Friday, December 21, 2012

Mayat kanak-kanak yang malang dengan perut terburai

Alangkah pilunya hati ini, bila melihat gambar kanak-kanak malang ini, Kejam sungguh mahluk manusia ini. Kalaulah yang terbakar itu, ibu atau kakak sendiri, apa dia rasa. Apalah dosa kanak-kanak ini. Tak kira kanak-kanak Melayu, Cina, India atau apa bangsa/agama pun, kanak-kanak patut dilindungi dan disayangi.Semoga  si pelaku dapat balasan secepat mungkin.

Daripada kesan, nampaknya sipelaku cuba menghilangkan bukti dengan membakar kanak-kanak tapi tidak berjaya. Lambat cepat polis akan dapat menjejak anda walaupun ke lubang cacing. Awas !!!

JOHOR BAHRU: “Ia perbuatan manusia yang lebih keji daripada haiwan,” kata Mohd Akbar Mohd Shah, 41, yang menemui mayat kanak-kanak perempuan dalam keadaan 80 peratus terbakar dan perutnya terburai, semalam.

Mayat kanak-kanak berusia lebih setahun itu ditemui di tapak bekas Flat Bukit Chagar, Jalan Salleh, di sini, jam 4.15 petang.

Mohd Akbar berkata, mayat bayi itu pada mulanya ditemui abangnya, Mohd Azhar, 42, yang melalui kawasan itu lalu memaklumkan kepadanya.

“Pada mulanya, abang saya menyangkakan objek itu anak patung, namun terkejut apabila mendapati ia mayat kanak-kanak perempuan yang dibakar hingga perutnya terburai.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendekati mayat itu dan amat sedih melihat keadaannya. Hampir keseluruhan tubuhnya terbakar, tapi masih ada cebisan kain dipercayai baju dipakainya,” katanya. Sumber : Metro

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA