Tuesday, March 6, 2007

Ibadah Yang Paling Mudah ??

Tahukan anda apakah ibadah yang paling mudah ? Ya, t.i.d.u.r = TIDUR. Sebab ia begitu mudah dilakukan dan mesti dilakukan setiap hari. Tidur tergolong dalam kategori Ibadah Umum. Manakala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya pula adalah Ibadah Khusus

Apa jua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita - seperti makan, tidur, main bowling, mandi, gosok gigi, dan sebagainya - adalah satu jenis ibadah jika ia dilakukan mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. InsyaAllah akan mendapat pahala. Oleh itu, jangan tunggu dah tua baru nak buat ibadah. Umur 17 tahun pun dah boleh buat ibadah banyak-banyak betul tak ??.

Tidur adalah satu perkara yang manusia lakukan setiap hari. Tak payah mak suruh pun, pasti kita akan tidur. Kita tak main bowling setiap hari. Kalau tak mandi satu hari pun manusia masih boleh hidup. Tak makan satu hari pun masih boleh survive. Tapi kalau tak tidur satu hari, alamat susahlah kita nak fokus dalam apa yang kita lakukan.

Sebab apa saya kata tidur itu ibadah paling best? Tanya diri sendiri...kamu suka tidur tak? Orang dewasa tidur secara purata dalam 6 jam sehari. Ia bersamaan dengan 1/4 hari. Kalau kamu mati umur 60 tahun, maka kamu tidur 15 tahun sepanjang kamu hidup!! Tak ke rugi kalau 15 tahun kita tidur, tapi selama 15 tahun itu lah tidur kita tidak menjadi satu ibadah?

Nak tidur bukan susah sangat. Asal ada tempat pasti kita boleh tidur. Di atas lantai, dapur, bawah pokok, dan di dalam bas pun boleh tidur. Bantal, tilam dan katil cuma satu bonus sahaja. Oleh itu, kita mesti jadikan tidur kita satu ibadah. Berikut adalah adab-adab yang dianjurkan oleh islam (Sunnah Nabi )

ADAB-ADAB TIDUR
  1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak (gosok gigi) sebelum tidur.
  2. Sebelum tidur, hendaklah terlebih dahulu bertaubat dari segala dosa, bersih hati terhadap sekalian kaum Muslimin, tidak menyimpan dendam pada orang lain, dan tiada berazam untuk melakukan maksiat apabila bangun dari tidur nanti.
  3. Hendaklah jangan terlalu mengambil berat sangat tentang keadaan tempat tidurnya supaya ia empuk dan lembut.
  4. Jangan cuba tidur dengan segera selagi mata belum mengantuk dan jangan cuba memaksa-maksa mata untuk tidur, kecuali jika ia berniat untuk senang bangun beribadat di tengah malam.
  5. Hendaklah tidur mengadap kiblat.
  6. Hendaklah membaca doa-doa sebelum tidur. Antaranya membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas.
  7. Hendaklah mengingati mati ketika mahu tidur.
  8. Jangan tidur ditempat yang terlalu terang atau terlalu gelap.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Anda boleh melanggan secara PERCUMA dengan klik disini..
Untuk melihat lebih banyak lagi sila ke http://cybercafe2u.blogspot.com
Jom buat Link exchange email liza di lizeii86@gmail.com
Traffic Percuma diSINI

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA