Tuesday, January 30, 2007

AMALAN ibadat mesti dilaksanakan dengan yakin. Mereka yang mengalami masalah waswas biasanya diganggu syaitan dan tidak menumpukan perhatian dalam pekerjaan yang dilakukan atau tidak fokus.

Memang sah apa yang dilakukan iaitu mengerjakan sujud sahwi bila terlupa perkara sunat dalam solat. Namun demikian penyakit waswas ini jika dibiarkan bimbang akan melarat.

Cuba amalkan membaca Bismilah dan surah an-Nas sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Ada selawat yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada masalah lupa. Selain itu cuba belajar dan melatih diri untuk fokus dan penumpuan apabila melakukan sesuatu.

Amalkan juga membaca al-Quran selalu dan banyakkan berzikir supaya tidak mudah lalai dan alpa.

p/s : Yakin pada diri !

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA