Google
 

Follower

Rakyat Malaysia Malas Bersenam

Bersenam dapat mencegah penyakit. Ketahui Teknik Senaman Yang Baik
Rakyat Malaysia ternyata malas bersenam atau beriadah. Hanya 25 peratus rakyat negara ini yang terbabit dalam aktiviti senaman. Rosnah juga menyebutkan bahawa rakyat kita terdedah kepada pelbagai penyakit yang membunuh secara senyap - daripada diabetes hinggalah hipertensi. Kadar penyakit yang membabitkan jantung juga meningkat, demikian juga masalah obesiti. Menurut laporan terbaru, 6.2 juta penduduk dewasa kita mempunyai kolesterol tinggi, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 2.6 juta menghidap diabetes.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), Kementarian Kesihatan bagi tahun 2011 menunjukkan bahawa kadar penyakit diabetes meningkat kepada 15.2 peratus daripada 11.6 peratus pada tahun 2006, sementara hipertensi dalam kalangan orang dewasa yang berumur melebihi 30 tahun meningkat daripada 32.2 peratus kepada 32.7 peratus. 

Banyak orang menyalahkan kemewahan dan gaya hidup moden sebagai punca semua masalah ini. Bagi saya, isunya ialah sikap kita sendiri terhadap kesihatan. Hakikatnya cara hidup kita berubah tetapi amalan pemakanan kita tidak berubah. Mungkin nenek moyang kita makan makanan yang sama dengan apa yang kita makan hari ini tetapi mereka bekerja di ladang dan mengeluarkan peluh, sedangkan kita masuk ke pejabat berhawa dingin. 
8 sebab senaman penting bagi wanita
 Kemewahan boleh membunuh. Ironinya seorang daripada lima orang penduduk dunia kelaparan (800 juta). Pada waktu yang sama lebih dua bilion penduduk mengalami apa yang disebutkan chronic malnutrition. Tetapi di Malaysia, kita mati kerana makan, bukan kerana tidak cukup makan. Kadar penyakit moden seperti barah, sakit jantung, diabetes dan lain-lain meningkat apabila rakyat semakin mewah. Kita makan terlalu banyak, makan makanan yang kurang berkhasiat di samping membazirkan makanan.

Lebih malang lagi, kita tidak berbuat apa-apa selepas makan. Rakyat Malaysia enggan bersenam waima setengah jam sehari tiga minggu sekali, kadar minimum yang diperlukan bagi membakar lebih 3,000 kalori yang dimakan sehari. Mereka lebih suka bermalas-malas. Walaupun rata-rata mereka menggemari sukan tetapi mereka menonton perlawanan bola Liga Inggeris (EPL) sambil makan di kedai mamak atau di rumah. Minat terhadap sukan tidak diimbangi dengan amalan bersukan.

Kita bukan negara sukan atau sporting nation. Rakyat kita mempunyai banyak keutamaan lain selain memberikan perhatian serius pada soal sukan. Maka itu tidaklah menghairankan mutu sukan kita tidak boleh dibanggakan. Kita juga malas bergerak, kalau boleh kita ingin meletakkan kenderaan kita di hadapan pintu pasar raya. Pergerakan kita terbatas hanya dengan turun naik lif dan bergerak ke kantin dan ke pejabat.

Apa yang lebih penting ialah kualiti sukan di sekolah. Tanpa penekanan pada kepentingan sukan dan riadah, kita melahirkan generasi yang malas dan tidak peduli pada riadah. Apabila sistem sekolah tidak memberikan perhatian pada aktiviti sukan dan kualiti ahli sukan, sukan negara tidak akan ke mana. Kesihatan rakyat banyak bergantung pada sikap kita terhadap sukan dan riadah. 

Kerajaan akan membelanjakan lebih RM19 bilion untuk kesihatan rakyat bagi tahun hadapan. Maka itu kita harus menekankan budaya bersukan di kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Sukan dan riadah merupakan kemestian bagi setiap orang.

Di kalangan umat Islam sendiri, budaya bersukan tidaklah begitu memberangsangkan. Sepatutnya ditanamkan sikap bahawa untuk mengamalkan tuntutan agama seperti solat, kita memerlukan tubuh badan yang sihat. Umat Islam yang sihat merupakan ummah yang kental jati diri, semangat dan diberkati kekuatan fizikal. 
 
Umat yang lemah kekuatan tubuh badannya tidak akan mengembangkan Islam. Kita tahu kisah perwira Islam pada zaman awal yang tersohor kerana semangat juang mereka. Empayar Islam berkembang kerana kekuatan umatnya. Tradisi ilmu di kalangan orang Islam berkembang kerana minda yang juga sihat. Kekuatan fizikal dan minda yang tajam membina tamadun dan kegemilangan Islam.

Budaya masyarakat negara ini harus juga berubah. Kita harus mengawal cara pemakanan anak-anak kita. Apa yang lebih penting ialah menekankan keperluan beriadah di kalangan mereka. Tidak ada usia yang menghalang kita beriadah. Profesor Diraja Ungku Aziz mungkin tidak boleh berlari lagi pada usianya sekarang tetapi beliau masih berjalan pantas. Adnan Osman berusia 68 tahun bulan September lalu apabila beliau berbasikal ke Sukan Olimpik London. Seorang menteri Nepal, Bahadur Sherchan berusia 76 tahun 340 hari apabila beliau menjejak puncak Gunung Everest tiga tahun lalu.

Saya sekadar ingin mengingatkan bahawa kaum Melayu dan India amat kurang beriadah berbanding kaum Cina di negara ini. Pergilah ke mana-mana pusat riadah terbuka, peratus kaum Cina yang aktif amat tinggi berbanding dengan yang lain. Maka itu tidaklah memeranjatkan berdasarkan angka Jabatan Statistik Negara, jangka hayat wanita Cina ialah yang tertinggi di Malaysia - 79.8 tahun, melebihi kadar jangka hayat purata bagi rakyat Malaysia, 77 tahun. Kadar jangka hayat wanita India ialah 76.2 dan wanita Melayu 75.3. Lelaki kaum Cina hidup lebih lama dengan purata jangka hayat 74.4 tahun diikuti oleh lelaki Melayu (70.5) dan India (68). Perangkaan ini sepatutnya membuka mata kita semua.
 

Teks Iklan
Earning for FREE, without investment
Extreme Cash 

Promote Your Affiliate For FREE
This is the best moneymaker in Universal
Cara mudah dapat `referral' dengan program ini
Dapatkan 1,000,000  traffik percuma 
Jana trafik mudah 
Jana pendapatan dengan mudah setiap hari tanpa kos !
Luaskan potensi kewangan anda

 kecil lebih baik, berkongsi lebih baik,  
Dapatkan traffik percuma disini,

 Pendapatan Tanpa Pelaburan
Anda boleh baca,bercakap bahasa English?.

No comments:

Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht