Friday, February 16, 2018











Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Kali ini kami ingin berkongsi ilmu cara untuk mendaftar MYASNB dengan anda semua. Untuk makluman anda selepas 28 Jun 2017, PNB telah memutuskan untuk sebarang  urusan yang berkaitan dengan ASB tidak lagi menggunakan buku sebaliknya hanya menggunakan secara online atau di kuanter cawangan atau ejen ASNB  dengan hanya perlu mengisi borang dan tunjukkan kad pengenalan si pemegang akaun tersebut sahaja.

A. Sebelum mendaftar di MyASNB, sila hadir ke cawangan atau ejen ASNB untuk perkara berikut :
  1. Dapatkan No Akaun 12 digit dan kemaskini No Telefon Bimbit anda untuk penghantaran TAC
  2. Lengkapkan Pendaftaran Portal anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan MyASNB.
3. Pergi laman rasmi myASNB : https://www.myasnb.com.my/ dan klik           pada “Mari Daftar Portal MyASNB Sekarang”
4. Akan keluar paparan langkah-langkah yang perlu di laksanakan seperti dibawah dan klik TERUSKAN. Selepas itu tik  checkbox terma & syarat kemudian klik SETUJU
5. Anda perlu untuk mengisi Maklumat Pemegang Unit dengan tepat.
6. Anda perlu membuat pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS, dan pastikan anda sudah mengemaskini no telefon anda.
7. Lengkapkan alamat surat menyurat dan email kemudian klik SETERUSNYA
8. Kemudian anda akan diminta untuk cipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan. Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan.

B. Log-In untuk Pertama Kali

1. Pergi semula ke laman rasmi myASNB : https://www.myasnb.com.my/ dan masukkan id pengguna/username kemudian klik teruskan.
2. Kemudian gunakan kata laluan sementara yang di berikan tadi dan klik teruskan.
3. Anda perlu untuk membuat pengesahan TAC dan setelah berjaya, sila Kemaskini Kata Laluan anda.
4, Masukkan kata laluan sementara kemudian masukkan kata laluan baru dengan kombinasi huruf besar kecil, simbol, nombor 6-12 askara.
Pendaftaran BERJAYA!




0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA