Monday, April 23, 2018












Assalamualaikum semua. Nampaknya PRU14 kali ini lebih panas lagi dengan pengumuman Azwan Ali yang dikatakan sah bertanding sebagai calon bebas untuk melawan abangnya sendiri iaitu Azmin Ali. Ahhh nampaknya adik lawan abanglah..kita tengok sapa yang kenaaa...
Selebriti kontroversi, Azwan Ali, mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menentang abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Azwan ketika dihubungi, mendakwa keputusan bertanding itu dibuat susulan sokongan banyak pihak, terutama peminat setianya dalam memastikan perjuangan menjatuhkan Mohamed Azmin, menjadi kenyataan.
Beliau yang dikenali sebagai Diva AA, mendakwa akan bertanding di mana sahaja, kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi Mohamed Azmin.
"Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat.
"Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini," katanya kepada NSTP hari ini.
Azwan antara individu yang lantang mengecam Mohamed Azmin, selain pernah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember tahun lalu.
Mohamed Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.
Mengulas lanjut, Azwan juga tidak menolak menggunakan strategi bersifat peribadi bagi menewaskan Mohamed Azmin, dengan mendakwa beliau menyimpan banyak rahsia abangnya.
"Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14.
"Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah," katanya.
Mengulas mengenai wang yang akan digunakan pada PRU-14, Azwan menjelaskan tidak bergantung dengan dana daripada mana-mana parti politik.
"Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
"Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas.
Baca selanjutnya di Berita Harian (BH)

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA