Monday, November 21, 2011

Alhamdulliah memang berbaloi liza dan housemate tengok hampir 2jam, akhir Malaysia menang dengan sepakan penalti 4: 3.

Tahniah kepada penjaga gol kita iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang bekerja keras menyelamatkan gawang gol kita. 




Tidak dilupakan juga sepakan `emas' ketua pasukan Baddrol Bakhtiar yang sekali gus merangkul `ibu' pingat emas di sukan sea kali ke XXVI, sekaligus menyebabkan peminat fanatik Indonesia yang berjumlah 100,000 orang itu  terkedu dan ada yang menangis !

Secara keseluruhannya liza  dapat simpulkan pihak Indonesia menguasai 52%, dan Malaysia cuma 48% sahaja ini terbukti apabila Indonesia berjaya menjaringkan gol pada awal permainan. Tetapi berkat semangat yang kental dan kegigihan pemain-pemain Malaysia berjaya juga mengalahkan Indonesia walaupun dengan penentuan sepakan penalti.

Apa pun tahniah sekali lagi kepada team Harimau muda kita ! . Liza rasa sungguh bangga dengan kejayaan anda semoga kejayaan ini dapat dikecapi dimasa-masa akan datang. 

Lihat gol-gol penalti yang telah diambil,


Berita dari Utusan Malaysia,

 Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia. Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.

Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.

Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.

Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.

Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.

Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.

Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA