Sunday, June 17, 2012

Pada tarikh ini 17 Jun 2012 - Ahad, merupakan sambutan Hari Ayah - Daddy, Abah, Papa dan lain-lain panggilan tetapi semua merujuk kepada ketua keluarga.  

Sebenarnya tidak satu hari khusus untuk ayah atau ibu kerana kita digalakkan untuk mengasihi, berbuat baik dan menitipkan doa untuk mereka. Janganlah sampai kalau sudah mereka tiada baru nak menyesal !!!

Sempena hari bapa ini, liza ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada seluruh bapa-bapa diseluruh Malaysia ini dan seluruh dunia amnya , khususnya kepada Mohd Ariffin Bin Samsuddin dengan ucapan  ` Happy Father Day' I love you ..



Ayah
teramat besar pengorbananmu terhadap diriku ini
penat lelah menjadi rutin harianmu
pergimu diwaktu pagi dan pulangmu diwaktu malam
semata-mata mencari sesuap nasi buat kami anak-anakmu
terlalu tinggi nilai kasihmu ayah
hingga diri ini begitu kagum padamu
dengan kecekalanmu
dengan kesabaranmu
dan dengan kegigihanmu
semua itu mengajar aku dengan apa yang dinamakan kasih seorang ayah
kesakitanmu hanya dirimu yang menangungnya
tidak sekali pun dirimu khabarkan pada anak-anakmu
aku tahu semua itu pasti kerna dirimu tidak mahu 
anak-anakmu risau akan dirimu
dan diwaktu itu dirimu hanya melakar 
wajah kegembiraan walau kesakitan dirimu dikau pendamkan

Ayah 
walaupun kita bertemu hanya seketika
tapi segala kenangan kita akan kukenang sampai kesudah
senda tawamu tidak pernah sirna dek ditelan masa 
wajah riangmu masih segar di rak ingatanku
dikaulah ayah yang selalu kurindu
yang dulunya seringkali mendakapku
dan menyuap nasi kemulutku
bahagianya bila buku kenangan itu tersingkap
bagai aku mengulang masa kenangan lalu bersamamu ayah

Ayah
dikaulah hadiah yang terindah buat diriku ini
yang sentiasa melayan segala ragamku
yang sentiasa memberi apa jua pintaku
walau ianya sesusah manapun
dikaulah ayah yang terbaik dalam hidupku

Ayah
kerinduan ku terhadapmu
sukar untuk ku bendung
kerna ku sayangkanmu selalu
TERIMA KASIH AYAH
Kredit :  Jejaki Sepi

Ayah Dan Ibu Dari Sudirman
Pelangi Petang Oleh Sudirman

Ingin lihat hari bapa 2012 ? lihat bapa 1, bapa2 ,bapa3                                                                       
Nota : Ayah dan ibu  liza, sentiasa mendoakan kamu berdua supaya ayah sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah. Lihat lebih pendek lebih baik, Jom kerja `translate' dirumah sahaja.

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA