Sunday, October 18, 2009


Oleh kerana cuba mengelakkan seekor kucing, telah menyebabkan 3 sahabat rentung. Kasihan mereka.

Tiga sahabat termasuk seorang warga Amerika Syarikat, rentung manakala seorang lagi cedera parah akibat melecur, selepas kereta yang mereka naiki, terbabas dan terbakar serta meletup atas jambatan dekat Bunut Payung, di sini awal pagi semalam.

Dua mayat ditemui dalam Proton Pesona berkenaan, manakala satu lagi ditemui di bawah kenderaan selepas api dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dan Kota Darulnaim.

Mangsa yang rentung ialah Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dari Tanah Merah; Diana Mohd Kamaruzaman, 22, dari Ketereh serta warga Amerika Syarikat, Gonzalez Christopher, 25, seorang pekerja pelantar minyak di Terengganu.

Pemandu kereta, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, terselamat tetapi melecur kaki, tangan dan badan selepas sempat merangkak keluar sebelum keretanya meletup dan terbakar. Mangsa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd Rafar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu terbabas selepas pemandunya hilang kawalan ketika cuba mengelak seekor kucing.

"Sebaik hilang kawalan, kereta itu merempuh tembok dan penghadang jambatan sebelum berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga terhenti di hujung jambatan.

"Ketika itu, pemandunya sempat merangkak keluar menyelamatkan diri, sebelum kenderaan itu meletup dan terbakar, menyebabkan api menyambarnya. Api yang marak pantas menyebabkan orang ramai tidak dapat membantu mangsa yang tersepit," katanya.

Idris berkata, punca sebenar kemalangan masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dihantar ke HRPZII untuk bedah siasat.

Sementara itu, Tengku Ahmad Nazim yang juga kakitangan Jabatan Perangkaan Kelantan, berkata beliau bersama tiga rakannya dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, selepas menikmati sup belut di Pasir Mas.

"Tengku Shamsu dan Diana adalah rakan saya, manakala Gonzalez kenalan baru yang kami kenal di hotel bandar ini. Saya membawa mereka bersiar-siar sambil menikmati sup belut di Pasir Mas.

"Dalam perjalanan ke Kota Bharu, ketika cuba mengelak seekor kucing yang melintas jalan, kereta saya hilang kawalan dan merempuh tembok serta penghadang sebelum melayang dan terbakar.

"Sejurus merangkak keluar, saya pengsan dan sedar semula ketika di HRPZII," katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan awal.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Ghani Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.13 pagi dan bergegas ke lokasi bersama dua jentera, masing-masing sebuah dari balai Kota Darulnaim dan Kota Bharu.

"Ketika di lokasi, kereta itu sudah musnah terbakar dengan tiga penumpangnya rentung. Kami mengambil masa 20 minit membantu mengeluarkan mayat mangsa dengan memotong komponen kenderaan itu," katanya

Sumber : Berita Harian .

Ingin Mencari Pendapatan Tambahan HALAL Sila Klik Disini
Iklan Percuma Seumur Hidup , Petua Percuma Untuk Anda

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA