Sunday, June 10, 2007

Nampak penyakit selsema burung telah kembali dimana 2 Jun lalu 60 ekor ayam mati secara mendadak di kampung di Paya Jaras, sungai Buloh.

Selepas ujian dijalankan, mereka cuma demam biasa dan bukan dijangkiti virus itu. Berikutan itu lima daripada mereka dibenarkan keluar, manakala enam pesakit lagi masih dirawat.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata setakat ini tiada kes jangkitan terhadap manusia dikesan.“Kes mereka masih disiasat, tetapi tidak memenuhi kriteria penyakit itu. Ayam juga selamat dimakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, penduduk yang tinggal dalam lingkungan 300 meter dari kawasan yang mempunyai kes H5H1 perlu dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan menular ke kawasan lain.

Ini adalah berita awal penularan..

Amaran merah untuk selesema burung di Paya Jaras

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa hari ini mengeluarkan amaran tahap merah serangan selesema burung yang dikesan di Kampung Paya Jaras Hilir, dekat Sungai Buloh, Selangor.

Serangan virus yang boleh membahayakan manusia itu sehingga kini telah membunuh 60 ekor ayam belaan seorang penduduk di kampung itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Dr Zulkifli Idris berkata, kejadian dikesan apabila seorang penduduk kampung itu mengadu mengenai kematian ayamnya pada Sabtu lalu.

"Ujian awal ke atas contoh ayam sakit yang diambil daripada penduduk berkenaan disahkan positif virus H5N1. Contoh yang sama seterusnya dihantar untuk ujian lanjut di Institut Penyelidikan Haiwan, Ipoh dan disahkan positif semalam.

"Sehubungan itu amaran tahap merah dikeluarkan malam tadi bagi semua kawasan dalam lingkungan satu kilometer daripada tempat kejadian. Kawasan terbabit termasuk tiga lagi kampung tersusun yang padat penduduknya -- Kampung Paya Jaras Dalam, Kampung Paya Jaras Hulu dan Kampung Kubu Gajah.

"Kita telah menubuhkan lapan pasukan petugas bagi memusnahkan semua jenis unggas termasuk itik, angsa, semua jenis burung, termasuk burung peliharaan dan telur semua jenis unggas dalam kawasan lingkungan satu kilometer tersebut.

"Pasukan berkenaan yang telah memulakan kegiatan masing-masing jam 2 petang tadi dijangka dapat menyelesaikan tugasnya dalam tempoh 36 jam akan datang," katanya di pejabatnya hari ini.

Zulkifli menganggarkan tidak kurang 2,000 ayam kampung akan dihapuskan, tidak termasuk itik, angsa dan burung peliharaan.

Pemilik semua unggas yang terpaksa dihapuskan itu akan dibayar sagu hati antara 70 sen bagi anak ayam yang berusia sehari dan RM200 seekor bagi burung hiasan eksotik.

Katanya, bagi kawasan lingkungan 10 kilometer dari tempat kejadian, pemantauan akan dijalankan untuk tempoh 30 hari sehingga kawasan itu disahkan bebas selesema burung.

Menurutnya, semua pihak berkepentingan, termasuk Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia dan pihak berkuasa Singapura telah diberitahu mengenai kejadian terbaru ini bagi memastikan ketelusan dalam urusan mengendalikan kes berkenaan.


Liza : .terpaksalah dibunuh semua ayam2 itik2 unggas angsa
telur kat sana ...Lepas nie mesti harga ayam jatuh gila-gila !!

___________________________________________________________________
Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA