Google
 

Follower

Kenali Minyak Zaitun


Zoe Extra Virgin Olive Oil, 1-Liter Tins (Pack of 2)Colavita Extra Virgin Olive Oil, 34-Ounce Tins (Pack of 2)Bertolli Extra Virgin Olive Oil, 51-Ounce Bottle

Minyak zaitun atau `olive oil' telah lama digunakan oleh bangsa Mesir dan Roman sejak zaman kuno lagi. Hingga sekarang pun minyak zaitun sangat popular terutamanya dikawasan Mediterranean dan juga Mesir. 

Penggunaan minyak zaitun tidak terhad didalam masakan tetapi juga berperanan untuk menjaga kesihatan mereka. Keajaiban buah zaitun ini dibuktikan sendiri oleh pakar-pakar di Amerika Syarikat yang telah mengkaji hubungan diantara minyak zaitun dengan pertumbuhan kanser  payu dara.

Kajian yang melibatkan 2,300 orang wanita mendapati wanita yang mengambil minyak zaitun lebih dari satu kali dalam sehari  memiliki peluang 25 % lebih rendah diserang kanser payudara jika dibandingkan dengan wanita yang kurang mengambil minyak zaitun. Disamping itu, memang ternyata wanita Mesir dan mereka yang tinggal di kawasan Mediterranean lebih sedikit diserang penyakit itu (kanser payudara) berbanding dengan wanita di Amerika.

Kaitan minyak zaitun dengan pengurangan risiko kanser payudara adalah kerana minyak zaitun banyak mengandungi vitamin E yang sangat diperlukan untuk menghentikan kerosakan sel-sel yang menjadi punca kanser. Selain itu juga ia mengandungi polifenol yang berperanan sebagai penghalang radikal bebas. 

Selain untuk kesihatan, minyak zaitun juga berguna untuk kecantikan wanita. Vitamin E yang terdapat didalamnya mampu menghilangkan parut-parut jerawat dimuka. Menghilangkan `make-up dan boleh digunakan ketika perawatan kuku tangan, kaki dan semasa proses urutan. Berikut adalah beberapa contoh kebaikan minyak zaitun untuk kecantikan,

Rambut lebih sihat
Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.

Selain daripada menggunakan syampu dan perapi yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun ‘extra virgin’ dalam rutin perawatan rambut di rumah. Caranya amat mudah. Sapukan minyak zaitun pada akar dan helaian rambut yang kering dan lakukan urutan ringan selama lima minit pada seluruh bahagian kepala untuk membantu minyak meresap dengan mudah. 
Selepas itu, bungkus rambut dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas rambut dengan syampu. Untuk mengelakkan rambut daripada rosak akibat penggunaan pengering rambut, anda juga boleh sapukan minyak zaitun pada helaian rambut sebelum mengeringkan rambut.

Payudara lebih anjal
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.

Kulit Tubuh Lebih Anjal
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.

Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.

Melembutkan kulit kaki dan tangan
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.

Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan minyak zaitun dengan gula putih sebagai pengganti skrub. Gosokkan campuran ini pada bahagian kulit yang kasar dan menebal seperti siku, lutut dan tapak kaki. Lakukan setiap hari agar hasilnya memuaskan. Khusus mendapatkan kuku yang kuat, titiskan minyak zaitun pada air suam dan rendam tangan selama 10 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini seminggu sekali. Selain daripada melembapkan kulit di sekitar kuku, rawatan ini juga amat baik untuk mencegah terjadinya kutikel kuku.

Mencegah Kedutan Wajah
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.

Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.

Minyak zaitun membuat  sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap

Banyak lagi kegunaan minyak zaitun untuk kecantikan, sila lihat video dibawah.


Liza : Jarang gunakan minyak zaitun untuk masakan..

Rujukan : Mingguan Wanita 2006, Youtube

No comments:

Jom Sembang


Related Posts with Thumbnails

Fav.Blog List

Labels

islam allah petua dapur cute pantun Malaysia Siti Nurhaliza amah indonesia baby info kesihatan peniaga pilihanraya wanita AYAM Bawang Putih Bunga api Datuk Khalid Mohamad Jiwa HINDARF Hari malaysia 16 September 2010 Indonesia Internet Marketing Izrail Jadual berbuka dan imsak 2011 Khair Malam Pak Lah Pas Selamat Hari Raya Umno adiladha airmata alquran bendera malaysia bush cinta gempa bumi haram kambing kerajaan kreatif malaikat matrix maut pantun lawak pelajar sekolah penipuan penyakit pramlee putrajaya rahsia randomizer rogol rosma sexy tazkirah thailand 12 Kesilapan Muslim di Bulan Ramadhan AF Abby Abadi Adil Fitri Ahmad Kamil Abdul Karim Air Liur Penyembuh Luka Air Panas Ajaran Sesat Amani Ambiga Animal Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anwar Ibrahim Artis Asal Nama Gua Musang Assalamualaikum BERBAKTI Bagan Lalang Bahasa Melayu Bajet Oh Bajet Bangladesh Berhati-hati Bila Hendak ke Tandas Berkelah Bersih Bertha Hertogh Ber”couple” Bestnya Malam Pertama Kita Bilik Tidur Birthday Cake Boss dan saya CARI DUIT RAYA CERITA CHINESE NEW YEAR CUEPACS Cerai Cium Conjuntivitis Creative DOA anda TIDAK diterima Allah Dadah Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Datuk G. Palanivel Deanna Yusof ERA ICT Election Electric vehicles Empat Isteri English Facebook Flower and garden festival 2010 Free SMS Free opportunity Fummo GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Gadis Urut Seks Gaza HATI-HATI Fogging PENIPUAN HIKMAH HO Hadiah Happy Chinese New Year Happy New Year Hari Raya Haji Hari Raya Qurban Harmony Hartanah Lelong Hati Batu Heart Hendon Herald Catholic guna ALLAH Idul Adha Iklan Percuma Islamophobia Israel Jangan Putus Asa Jeanne Abdullah Juara Saman Jumaat KEPADA KEDUA IBUBAPA Kabinet Malaysia 2008 Kalau Kamaruddin Shamsudin Kanser serviks Kanta Sentuh Karpal Sigh kutuk Datuk Anuar Ibrahim Keadilan Kebebasan Kehidupan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang Kisa Pengunting Rambut Kisah Seorang Janda Gersang Kisah dibilik Mayat Kuala Lumpur Ladang Gadong Lawak Sang Siput Lim Guan Eng Lucutkan Kerakyatan Namwee MUMMY Ma'al hijrah 1430 Malam Lailatulqadar Mat Rempit Yang ~Lalok~ Maulidur Rasul Mendidik Anak Mercun Merdeka Merry Christmas Misteri Batu Hajar Aswad Mynmar Natrah Ning Baizura Noorhisham Mohammad Nora Danish Dan Rizal Ashram Ramli Nori Abdullah Norman Hakim OMAR SHARIFF LAYTON DAYTON Pahang Palestin Penerang Hati Pengertian Seorang Kawan Pengguna Penyakit Kayap Perhimpuan Perhimpunan Pernahkan Anda Melihat Kanak-Kanak Ini Perniagaan Perompak Silap Teknik Putrajaya Floria 2010 RM20SEGERA Rais Yatim Ramadan Ramadhan2011 Rebet Kereta Dapat Hari Sabtu Salam Aidil Adha 2009 Secret Of Longevity Selamat Bertunang Erra Fazira Dan Tengku Emran Selamat Hari Guru Selamat Hari Ibu Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri 2009 Selamat Menyambut Hari Wanita 2007 Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2008 Selamat Tinggal Ramadhan Selebriti Berbibir Paling Seksi Selsema Burung Sepang Shabery Cheek Shampoo Pembunuh Sharifah Armani Singapura Slash My Search Stadium Bukit Jalil Surat Berhenti Kerja Swisscash Syaitan Syaitan Dan Hidung Takut Allah Tamak Tanjong Sepat Tebing Barat Teka - Teki Teka teki Teknik Penguat Cinta Anda Teras Budget 2008 Terengganu dapat wang royalti minyak Tip Zaman Gawat Tips How To Choose Your Hotel Toilet Tsunami Ustazah Mashitah Vehicle Theft Warna Wayar Besi Tumbuh Dari Kulit World Yahudi acha septriasa advice affiliates air kosong al-Quran alfatihah america anak anak manusia asm asr ayah ayam dinding babi 100 juta baby panda bahasa arab bangkai bank banting bas express batuk bayi bazzar beras bercium berita artis bersahabat bike helmet botak buang bayi bubur tepung bukit gantang bumi kenyalang bunga burung car cat cikgu coca-cola coke contact lens cucu cuti-cuti dato khir toyo derma dragon dance dunia duta e-InvestPro e-book eaindex earthquake eksekutif el nino email evergreen fakta kesihatan fashion fukusima funny photos gadis gadis sunti kemaruk seks gambar kemalangan ngeri diKilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas genetik george bush gerhana bulan global gtp gula batu gulai ikan hitam holland vs spain hotel iblis iklan sensitif iman iman ghazali ina naim kahwin ina naim nikah ina naim wedding inbox iraq irwansyah istilah jabatan pertanian jantina japan jawa jepun jinlicapital jutawan kad kakitangan kapal kapal terbang kari kambing kasut kekal lama kemalangan kemalangan ngeri 10.10.2010 keputusan pilihanraya ke 12 kerbau kerugian khai khalid Ibarhim khamr khidmat seks kisah Penjual kuih kisah benar kitaran hidupku konspirasi jatuh anwar kswp kucing kuih tradisional labu labi lagu raya lapat lawak india lawak polis lelaki live long loas loji nuklear love love is cinta makyah malaysia panas mandi manusia mata kucing mengundi menjahit mewah mini car minyak masak minyak zaitun miyagi nail art design nature neraka.lelaki obama online online investment orang melayu orang paling sibuk orang pokok organ osama bin laden osama bin laden mati pagi pameran panda parking parlimen parlimen ulu selangor pasar pbt pekerja-pekerja pemanasan pembedahan pendengaran penyapu perangkap perhimpunan bersih 2.0 persidangan pesakit mental petang petua menghilangkan kelemumur petua mengurangkan rambut gugur petua putih gigi petua rambut piala AAF SUZUKI CUP 2010 pilihanraya kuala terengganu pmr pnb politik terengganu polling april 16 pondan prabang presiden amerika puasa pulasan pusat penjagaan sakit mental putih pwtc ramadan201 rambutan rawatan pesakit mental redcarpet robot ryan sakit mata merah sambutan kemerdekaan kali ke 54 sampul surat santa claus sarawak sarawak election sarawak state election 2011 sayang sekolah selamat hari Wanita 2010 selamat menyambut ramadhan 2011 selangor.fm selesema selsema seludup senarai nama yang meninggal seranggan share pic skala richter small car sms solat spr statistik pesakit mental strawberry suami susilawati lawiya swedenfund tahun baru cina takbir tangan taugeh tegur kena tembak.senapang gajah tidur tidur sekejap tidur tengahari tip beli makanan dibazar ramadan to make money online total lunar traffic light treeman tsunami strike japan tv3 ultraman ustaz wang besar wanita perokok weight loss wheel of fortune winlifund yarcht