Tuesday, January 6, 2009




Pada 17 Januari 2009 ini merupakan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu yang melibatkan Bariasan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

Calon BN diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, akan ditentang calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, 52, dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, 46.

Kawasan Kuala Terengganu merupakan kawasan sengit kerana pernah di `takluk' oleh BN & PAS. Harap pengundi-pengundi disana dapat menjalankan tanggungjawap mereka dengan sebaik-baiknya dengan keluar mengundi.

liza : Love Ganu sokmo..!!

KUALA TERENGGANU: Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, akan ditentang calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, 52, dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, 46.

Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim mengumumkan senarai calon itu di pekarangan Stadium Negeri di sini, kira-kira setengah jam selepas tempoh bantahan berakhir pada jam 11 pagi semalam.

Empat bantahan dikemukakan, tetapi semuanya ditolak, manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohd, menarik diri pada saat akhir. Beliau tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.20 pagi, tetapi tidak menyerahkan borang pencalonan.

Proses penamaan calon berlangsung dalam suasana tenang dan terkawal walaupun lebih 25,000 penyokong BN serta Pas berarak menghampiri kawasan Stadium Negeri. Penyokong kedua-dua parti itu mula berkumpul di perkarangan stadium berkenaan seawal jam 6 pagi untuk menyatakan sokongan kepada calon masing-masing.

Wan Ahmad Farid yang berbaju Melayu biru gelap dan bersamping, adalah calon pertama tiba di Stadium Negeri sebaik saja pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetuai kira-kira 15,000 penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, turut mengiringi calon BN.

Hadir sama, kedua-dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Perpaduan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam proses penamaan calon itu, Wan Ahmad Farid yang baru meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara dan Timbalan Menteri Dalam Negeri kelmarin, dicadangkan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Mohd Sabri Alwi dan disokong Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng. Wan Ahmad Farid menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.13 pagi.

Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sejak 1990, pula tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.10 pagi dan menyerahkan borang pencalonannya pada 9.18 pagi.

Calon Pas itu diiringi Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussein Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Mohamed Nizar Jamaluddin.

Pencalonan Abdul Wahid dicadangkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan disokong Md Azmi Lop Yusoff.

Sementara itu, Azharudin, 46, yang tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.27 pagi dengan diiringi sekumpulan individu berkopiah dan berjubah putih, menarik perhatian orang ramai berikutan gelagatnya keluar masuk dewan untuk mendapatkan penyokong dan pencadang yang berkelayakan mengikut syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pencalonan ahli perniagaan itu kemudian disahkan apabila adiknya, Ahmad Appendy Shah Mamat @ Adam menjadi pencadang dan disokong Zakaria Abdullah.

Seorang peniaga getah sekerap dari Rantau Panjang, Kelantan, Isma Airfath Hassanuddin yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas bagaimanapun tidak muncul di pusat penamaan calon.

To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA