Friday, January 8, 2010


Ramai diantara kita yang lebih berminat untuk membeli rumah lelong kerana harganya yang lebih murah daripada harga pasaran. Namun ramai diantara kita masih kurang arif tentang kaedah membeli hartanah secara lelong. Berikut beberapa panduan yang boleh membantu anda dalam membuat keputusan.



1. Selidik latarbelakang  hartanah.
Untuk memastikan hartanah yang bersesuaian berdasarkan keperluan dan kehendak anda.

2. Buat tinjauan keatas hartanah tersebut
Anda perlu mengambilkira kemampuan kewangan iaitu jumlah maksimum yang anda mampu bayar ketika membuat bidaan. Jika berjaya membida, anda diwajibkan meletakkan deposit diantara 5-10% harga rizab harta berkenaan sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Anda juga perlu bersedia dengan wang tambahan sekiranya harga pada lelongan akhir lebih tinggi daripada harga rizab.

3. Buat siasatan keatas hartanah tersebut.
Dapatkan maklumat terperinci mengenai hartanah itu seperti tunggakan bayaran elektrik,air oleh pemilik asal. Dapatkan nasihat undang-undang dari peguam,pihak berkuasa tempatan atau terus kepada syarikat lelongan. Anda hendaklah memahami syarat pembelian hartanah sebagai persediaan awal sebelum hari lelongan.



4. Menyediakan bank draf.
Pada hari lelongan pembida diwajibkan membawa 5-10% harga rizab harta berkenaan, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai dan selalunya cek tidak diterima. Pembida juga perlu membawa kad pengenalan asal dan 2 salinan kad pengenalan. Pembida akan diberi kad bidaan bagi mengenal pasti anda sebagai pembida keatas hartanah yang dilelong. Dapatkan salinan syarat pembelian bagi memudahkan anda membuat rujukan.


5. Membuat senarai-senarai dokumen yang diperlukan untuk hari lelongan.
a) Pembida individu - Salinan kad pengenalan dan bank draf 5-10% daripada harga rizab dan 
     wang tunai tambahan 
b) Syarikat - salinan MOA, bank draf 5-10% daripada harga rizab, wang tambahan, borang 
     44,24 & 49 dan persetujuan lembaga pengarah
c) Ejen/Wakil - Surat kuasa sebagai ejen, Salinan kad pengenalan pembida, bank draf 5-10% 
    daripada harga rizab serta wang tunai tambahan.



6. Dihari hari bidaan
Pastikan anda hadir sekurang-kurang sejam lebih awal sebelum bidaan bermula. Sila baca semua syarat dan terma pembelian



7.  Cara membida.
Pelelong  akan melakukan lelongan bermula dengan pengumuman maklumat berhubung hartanah yang akan dilelong serta harga rizab.

Sebaik-baiknya kenalpasti hartanah yang ingin beli dan mengangkat kad  bidaan anda untuk membida. Pembida yang yang meletakkan bidaan yang tertinggin atau pembida terakhir sebelum pelelong melakukan pukulan bidaan dan akhirnya menyebut jual adalah dikira sebagai pembida yang berjaya.

Pembida yang berjaya perlu menandatangani kontrak yang diberikan kepada mereka.

8. Menandatangani kontrak
Duti setem sebanyak $50.00 akan dikenakan untuk setiap kontrak yang ditandatangani. Dengan menggunakan kontrak tersebut anda boleh membuat pinjaman dari bank. Kebiasaanya anda akan diberi tempoh 90-120 hari daripada tarikh bidaan  untuk menyelesaikan baki bayaran.

Insallah dengan dengan mengikuti panduan diatas, sedikit sebanyak dapat membantu pengguna apabila membeli hartanah lelong. Selamat Membida !!

 

Sumber : Utusan Malaysia

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA