Saturday, March 3, 2007

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai
rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan
lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang
lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan
loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan
disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya
putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang
lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati
fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam
sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa
binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular
dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang
didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada
binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat
hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu
dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati
lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT,
matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah
tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang
yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan
dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada
orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak
mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan
burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk
berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka
dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila
tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada
binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba
itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan
yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati
Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa
yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti
musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di
dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya
untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya
itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah
ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah
tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa
sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya
dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang
yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan
tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang
dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh
Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah
sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu
dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan
menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak
lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam
syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu denga n
tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun
sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal
ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal
kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai
ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu
berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami
menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi,
rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami
bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan
ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka
hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu
datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang
menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami
datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati
didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakik at
Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku
tidak tahu."

Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah
seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja
kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang
tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah
disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat
Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun
memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya
sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan
syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis
bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul
maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul mau
t itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat
Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi
dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai
yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam
sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang
sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan
bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita
sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai
guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar,
tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas
dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna
Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui
dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah
benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang
dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di
dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam
neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama
hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri
dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana
dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad
akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak
sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi
masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan
mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu
berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh
itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah
untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan
syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau
orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud:
"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada
orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."


p/s : Yang Hidup wajib mati ! setiap yang bermula mesti berakhir
Sudahkan kita bersedia dengan bekalan diSANA ???
Fikir - fikirkan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Anda boleh melanggan secara PERCUMA dengan klik disini..
Untuk melihat lebih banyak lagi sila ke http://cybercafe2u.blogspot.com
Jom buat Link exchange email liza di lizeii86@gmail.com

Traffic Percuma diSINI

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA