladang dan mengeluarkan peluh, sedangkan kita masuk ke pejabat berhawa dingin. 
8 sebab senaman penting bagi wanita
 Kemewahan boleh membunuh. Ironinya seorang daripada lima orang penduduk dunia kelaparan (800 juta). Pada waktu yang sama lebih dua bilion penduduk mengalami apa yang disebutkan chronic malnutrition. Tetapi di Malaysia, kita mati kerana makan, bukan kerana tidak cukup makan. Kadar penyakit moden seperti barah, sakit jantung, diabetes dan lain-lain meningkat apabila rakyat semakin mewah. Kita makan terlalu banyak, makan makanan yang kurang berkhasiat di samping membazirkan makanan.

Lebih malang lagi, kita tidak berbuat apa-apa selepas makan. Rakyat Malaysia enggan bersenam waima setengah jam sehari tiga minggu sekali, kadar minimum yang diperlukan bagi membakar lebih 3,000 kalori yang dimakan sehari. Mereka lebih suka bermalas-malas. Walaupun rata-rata mereka menggemari sukan tetapi mereka menonton perlawanan bola Liga Inggeris (EPL) sambil makan di kedai mamak atau di rumah. Minat terhadap sukan tidak diimbangi dengan amalan bersukan.

Kita bukan negara sukan atau sporting nation. Rakyat kita mempunyai banyak keutamaan lain selain memberikan perhatian serius pada soal sukan. Maka itu tidaklah menghairankan mutu sukan kita tidak boleh dibanggakan. Kita juga malas bergerak, kalau boleh kita ingin meletakkan kenderaan kita di hadapan pintu pasar raya. Pergerakan kita terbatas hanya dengan turun naik lif dan bergerak ke kantin dan ke pejabat.

Apa yang lebih penting ialah kualiti sukan di sekolah. Tanpa penekanan pada kepentingan sukan dan riadah, kita melahirkan generasi yang malas dan tidak peduli pada riadah. Apabila sistem sekolah tidak memberikan perhatian pada aktiviti sukan dan kualiti ahli sukan, sukan negara tidak akan ke mana. Kesihatan rakyat banyak bergantung pada sikap kita terhadap sukan dan riadah. 

Kerajaan akan membelanjakan lebih RM19 bilion untuk kesihatan rakyat bagi tahun hadapan. Maka itu kita harus menekankan budaya bersukan di kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Sukan dan riadah merupakan kemestian bagi setiap orang.

Di kalangan umat Islam sendiri, budaya bersukan tidaklah begitu memberangsangkan. Sepatutnya ditanamkan sikap bahawa untuk mengamalkan tuntutan agama seperti solat, kita memerlukan tubuh badan yang sihat. Umat Islam yang sihat merupakan ummah yang kental jati diri, semangat dan diberkati kekuatan fizikal. 
 
Umat yang lemah kekuatan tubuh badannya tidak akan mengembangkan Islam. Kita tahu kisah perwira Islam pada zaman awal yang tersohor kerana semangat juang mereka. Empayar Islam berkembang kerana kekuatan umatnya. Tradisi ilmu di kalangan orang Islam berkembang kerana minda yang juga sihat. Kekuatan fizikal dan minda yang tajam membina tamadun dan kegemilangan Islam.

Budaya masyarakat negara ini harus juga berubah. Kita harus mengawal cara pemakanan anak-anak kita. Apa yang lebih penting ialah menekankan keperluan beriadah di kalangan mereka. Tidak ada usia yang menghalang kita beriadah. Profesor Diraja Ungku Aziz mungkin tidak boleh berlari lagi pada usianya sekarang tetapi beliau masih berjalan pantas. Adnan Osman berusia 68 tahun bulan September lalu apabila beliau berbasikal ke Sukan Olimpik London. Seorang menteri Nepal, Bahadur Sherchan berusia 76 tahun 340 hari apabila beliau menjejak puncak Gunung Everest tiga tahun lalu.

Saya sekadar ingin mengingatkan bahawa kaum Melayu dan India amat kurang beriadah berbanding kaum Cina di negara ini. Pergilah ke mana-mana pusat riadah terbuka, peratus kaum Cina yang aktif amat tinggi berbanding dengan yang lain. Maka itu tidaklah memeranjatkan berdasarkan angka Jabatan Statistik Negara, jangka hayat wanita Cina ialah yang tertinggi di Malaysia - 79.8 tahun, melebihi kadar jangka hayat purata bagi rakyat Malaysia, 77 tahun. Kadar jangka hayat wanita India ialah 76.2 dan wanita Melayu 75.3. Lelaki kaum Cina hidup lebih lama dengan purata jangka hayat 74.4 tahun diikuti oleh lelaki Melayu (70.5) dan India (68). Perangkaan ini sepatutnya membuka mata kita semua.
 

Teks Iklan
Earning for FREE, without investment
Extreme Cash 

Promote Your Affiliate For FREE
This is the best moneymaker in Universal
Cara mudah dapat `referral' dengan program ini
Dapatkan 1,000,000  traffik percuma 
Jana trafik mudah 
Jana pendapatan dengan mudah setiap hari tanpa kos !
Luaskan potensi kewangan anda

 kecil lebih baik, berkongsi lebih baik,  
Dapatkan traffik percuma disini,

 Pendapatan Tanpa Pelaburan
Anda boleh baca,bercakap bahasa English?.

Jom Ke Hari Terbuka 47 Tahun FAMA 28 - 30 September 2012


Selamat pagi, suka Liza ingin memberitahu anda mengenai Hari Terbuka 47 FAMA yang diadakan mulai hari ini 28 September 2012  hingga 30 September 2012 bermula jam 9 pagi hingga 10 malam di Perkarangan Bangunan FAMA Point. 

Berikut alamat FAMA,
Ibu Pejabat FAMA, Bangunan Fama Point Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor, 68100 03-6126 2020


Ini peta ke FAMA (klik untuk membesarkan)


 
Kepada mereka yang berdekatan dan mempunyai masa terluang harap dapat datang untuk memeriahkan dan menyertai program-program yang bakal diadakan seperti Jambo sales, Pertandingan Melukis, Jualan Produk Segar dan macam-macam lagi 

untuk mengetahui program sila  klik : FAMA


Jangan Lupa Datang Jangan Tak Datang !!

Hari Terbuka 47 Tahun FAMA
9pg - 10 mlm
Perkarangan Bangunan FAMA Poi
nt
Acara: Pameran Evolusi 47 Tahun FAMA, Pameran haiwan Kesayangan, Pertandingan Gubahan buah-buahan, Pertandingan Karaoke FAMA Idol, Pertandingan Melukis & Mewarna serta jualan produk segar, PKS, Jumbo sale & Sajian Makanan Popular


Anda juga ingin tahu - Fungsi-Fungsi FAMA

Iklan Kecil 
Earning for FREE, without investment
Extreme Cash 

Promote Your Affiliate For FREE
This is the best moneymaker in Universal
Cara mudah dapat `referral' dengan program ini
Dapatkan 1,000,000  traffik percuma 
Jana trafik mudah 
Jana pendapatan dengan mudah setiap hari tanpa kos !
Luaskan potensi kewangan andakecil lebih baik, berkongsi lebih baik,  
Dapatkan traffik percuma disini, Pendapatan Tanpa Pelaburan
Anda boleh baca,bercakap bahasa English?.

Pengantin Baru Mati Ditetak

Pasangan Pengantin Cina : Sekadar Gambar Hiasan
JOHOR BAHRU - Seorang peniaga barangan alat ganti yang baru beberapa jam berkahwin tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia mati ditetak oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di Taman Mount Austin di sini kelmarin.

Kejadian pukul 2 petang itu mengakibatkan Allan Tee Kok Weng, (gambar kecil) 36, maut selepas ditetak di kepala, leher serta badan di hadapan isterinya, Shiau Ting, 30-an. Sebelum kejadian, pasangan itu baru selesai minum bersama rakan-rakan di sebuah bistro di taman tersebut.

Difahamkan, pasangan itu melangsungkan upacara perkahwinan di Taman Daya dan sempat pulang ke rumah untuk menukarkan pakaian. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.
Mangsa dan tempat kejadian : kredit Kosmo


Seorang pekerja bistro yang enggan dikenali memberitahu, serangan itu berlaku terlalu pantas.

"Sebaik melangkah keluar, lelaki itu terus ditarik oleh lapan penjenayah yang memakai topeng ski sebelum dia ditetak berkali-kali.

"Selepas memastikan mangsa tidak bergerak, penjenayah itu kemudian melarikan diri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital," ceritanya.

Dalam pada itu, satu sumber memberitahu, kejadian itu disyaki bermotifkan dendam berikutan semakan mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan gaduh, dadah dan curi.

Tinjauan Kosmo! di bilik mayat Hospital Sultan Ismail pula mendapati ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa masih bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemu bual.

Di situ juga kelihatan sebuah kereta diikat dengan reben merah jambu yang lazimnya menjadi hiasan untuk membawa pengantin baru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. Sumber

Topik Berkaitan
Pengantin baru dirogol tikus, Pengantin dirogol suami sendiri,


Iklan Kecil 
Earning for FREE, without investment
Extreme Cash 

Promote Your Affiliate For FREE

This is the best moneymaker in Universal

Cara mudah dapat `referral' dengan program ini

Dapatkan 1,000,000  traffik percuma 

Jana trafik mudah 

Jana pendapatan dengan mudah setiap hari tanpa kos !

Luaskan potensi kewangan andakecil lebih baik, berkongsi lebih baik,  
Dapatkan traffik percuma disini, Pendapatan Tanpa Pelaburan
Anda boleh baca,bercakap bahasa English?.

Dicabul ketika dapat rawatam di klinik.

Sekadar Gambar Hiasan

Komen : Hiskkk..macam ini pun ambil kesempatan, Liza nasihatkan kepada kaum Hawa hati-hati ketika mendapat rawatan diklinik, seelok-elok dapatkan rawatan dari doktor perempuan.


DUNGUN: Seorang petugas syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, mangsa yang berusia 24 tahun itu pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan memberi rawatan. 

Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh si mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarungkan kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu.


Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis kira-kira jam 9.15 malam di Balai Polis Dungun.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

 
Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun. Sumber Bernama

Iklan Teks

Selamat Menyambut Nuzul Quran 2012

Ikuti sejarah penubuhan Masjid Negara
Assalamualaikum, pada hari isnin ini merupakan cuti umum sempena Nuzul Al Quran kepada rakyat di negeri Selangor, Kelantan,Pahang, Perak, Perlis, Penang dan Terengganu sahaja. Nuzul Quran bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu peristiwa 
turunnya ayat-ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Kejadian ini telah berlaku pada malam jumaat 17 Ramadhan ketika  Nabi Muhammad s.a.w berumur 41 tahun ketika baginda beribadat di Gua Hira. Surah pertama yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail ialah Surah Al-Alaq. Ikuti ceramah mengenai Nuzul Quran oleh JAIS

Sehubungan dengan itu jika anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur, anda dijemput untuk mengikuti Program Ceramah Perdana Nuzul Al-Quran pada 5 Ogos ini, bermula jam 6 petang di Dewan Solat Utama.Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal Rokman.


Iklan Teks

Budu Ketagih Curi Kereta

Budu sudah sinomin dengan rakyat Kelantan 
Lihat asal BUDU
Ketua sindiket curi kereta, Hasan Budu bagaikan sudah ketagihan untuk terus melakukan jenayah walaupun baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Machang, Kelantan apabila dia disyaki masih terjebak dalam kegiatan jenayah. 

Suspek yang sebelum ini mempunyai 15 rekod mencuri kenderaan dipercayai kembali aktif melakukan jenayah sama selepas dibebaskan dari tahanan pada April lalu apabila banyak kes curi kenderaan kini dipercayai didalangi Hasan Budu atau nama sebenarnya Samsul Bahri Awang Noh, 39.

Inilah Hasan Budu- penjenayah yang dimaksudkan

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kegiatan jenayah suspek dari Kampung Padang Luas, Besut itu terbongkar ekoran penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada Isnin lalu.
“Suspek berkenaan mendedahkan kaitan Hasan Budu dengan penemuan lori Hino dan Mitsubishi Pajero yang berada di rumah suspek terbabit,” kata beliau.

Menurut beliau, polis kemudian membuat intipan beberapa jam di kawasan rumah tersebut sebelum mengesan Hasan Budu yang memandu Mitsubishi Pajero juga kenderaan curi menghala ke rumah itu.

Bagaimanapun, Hasan Budu yang cuba ditangkap dapat menghilangkan diri.

Menurut beliau, polis percaya sejak dibebaskan, Hasan Budu telah berjaya merekrut beberapa orang anak buahnya untuk melakukan jenayah curi kenderaan di negeri ini, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

Katanya, modus operandi kumpulan Hasan Budu ialah menggunakan kunci pendua untuk menghidupkan enjin kenderaan yang mahu dicuri.

“Kumpulan tersebut berjaya melarikan kereta dalam beberapa minit tanpa mengira jenis kenderaan,” kata beliau.

Berikutan itu, Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hasan Budu tampil membuat laporan polis bagi menyekat aktiviti penjenayah itu.
Sumber : Kosmo

Lawak Budu !!
 Iklan,

Harapan Ramadhan 2012

Harapan Ramadhan sila muaturun
Assalamualaikum semua, selamat berpuasa dan selamat berbuka nanti. Sempena kedatangan ramadhan 2012, kali ini Liza mempunyai `target' tersendiri, seperti berikut

1. Baca Al-Quran setiap malam sehingga khatam.
2. Tidak membeli makanan dibazar ramadhan kecuali keadaan benar-benar terdesak.
3.  Bersahur setiap hari - tanpa tertinggal sehari pun (Sunnah Nabi tu..)
4.  Bertarawih sekurang-kurangnya 8 raakat.
5.  Berpuasa penuh 30 hari ??? ( ini bergantung la ..)

Sekiranya anda ada komen atau ingin berkongsi matlamat / `target' anda jemputkan jangan la malu.



Topik berkaitan

Iklan,

Bagaimana Elak Jantung Pisang Tidak Hitam Direbus

Baca maklumat mengenai Pisang & Jantung Pisang
Anda suka makan ulam jantung pisang ? Liza pun suka tapi taklah `addict' sangat, kalau ada masa makan tengahari tu ` macam orang mengantuk disorongkan bantal', memang best.

Selalu bahkan mungkin selalunya bila kita rebus jantung pisang ianya akan menjadi hitam 
betul tak?. Hari ini Liza akan kongsikan bagaimana hendak merebus jantung pisang yang tidak hitam?. 

Caranya mudah sahaja semasa rebus jantung pisang masukkan sekali pucuk ubi, dan rebus seperti biasa. Insallah jantung pisang anda tidak hitam lagi.

Nota : jangan duk berangan makan pucuk ubi boleh cuci jantung anda pulak he he he..

Ada masa ? jom jengah 











Selamat Hari Bapa 2012

Pada tarikh ini 17 Jun 2012 - Ahad, merupakan sambutan Hari Ayah - Daddy, Abah, Papa dan lain-lain panggilan tetapi semua merujuk kepada ketua keluarga.  

Sebenarnya tidak satu hari khusus untuk ayah atau ibu kerana kita digalakkan untuk mengasihi, berbuat baik dan menitipkan doa untuk mereka. Janganlah sampai kalau sudah mereka tiada baru nak menyesal !!!

Sempena hari bapa ini, liza ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada seluruh bapa-bapa diseluruh Malaysia ini dan seluruh dunia amnya , khususnya kepada Mohd Ariffin Bin Samsuddin dengan ucapan  ` Happy Father Day' I love you ..



Ayah
teramat besar pengorbananmu terhadap diriku ini
penat lelah menjadi rutin harianmu
pergimu diwaktu pagi dan pulangmu diwaktu malam
semata-mata mencari sesuap nasi buat kami anak-anakmu
terlalu tinggi nilai kasihmu ayah
hingga diri ini begitu kagum padamu
dengan kecekalanmu
dengan kesabaranmu
dan dengan kegigihanmu
semua itu mengajar aku dengan apa yang dinamakan kasih seorang ayah
kesakitanmu hanya dirimu yang menangungnya
tidak sekali pun dirimu khabarkan pada anak-anakmu
aku tahu semua itu pasti kerna dirimu tidak mahu 
anak-anakmu risau akan dirimu
dan diwaktu itu dirimu hanya melakar 
wajah kegembiraan walau kesakitan dirimu dikau pendamkan

Ayah 
walaupun kita bertemu hanya seketika
tapi segala kenangan kita akan kukenang sampai kesudah
senda tawamu tidak pernah sirna dek ditelan masa 
wajah riangmu masih segar di rak ingatanku
dikaulah ayah yang selalu kurindu
yang dulunya seringkali mendakapku
dan menyuap nasi kemulutku
bahagianya bila buku kenangan itu tersingkap
bagai aku mengulang masa kenangan lalu bersamamu ayah

Ayah
dikaulah hadiah yang terindah buat diriku ini
yang sentiasa melayan segala ragamku
yang sentiasa memberi apa jua pintaku
walau ianya sesusah manapun
dikaulah ayah yang terbaik dalam hidupku

Ayah
kerinduan ku terhadapmu
sukar untuk ku bendung
kerna ku sayangkanmu selalu
TERIMA KASIH AYAH
Kredit :  Jejaki Sepi

Ayah Dan Ibu Dari Sudirman
Pelangi Petang Oleh Sudirman

Ingin lihat hari bapa 2012 ? lihat bapa 1, bapa2 ,bapa3                                                                       
Nota : Ayah dan ibu  liza, sentiasa mendoakan kamu berdua supaya ayah sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah. Lihat lebih pendek lebih baik, Jom kerja `translate' dirumah sahaja.

Sinki Anda Tersumbat ?

Alangkah indah sinki tapi tidak berguna kalau tersumbat bukan ?
Pernahkan anda mengalami masalah sinki tersumbat ?. 

Caranya mudah sahaja campurkan 1/2 cawan sodium bikarbonat dalam satu cawan cuka. Kemudian tuangkan kandungan tersebut bersama 1 cawan air. 

Selepas itu dalam satu jam paip tersebut boleh digunakan semula. Mudahkan bukan ?. Tak perlu panggil `plumbing'. 

Banyak berkaitan tip membaiki sinki dan tandas disini.
Sinki 1, Tandas, sinki 2,

Ibubapa Upah Samseng Halau Guru

Add caption




Seorang guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Damansara di sini, mendakwa hidup dalam trauma dan ketakutan selepas diganggu serta diugut sekumpulan samseng yang dipercayai diupah ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati mangsa mengajar di sekolah berkenaan.


Menurut sumber, guru berkenaan yang berusia 40 tahun menerima lima ugutan sejak 10 April lalu dan ugutan terbaru diterima ketika berada di tempat letak kereta rumahnya, jam 10 pagi, Sabtu lalu.

“Ketika kejadian itu, mangsa yang menuju keretanya dihampiri seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih mengajar di sekolah itu walaupun beberapa kali diberi amaran supaya berpindah.

“Lelaki terbabit yang juga orang sama mengganggunya sebelum ini mengugut dengan mengeluarkan perkataan ‘esok akan mati jika kau berdegil’ dan berpindah dari sekolah berkenaan,” katanya, semalam.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sumber berkata, sekumpulan samseng terbabit turut mengekori guru berkenaan ke mana saja mangsa pergi termasuk membuat gangguan di rumah pada waktu malam apabila pintu rumah diketuk berulang kali.

“Siri gangguan terhadap mangsa bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu di sekolah berkenaan ditimbulkan segelintir ibu bapa pelajar yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.

“Mangsa yang mengajar subjek Bahasa Melayu menyediakan kertas ujian pelajar dalam bahasa itu dan tindakan itu menyebabkan ibu bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati. “Mangsa yang tidak tahan dengan gangguan itu membuat laporan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama dan memohon untuk ditukarkan sekolah lain kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Sumber : 

Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht