Sunday, December 13, 2009

Pada hari sabtu lepas kakak membawa liza dan sekeluarga ke pantai Bagan lalang di Sepang. Kami sampai lebih kurang jam 4.30 petang, lepas solat kami terus menuju ke pantai. Bukan main gembira anak-anaknya, liza malas nak mandi hanya jaga makanan.

Cuaca dipetang itu baik sekali tetapi yang tak `best' air surut. Ramai juga pengunjung yang datang ada yang mandi, bermain bola dan ada yang bermain layang-layang. Lebih kurang 1 jam kemudian kakak datang dengan kedua-dua anaknya siti dan fatin mungkin lapar agaknya kataku dalam hati. Kak liza adik nak baliklah kak tak best mandi sini rungut fatin anak kedua kakak. Kenapa mandi kat sini tak best ker? tanyaku. `Tak best banyak lumpur lah, tengoklah kami kotor jer' jawap fatin. Liza pun terus ke pantai untuk melihat sendiri, memang benar walau ada pasir tapi banyak lumpur.

Kami pun terus menuju ke rumah mak saudara yang tinggal di Taman Seri Bayu tak jauh dengan pantai untuk menumpang mandi. Setelah sampai kerumah si fatin dan siti pun mandi kat luar sahaja sambil buang pasir laut.

Mak long, kenapa pantai banyak lumpur sangat tak macam dulu ? tanya kakak. Ermm..memanglah sejak projek Sepang GoldCoast tu la, projek itu jadi penghalang ombak sebab itulah banyak lumpur. Patutlah jawap kakakku.

Kami makan malam dirumahnya dan lebih kurang jam 9.00 kami pun pulang ke Kuala Lumpur.



Liza: Teringat lagu Zainal Abidin `Hijau' ..
Ingin Mencari Pendapatan Tambahan HALAL Sila Klik Disini, Petua Percuma Untuk Anda

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA