Wednesday, January 31, 2007

Apa itu selesema burung?

Selesema burung adalah sejenis penyakit berjangkit di kalangan unggas seperti ayam, itik dan burung liar yang disebabkan oleh virus influenza jenis A.

Burung-burung liar yang berhijrah dari satu kawasan ke satu kawasan adalah pembawa utama virus ini. Ia mempunyai pelbagai jenis kecil.

Wabak yang dilaporkan sekarang berpunca daripada virus jenis H5N1. Virus jenis ini menyebabkan kadar kematian ternakan yang tinggi di kalangan ayam ternakan sehingga 100 peratus.

Adakah manusia boleh dijangkiti oleh penyakit ini?

Biasanya, penyakit ini tidak menular kepada manusia tetapi kejadian di Vietnam dan Thailand telah menunjukkan ia boleh merebak kepada manusia.

Kejadian yang sama pernah berlaku di Hong Kong pada tahun 1997 di mana seramai 19 orang telah dijangkiti dengan selesema burung, dengan enam kematian.

Jarang sekali berlaku kes di mana penyakit ini merebak daripada seorang ke seorang dan jika ia berlaku, ia terbatas kepada anggota sesebuah keluarga sahaja, dan penularan itu tidak berterusan melebihi seorang.

Siapakah yang berisiko tinggi?

Individu yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti penyakit selesema burung ialah mereka yang terdedah secara langsung dengan burung-burung yang dijangkiti seperti:

- Mereka yang bekerja di ladang ternakan ayam, itik dan burung yang berkemungkinan telah dijangkiti

- Mereka yang mempunyai sentuhan langsung dengan haiwan yang telah dijangkiti seperti bermain ayam sabung

- Mereka yang bertugas memeriksa tempat-tempat ternakan dan mengendalikan pemusnahan ayam, itik dan burung berpenyakit.

Bagaimana selesema burung boleh membawa kepada satu pandemik?

Pandemik adalah wabak yang berlaku di seluruh dunia dan boleh menjejaskan bilangan orang yang banyak.

Sekalipun virus selesema burung tidak mudah merebak di kalangan manusia, semua virus selesema bagaimanapun mempunyai kebolehan untuk bermutasi.

Para saintis bimbang virus H5N1 akan berubah dan boleh merebak lebih mudah dan meluas daripada manusia ke manusia, suatu hari nanti.

Oleh kerana lazimnya manusia tidak dijangkiti virus ini, kita mempunyai sedikit imuniti atau tidak mempunyai imuniti langsung daripada serangan ini, dan pandemik selesema boleh terjadi.

Anda mempunyai peranan penting

* Selalulah membasuh tangan anda dengan air yang bersih dan sabun. Lap tangan sehingga kering terutama sekali selepas anda ke tandas atau mengendalikan burung hidup, daging ayam, itik dan telur mentah

* Amalkan good animal husbandry seperti memakai penutup mulut dan hidung, sarung tangan, apron dan but

* Penutup hidung juga perlu digunakan jika sakit

* Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu bila batuk atau bersin

* Amalkan kebersihan semasa mengendalikan daging mentah

* Jangan pergi ke tempat kerja atau sekolah jika anda sakit

* Gunakan sudu penghidang jika berkongsi makanan

* Jangan meludah merata-rata

* Lain-lain peraturan kawalan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

Bagaimana ia merebak??

Penyakit ini menular di kalangan ayam melalui cecair dari hidung dan mulut serta najis. Ayam ternakan tidak mempunyai ketahanan daripada dijangkiti virus ini.

Ia mendapat jangkitan apabila menyentuh najis tercemar atau permukaan yang telah tercemar oleh najis burung yang terjangkit.

Virus ini boleh bertahan sehingga 30 hari dalam najis yang tercemar. Virus juga boleh merebak dan membunuh semua ternakan dalam masa beberapa jam sahaja.

Manusia boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan ayam, itik dan burung yang berpenyakit dengan cara:

- Sentuhan langsung

- Mengendalikan najis tercemar

- Air yang tercemar dengan najis

- Barang-barang atau pakaian yang tercemar dengan najis

- Virus juga boleh didapati pada kulit telur yang tercemar najis.

Gejala-gejala penyakit

Tanda-tanda penyakit ini adalah sama seperti selesema biasa iaitu panas badan, demam tinggi (lebih 39 darjah selsius), selesema, sakit tekak, sengal-sengal otot dan batuk. Bagi kes-kes yang teruk, jangkitan mata dan sesak nafas disebabkan oleh radang paru-paru (pneumonia) boleh berlaku.

Segeralah berjumpa doktor jika anda mempunyai simptom-simptom di atas. Beritahu doktor jika anda ada memegang burung-burung hidup atau telah mengunjungi kawasan-kawasan yang ada kes selesema burung.

Kejadian penyakit ini adalah lebih teruk di kalangan kanak-kanak dan orang tua kerana tahap ketahanan badan yang rendah di mana virus boleh membiak dengan lebih cepat. Kebanyakan mangsa semasa terdiri daripada kanak-kanak.

___________________________________________________
p/s : liza masih ingat bila berlaku di negara kita, harga ayam jadi murah.... takut agaknye tapi kasihan kepada pengusaha ternakan ayam, sales drop giler gitu juga dengan sales KFC, MD dsbnya.

Tapi sekarang bila dah ok, harga naik la pulak !

liza sendiri pun jarang makan ayam, sbb liza rasa ayam dah byk sangat disunting dengan vaksin.. antibiotik...hormon dan sebagainya ..

liza ada dengar citer dari pengusha ayam (sbb pakcik ada bela ayam gak) sehari sebelum ayam dijual mereka memberi bahan kimia (dalam dos terlalu sedikit) ini menyebabkan ayam mereka sentiasa dahaga.. dan kuat minum...so berat pun bertambah. Just image kalau sekor ayam naik 0.10gm kalau ada ribu - ribu ekor berapa dah mereka untung !!

entah la...





0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA