Tuesday, May 3, 2011

Siapa yang tak kenal dengan Osama Bin Laden?  Lebih kurang 10 tahun lepas dia dituduh sebagai mastermind dalam komplot September Eleven, yang meruntuhkan World Trade Center  (WTC) di bandar Manhattan

Berkat propaganda USA itu, maka bermulalah fenomena baru dalam dunia selepas berlakunya konflik kulit putih dan hitam di US, mereka kini menyerang pula dunia Islam dengan fenomena Islamophobia.

CNN memetik sumber berkata, Osama dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.T entera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New ork dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering beranggapan bahawa beliau bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan. 

Pada operasi 1 Mei, dua buah helikopter telah digunakan untuk membunuh Osama dan jenazah beliau telah disemadikan di laut, dan pada tarikh yang sama (23:30 EDT)  Presiden Amerika Obama telah mengumumkan kejayaan membunuh Obama. 

Berikut dengan kejadian itu, rakyat Amerika meraikan kejayaan tentera mereka dan  percaya Osama adalah dalang utama pada peristiwa 9/11.  Seolah-olah kematian Osama  ini berakhirlah segala kejahatan didunia.

 


Kematian Osama ini, secara tidak langsung akan memberi `keuntungan politik' kepada Obama dan meningkatkan `moral' untuk membuli/menghapuskan mana-mana `muslim' yang berani angkat `muka'.  

Marilah kita sedekah `Al-Fatihah' kepada Osama bin Laden, dan biarlah Allah yang menilai kepada perjuangan beliau selama berpuluh tahun itu.
Sejarah hidup dan kegiatan Osama Bin Laden disini : History Osama 

Nota :  Pernahkan kita dengar Christianophobia?


0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA