Melalui prosedur selama 21 minit itu, doktor dari Hospital Xi’an No 1 mengeluarkan ca­cing itu daripada mata Dong Dong menggunakan penyepit kecil.
Dong Dong dibawa ke hospital selepas ibunya menyedari anaknya merasa tidak selesa pada mata dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bayi itu mengalami jangkitan nematod.
Doktor menemukan beberapa ekor cacing berlingkar pada permukaan anak mata termasuk dalam kelopak mata bayi malang itu, lapor portal Daily Mail.