Tuesday, November 12, 2013

Amboi Bergaya Sungguh..
Kali ini saya terbaca artikel yang menarik iaitu mengenai lemak. Jom baca..

Lemak adalah satu benda yang menyebabkan anda menghabiskan banyak masa untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa fakta-fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda seperti berikut:

Lemak terdapat dalam pelbagai warna

Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai
fungsi dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat. Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah, malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang dilakukan oleh otot. Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan.

Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk. Namun, sayang sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat.

Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning’’

Lemak di bahagian punggung lebih sihat daripada lemak di perut
Sebagai seorang wanita, sudah semestinya mempunyai lemak adalah sesuatu yang perlu dielakkan, tetapi ia sebenarnya lebih selamat untuk mempunyai badan seperti buah pir daripada epal. Lemak perut, juga dikenali sebagai lemak 'visceral', adalah lebih responsif kepada hormon kortisol berbanding lemak pada paha atau punggung anda, jadi apabila anda tidak mencari jalan yang sihat untuk mengatasinya, kalori tambahan yang dimakan lebih cenderung untuk tersimpan di bahagian tengah-tengah anda.

Lemak di bahagian perut boleh mencipta bahan kimia keradangannya sendiri seakan-akan tumor. Tambahan lagi, bahan kimia ini akan berhubung dengan otak dan membuatkan anda lapar dan letih, sekaligus menyebabkan anda lebih cenderung untuk makan berlebihan atau makan makanan ringan dan tidak bersenam, lantas mewujudkan satu kitaran yang bahaya dan mengekalkan penyimpanan berlebihan lemak perut.

Kalori akan dibakar dahulu sebelum lemak
Sebelum anda membakar lemak, anda membakar kalori terlebih dahulu, sama ada ianya datang daripada kalori karbohidrat yang tersimpan seperti 'glycogen' dan gula darah atau daripada lemak badan yang disimpan. Lebih banyak kalori anda yang anda bakar dalam setiap senaman , lebih besar defisit yang anda akan mewujudkan dan lebih banyak lemak anda akan hilang.

Pakar menyokong latihan selang tinggi intensiti untuk membakar kalori sebanyak mungkin dalam masa yang singkat. Kaedah ini yang boleh membakar dua kali ganda kalori dalam jumlah masa yang sama yang dihabiskan sama seperti latihan dalam keadaan yang stabil.

Lemak memberi kesan pada 'mood' anda
Tidak ada perkara yang lebih teruk lagi selain melihat angka di skala penimbang berat anda bertambah, tambahan lagi mempunyai lebihan lemak terutama di sekitar perut anda akan mengaktifkan bahawa keradangan kitaran, yang mana kajian menunjukkan boleh menjadi faktor yang serius dalam kecelaruan emosi seperti gangguan dwipolar.

Untuk membantu memecahkan kitaran tekanan, cubalah makan coklat gelap kerana terdapat gula yang mampu untuk memenuhi keinginan yang disebabkan tekanan, tetapi 'flavonoid' yang sihat membantu anda lebih tenang. Produk tenusu rendah lemak seperti yogurt juga boleh memberi kesan yang sama. Disamping itu, gabungan kalsium dan magnesium boleh membantu menenangkan tindak balas tekanan.

Orang berbadan kurus juga mempunyai selulit
Selulit disebabkan oleh lemak yang terperangkap di bawah kulit. Kulit berlapis yang terhasil oleh tisu penghubung yang mengikat kulit dengan otot, dengan lemak yang terperangkap di antara mereka seperti sandwic. Anda tidak perlu banyak lemak untuk menyebabkan 'dimpling effect' , jadi anda boleh mempunyai lemak badan yang rendah tetapi masih mempunyai sedikit lemak lekuk di bahagian seperti punggung anda atau belakang paha anda.

Membina otot sementara kehilangan lemak boleh bantu mengurangkan kemunculan selulit. Selain itu, krim selulit yang khusus dan losyen juga boleh membantu mengurangkan selulit walaupun mereka tidak boleh membuat apa-apa tentang lemak dibawah kulit itu.


Iklan-Iklan
Anda mencari kerja dirumah, ikuti berkesan danHALAL
Berkongsi  Cerita ; Berita Pun boleh buat $$ tanpa Modal 
Earning for FREE, without investment
Extreme Cash 
Promote Your Affiliate For FREE
This is the best moneymaker in Universal 
Cara mudah dapat `referral' dengan program ini 
Dapatkan 1,000,000  traffik percuma
Cara mudah dapat `referral' dengan program ini 
Dapatkan 1,000,000  traffik percuma
Jana trafik mudah 
Jana pendapatan dengan mudah setiap hari tanpa kos !
Luaskan potensi kewangan anda,
kecil lebih baik,
berkongsi lebih baik,
Dapatkan traffik percuma disini,
Pendapatan Tanpa Pelaburan,
Anda boleh baca,bercakap bahasa English?.
Promote Your Affiliate For FREE
This is the best moneymaker in Universal 
Teknik buat video hebat guna Iphone sahaja **
Download Unseen Apps for iPhone & iPod Touch**
Earning for FREE, without investmentExtreme Cash 

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA