Saturday, January 23, 2010



Assalamualaikum  semua tahukan anda mengapa Malaikat  Izrail ditugaskan mengambil nyawa?. Kisah bermula semasa Allah mencipta manusia, Allah telah mengarahkan malaikat Jibrail untuk kebumi untuk mengambil tanah dengan penuh kepatuhan malaikat jibrail pun turun ke bumi untuk melaksanakan perintah Allah itu. 


Apabila sahaja malaikat ingin mengambil tanah tiba-tiba tanah, pun menangis dan merayu kepada malaikat supaya tidak bawa kepada Allah. Jibrail pun bertanya mengapa, tanah pun menjawap yang beliau  tidak mahu dihumban ke dalam api neraka diatas dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia.


Malaikat Jibrail pun tidak sampai hati melihat rintihan dan rayuan tanah lalu terus berjumpa Allah dengan tangan kosong. Allah pun mengarah malaikat mikail untuk mengambil tanah dibumi tetapi masih tidak mampu membawa tanah itu. Allah mengarah malaikat - malaikat lain tetapi masih hampa. Akhir sekali Allah mengarah malaikat izrail.  Malaikat izrail pun terus turun kebumi berjumpa dengan tanah untuk membawanya kepada Allah. Tanah pun merayu sambil menangis supaya tidak dibawa, tetapi izrail tetap membawa tanah kepada Allah.


Apabila sampai kepada Allah, Allah berkata kepada malaikat izrail oleh kerana kau telah membawa kepadaku tanah untuk aku ciptakan manusia, maka dengan ini kamu ditugaskan untuk mengambil nyawa manusia.Malaikat izrail pun berkata kalau begitu sudah tentulah aku akan dibenci oleh manusia kerana aku yang akan mengambil nyawa mereka. Allah pun berkata jangan bimbang manusia tidak akan menyalahkan kamu, kerana mereka (manusia) akan menyalahkan sebab-sebab lain seperti kemalangan, penyakit dan sebagainya.
 



liza : Kematian Itu Wajib diatas Segala Yang Bernyawa.

  
Sumber : Jakim Malaysia ~ 10 malaikat & tugasan mereka

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA