Wednesday, December 19, 2012

Lelaki cina sedang mengamuk
Akibat cinta tidak kesampaian, seorang lelaki mengamuk di majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan bertindak memecah cermin dua kenderaan, termasuk yang dinaiki pengantin lelaki, di sini semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian di perkarangan rumah pengantin perempuan, di Labis, berikutan suspek bersenjatakan tukul besi dan parang beredar daripada lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

 Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, rombongan pengantin lelaki yang menaiki beberapa kereta dikatakan baru tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba dua motosikal membunyikan enjin dengan kuat.


Saudara terdekat mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 40-an berkata pada mulanya, rombongan pengantin menyangka bunyi kuat itu adalah gimik sambutan, sebelum seorang penunggang motosikal mengeluarkan tukul besi sambil menjerit.

“Lelaki itu kemudian terus memecahkan semua cermin Toyota Camry yang dinaiki pengantin lelaki menyebabkan kami semua terkejut dan cuba menenangkannya tetapi dia bertindak semakin ganas dengan turut mengeluarkan parang.
 Kereta mangsa yang dipecahkan oleh bekas kekasih perempuan
“Lelaki itu kemudian mengugut akan menetak sesiapa saja yang menghalangnya sebelum memecahkan cermin hadapan Honda Jazz di tempat kejadian,” katanya.
Goh berkata, dua lagi rakan lelaki itu menaiki motosikal lain hanya memerhatikan saja perbuatan berkenaan sebelum semua mereka beredar kira-kira 15 minit kemudian. Baca berita sepenuhnya disini


Video lelaki yang mengamuk. 



 Berita berkaitan,
1. Highlander dan power ranger mengamuk diputrajaya
2. Lelaki bogel mengamuk
3. Mengamuk di tadika
4. lelaki mengamuk didalam Film 

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA