Friday, October 28, 2011

Amboi panjangnya tajuk post ini, tak kisahlah asal anda faham yer tak?. Kadang-kadang kita selalu terfikir bagaimana hendak jadikan diri kita lebih dihormati oleh orang lain dan bukannya ditakuti. Misalnya jika seseorang ayah yang dihormati oleh anak-anaknya akan menuruti segala nasihat yang diberikan sama ada dihadapan ayah atau dibelakang.

Tidak kira sama ada seorang ayah, pengurus dan sebagainya, boleh ikuti amalan/tip berikut boleh menjadikan diri anda dihormati oleh orang lain ,

1.  Sentiasa menunjukkan adab sopan yang mulia dan senangi oleh orang lain.

2.  Anda menghormati orang lain sama ada yang lebih tua atau berpangkat tinggi.

3.  Jangan sombong dan ego atau menyombongkan diri sendiri.

4.  Jangan memandang rendah kemampuan orang lain dan sentiasa memberi peluang kepada orang lain.

5.  Tunjukkan pelakuan yang sesuai seperti cara bercakap,berjalan,duduk, makan kerana 
semuanya ini akan diperhatikan oleh orang lain.

6.   Jaga nama baik keluarga, organisasi dan agama.

7.   Taat perintah Agama seperti solat, puasaa dan sebagainya.

8.   Elakkan dari menggunakkan aksesori yang berlebihan dan jangan memilih warna yang 
terang.

9.   Suka menghulurkan bantuan (ringan tulang) dan sentiasa senyum !!

10. Bersikap prihatin.


Semoga tips diatas boleh sedikit sebanyak membantu anda supaya lebih dihormati oleh orang lain, sekurang-kurangnya isteri/suami dan anak-anak sendiri !

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA