Wednesday, June 20, 2007







Liza sungguh dengan tindakan Amani membotakkan rambut beliau.Macam apa jer.. Adakah beliau berbuat demikian sebab

1. Kehendak pengarah filem semata-mata ??
2. Nak cari populariti murahan atau sahaja nak tiru macam britney spear ??..
3.
Hak Asasi Kemanusiaan ??

Adakah dengan membotakkan kepala filem akan mencecah kutipan jutaan ringgit ??Liza betul betul tak faham. Liza rasa kerajaan patut memperkenalkan KOD ETIKA untuk artis bagi menjaga maruah, sensitiviti agama dan industri itu sendiri.

Amani yang telah diperkudakan oleh Yasmin Ahmad sehingga dia sanggup membotakkan kepalanya dan menjual maruahnya. Hilang kelembutan wanita di dalam dirinya. Hilang kesopanan gadis Melayu di dalam jiwanya. Hilang adab-adab murni di dalam hatinya. Cukup dia seorang yang dijadikan “duta” untuk memburuk-burukkan Islam dan menjatuhkan imej wanita di mata dunia.

Dulu kita telah dikejutkan olehnya dengan memberi kenyataan beliau menghina orang Melayu,dan sekarang ia seolah-olah mempermainkan hukum Allah dengan menonjolkan aurat serta membotakkan kepalanya, dan pada masa akan datang entah apa pula yg akan disendiwaranya. Namun ia jelas menunjukan bertapa sombongnya dia, angkuh tanpa mempedulikan hukum agama demi untuk ditobatkan artis paling popular.

Untuk tidak bersubahat dengan maksiat serta penghinaannya terhadap agama kita, ada baiknya kita memboikotkannnya, mengelakkan diri dari membeli, melihat cerita lakonannya dan apa jua bentuk yang mendatangkan keuntungan serta kepopularitinya. Kalau tidak andalah salah seorang yang menyokong dan bersubahat dengannya. Mudah-mudahan dengan usaha kita memboikotkannya, boleh menyedarkanya dan sesiapa sahaja yang mempermainkan hukum agama kita yang suci.

Liza : Fikirlah dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang hakiki, jauhilah keinginan nafsu yang membuta, anda akan sesat di dalam kegelapannya”

......................................................................................

Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here



0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA