Sunday, August 15, 2010



Assalamualaikum semua, malam ini tetiba liza rasa gatal tangan nak tulis walaupun badan ini letih sangat sebab siang tadi balik kampung. Musim sekarang tempat yang paling popular bagi umat islam ialah bazar ramadhan.  Erm.. bazar ramadhan yang muncul setahun sekali itu memang unik kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh umat islam yang berpuasa tetapi juga dari kaum-kaum yang lain seperti cina , india dan pelancung dari negara Arab & Eropah.

Disini liza ingin berkongsi dengan anda tip-tip ketika membeli di bazar-bazar ramadhan,
1. Membeli gerai dan penjual yang bersih sahaja. Yelah bersih dari segi gerai, makanan, pakaian dan sebagainya. Ini kerana kebanyakan peniaga di bazar Ramadan hanya 
memikirkan  keuntungan tanpa mengira  kualiti dan kebersihan makanan. Silap hari 
bulan kita boleh jatuh sakit kerana keracunan makanan.

2. Tetapkan belian anda contoh RM10.00 untuk setiap kali membeli dibazar Ramadhan. Ini boleh mengelakkan anda berbelanja lebih dari budget (membazir) . Maklumlah tengah lapar dan dahaga..kalau boleh semua nak dibeli.

3. Membeli makanan/minuman yang dibuat disitu contoh martabak, karipap etc. Maksud liza  makanan/minuman masih panas. Ini kerana ada sesetengah makanan seperti lauk-lauk yang berkuah  dimasak seawal 8-9 pagi dan mula berjual jam 3 petang. Mesti makanan itu sudah tidak segar dan ala-ala basi.

4. Rancang siapa yang akan pergi membeli . Kalau sekeluarga itu, biar pergi sekali sahaja.   Jangan mak/bapak pergi kemudian anak pergi lagi. Sudah tentu akan berlaku lambakan makanan diatas meja kan. Siapa yang rugi ?

5. Bagi mereka yang rumahnya dekat dengan bazar , Kalau nak murah pergilah membeli 
disaat-saat nak buka puasa. Mesti murah gila..silap hari bulan dapat FREE !!!

Bercerita tentang bazar ramadhan ini, teringat kisah ribut yang melanda bazar di Jasin Melaka yang telah mengorbankan 3 nyawa.
    
  

p/s : Semoga kejadian diJasin itu memberi pengajaran kepada kita semua !! Al-Fatihah untuk yang telah terkorban..

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA