Saturday, February 12, 2011



Ramai orang menganggap seorang pekerja yang tidur di pejabat waktu tengahari sebagai pekerja yang malas dan akan mengganggu kesihatan. Benarkan anggapan ini? 

Kajian  mendapati  tidur sekejap atau lebih dikenali sebagai `Day Napping'  pada siang hari, dapat menyegarkan semula (refreshing) badan dan minda dan ini dikenali sebagai `Power Nap'. Seorang pekerja yang tidur diwaktu tengahari dapat meningkatkan fokus dan produktiviti kepada kerjanya.

Amalan tidur sekejap diwaktu siang hari  adalah suatu `sunnah' yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah dibuktikan baik untuk kesihatan oleh kajian-kajian saintifik. Diantaranya ialah :-

1. Tidur 30 minit secara rutin tengahari boleh mengurangkan 30% dari sakit jantung berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

2. Dapat membantu menyegarkan otak dengan oksigen yang mencukupi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang telah digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

3. Menjadikan mental dan perasaan lebih tenang dari tekanan sebaik sahaja bangun dari tidur, dan bersedia untuk melaksanakan tugasan dengan lebih produktif hingga ke petang.

4. Menjadikan seseorang itu lebih kreatifiviti yang lebih tinggi, dan meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah. Kajian ini telah dibuat selama 25 tahun mengenai kesan tidur sekejap dinegara-negara industri dan pasca industri.

Kesimpulan : Setiap sunnah Nabi Muhammad SAW yang diajarkan kepada kita mempunyai banyak hikmah yang tersendiri sebagai contoh tidur sekejap diwaktu siang hari. Jangan terlajak tidur sudahlah bak kata perpatah kita  `terlajak kereta boleh undur, terlajak TIDUR ?? jawaplah sendiri he he he.

Jom tengok `style' orang tidur ,
 

 

                 About.com Power Napping for Increased Productivity, Stress Relief & Health
                  LifeHacker A guide to power napping Wikipedia  Defination

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA