Sunday, June 14, 2009

Ini adalah keadaan berjerebu di Putrajaya pada 12 Jun 2009

Memang panas sungguh sekarang ini ditambah pula dengan jerebu. Entah apa nak jadi tak tahulah. Housemate pula ramai yang selesema, batuk dan demam. Liza pun tunggu masa jerlah.
Bukan setakat siang sahaja panas, malam panas kipas kat rumah liza ini dah tak larat nak pusing (maximum speed). Liza terfikir bagaimanalah keadaan cuaca di Malaysia ini 10 -20 tahun akan datang ???. Kasihan generasi akan datang, `kita' wariskan bumi yang `sakit'.

Sebut pasal bumi ini, tahukan anda berapakah umur bumi kita ?? Mengikut kajian umur bumi yang kita tinggal ini sudah berusia 4.5 billion tahun. Dalam masa yang begitu lama manusia hanya wujud tidak sampai satu peratus dari umur dunia. Tetapi kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh `tangan- tangan' yang tidak bertanggungjawap ini sudah terlalu banyak sehingga merubah keadaan bumi. Perubahan mendadak cuaca dunia akibat pelepasan gas-gas beracun cukup membimbangkan para saintis.

Kita mesti sedar bahawa kehidupan kita tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia sahaja tetapi juga hubungan kita dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang kita nikmati sekarang ini adalah `hubungan mesra' diantara manusia dengan alam sekitarnya.

Malahan dalam Islam sendiri sangat-sangat menuntut kita supaya bertanggungjawap dalam memelihara dan menjaga alam sekitar kerana ianya merupakan anugerah Allah yang amat bernilai.

Liza : Mahluk paling kejam ialah MANUSIA itu sendiri..
Ingin Mencari Pendapatan Tambahan HALAL Sila Klik Disini
Iklan Percuma Seumur Hidup

2 comments:

Cornel M said...

Asistenta IT GRATUITA, Posturi TV On line - HBO,TV1000, AXN SciFi

dj.corner said...

Global warming huh?? selama manusia masih terlena dengan keserakahan maka dia tidak akan memikirkan alam. Tahukah kita setiap tahun suhu bumi naik 1 derajat??

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA