Wednesday, January 17, 2007

MUNGKIN ADA YANG DAH BACA TAPI KITA BOLEH MEMBACA SEKALI LAGI UTK INGATAN DIRI KITA SENDIRI..... ....


Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya

Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak.

Wanita tersebut terus pergi berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.

Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doctor berbuat sesuatu pada lidahnya.


Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray.

Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."
"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat . Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA