Wednesday, November 14, 2007


Baru-baru ini ..liza dikejutkan oleh penyampaian penyapu kepada PBT yang tak memuaskan prestasinya. Pada Liza sebagai anak sejati Negeri Selangor ... liza menyokong tindakan dato khir toyo. Biar mereka ada pendorong untuk mencapai sasaran kutipan. Kalau dulu penyapu dianggap sial, dan memalukan tetapi kini telah bertukar menjadi pendorong.

Bersama-sama ini Liza sertakan video clips penyampian `hadiah istimewa'








PBT Selangor gagal capai mutu diberi penyapu

Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor pada majlis anugerah Bulan Kualiti 2007 di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 12 Nov. – Pada bulan Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah dan daerah (pbt) di negeri itu berusaha membaiki prestasi masing-masing.

Beliau memberi amaran mana-mana PBT dan PTD yang gagal berkhidmat dengan baik termasuk mengutip cukai akan dihadiahkan penyapu sebagai tanda simbolik untuk mereka membuat ‘pembersihan pejabat’ bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketika itu banyak pihak menganggap amaran beliau hanya sebagai sesuatu yang melucukan.

Hari ini, pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 yang diadakan di Shah Alam, Mohamad Khir mengotakan janjinya untuk menghadiahkan ‘penyapu’ kepada Yang Dipertua PBT dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama ‘penyapu’ itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Mohamad Khir berkata, pemberian penyapu itu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT dan jabatan yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah ditetapkan.

Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran, kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara, katanya
.

-utusan-




Liza : Terima penyapu tau pulak aib, jatuh maruah & malu..kalau ambil rasuah , salahguna kuasa tak pulak rasa begitu


Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
Click hereView The Top Rated Video Here

1 comments:

Anonymous said...

MB sial kasi penyapu kepada PBT, bagilah bantal kepada PBT kerana PBT yang suka tidur macam PM hampa yang suka terbang ke luar negara
MB sial runtuhkan Surau Rimba Jaya, Kuil Hindu membawa kepada HINDRAF rally, habis Polis Melayu kena sekat HINDRAF yang cukup marah

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA