Monday, May 5, 2014

Dato Aziz Satar seorang yang kaya dengan senyuman 
Al-Fatihah untuk ketiga-tiga Pendekar Bujang Lapok.
Negara hari kehilangan seorang lagi seniman negara iaitu Dato Aziz Satar yang telah pergi selama-lamanya pada jam 2 pagi hari ini. Marilah kita sama-sama mendoakan supaya rohnya ditempatkan dikalangan yang beriman. Amin..

Salah satu babak didalam Filem Pendekar Bujang Lapuk.
Berita Lengkap,
PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi tadi. Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok.

Iklan
Make Easy Money By Sharing in You Social Media..Free to JOIN !

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA