Monday, October 25, 2010



Takut kepada Allah berbeza dengan takut kepada haiwan ganas. Takut kepada haiwan liar kita akan menjauhkan diri, tetapi jika kita takut kepada Allah kita akan menghampirinya iaitu dengan membuat apa yang diperintah dan menjauhkan apa yang dilarang.

Persoalannya adakah anda betul-betul takut kepada ALLAH?, Berikut ciri-ciri atau tanda-tanda seseorang itu benar-benar takut kepada Allah.


1. Pada Mulut (Lisan)
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak.
 
2. Pada hati.
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan.

3. Pada Matanya
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar.
 
4. Pada Perutnya
Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar.
 
5. Pada Tangannya
Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT.
 
6. Pada Langkahnya (kaki)
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.
 
7. Pada ketaatannya
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik.
 Islam: What the West Needs to KnowWhat Everyone Needs to Know about IslamInside Islam (History Channel)

    

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA