Saturday, February 23, 2019

Assalamualaikum semua. Pagi ini kita telah dikejutkan dengan pemergian pelawak dan pelakon veteran A R Badul yang telah dikatakan telah meninggal dunia. 



Tetapi yang lebih mengejutkan bila beliau belum meninggal dunia seperti mana yang dilaporkan dalam Harian Metro

Berita adalah petikan dari Harian Metro 

“SAYA reda tapi kecewa dengan penyebaran berita palsu ini. Mungkin mereka ingat orang seni ini boleh dipermainkan sesuka hati,” kata pelakon veteran terkenal AR Badul, 70, mengenai penyebaran berita palsu mengatakan dia meninggal dunia pagi tadi.

Badul ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu niat utama individu yang menyebarkan berita palsu itu hingga dihubungi ahli keluarga dan rakan sejak pagi tadi.

“Sejak kebelakangan ini semua benda nak ditularkan tanpa usul periksa. Seolah-olah mereka mengambil alih tugas dan kerja media selain ingin menjadi yang pertama mengeluarkan cerita.


“Saya tidak tahu apa motif individu ini. Adakah dia sekadar nak berseronok atau mempunyai niat tertentu,” katanya.

Terdahulu seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Mohamad Zidi’ menerusi status yang dimuat naik memberitahu pelawak itu meninggal dunia.
Berita itu kemudiannya menjadi tular selain ia turut dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Badul, dia menganggap individu atau pihak menularkan berita palsu itu langsung tidak memikirkan perasan serta kesan yang bakal timbul.

Katanya, sejak pagi tadi dia tidak putus-putus menerima panggilan telefon dan mesej WhatsApp daripada keluarga, saudara-mara dan rakan.

“Malah ada juga ahli keluarga yang menetap di Singapura nak datang ke Kuala Lumpur kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan saya.

“Tindakan yang dibuat individu terbabit langsung tidak memikirkan kesan serta mengejutkan ramai pihak.

“Saya harap individu yang menyebarkan berita palsu mengenai kematian ini menerima balasan setimpal atas perbuatan dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Badul tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah terbabit kerana kes sebegitu kerap berlaku dalam kalangan selebriti namun berharap ada tindakan diambil pihak bertanggungjawab.

Menyentuh mengenai keadaan kesihatannya, Badul berkata, keadaannya semakin baik namun akan kembali dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 Mac depan untuk rawatan susulan.

Pada Ahad lalu, Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.


Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA