Friday, November 23, 2018


Assalamualaikum semua,

Ini pula mengenai kes deraan bayi, dimana bayi digoncang dan dihempas oleh seorang pengaruh dipusat jagaan kanak kanak. Belum oun reda kes bayi disumbat dalam peti ais timbul pula kes ini,

Harapan cuma kepada ibubapa hendaklah memastikan pusat jagaan yang bakal mereka letakkan ada mesti berdaftar dengan JKM 

POLIS mencari seorang wanita bagi membantu siasatan kes dua bayi lelaki cedera dipercayai didera ketika dalam jagaan sebuah taska dekat Kajang, semalam.

Wanita terbabit, Nuriza Mohd Rasdi, 31, yang beralamat di Pangsapuri Cempaka, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita terbabit diminta berhubung dengan balai polis berhampiran.


“Mereka juga boleh menghantar WhatsApp ke Infoline Polis Kontinjen Selangor di talian 012-6009999,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan, kejadian disedari suami isteri ketika mengambil bayi mereka berusia lima bulan dari taska berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

Fadzil berkata, sebaik sampai di rumah, bayi berkenaan muntah.
Katanya, apabila dibawa di Hospital Putrajaya, doktor menemui kesan lebam pada bahagian dada mangsa.

Selain itu, doktor menemui selain kesan jalur lebih kurang satu sentimeter disyaki kesan kuku jari pada mangsa.

“Pada hari sama, satu lagi suami isteri juga menemui kesan lebam pada leher bayi mereka berusia tujuh bulan yang turut dijaga di taska sama.

“Mereka yang mengesyaki bayi mereka didera kemudian membawa bayi mereka ke Hospital Putrajaya untuk rawatan,” katanya.

Ini adalah contoh video - Bayi dihempas

Menurut Fadzil, suami isteri itu kemudian meminta pemilik taska memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska terbabit.
“Salah seorang pengasuh di situ dilihat menghempas dan menggoncang salah seorang bayi,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzil yang dihubungi NSTP enggan mengesahkan adakah wanita itu bekerja di taska berkenaan.“Masih dalam siasatan,” jawab beliau ringkas.

SUMBER : HarianMetro

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA