Sunday, November 16, 2008

Liza geram dengan para peniaga kita yang `cekik darah' yang tidak mahu menurun harga walaupun harga minyak dah beberapa kali. Tak tahulah apa sebabnya tetapi mungkin juga `orang tengah' yang tak turun harga sebab itulah peniaga tak `rela' untuk menurunkan harga.

Langkah CUEPACS mengadakan boikot amat-amat liza sokong. Kalau boleh bagi senarai peniaga dan orang tengah yang masih `berdegil' tidak mahu menurunkankan harga produk dan perkhidmatan mereka.

Kita sebagai pengguna, hendaklah `bijak' menggunakan `kuasa beli' yang ada untuk `mengajar' peniaga-peniaga tersebut. Di zaman kemelesatan ekonomi dengan harga komoditi merudum pastinya menghimpit golongan miskin.

Liza harap semakin ramai NGO seperti CUEPACS yang memperjuangkan nasib pengguna, macam NGO-NGO diluar negeri, disamping pemantauan dari kerajaan.

Ini sedutan berita dari Utusan Malaysia

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan satu perhimpunan memboikot para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, perhimpunan itu akan diadakan di ibu negara pada Disember ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

‘‘Para peniaga yang enggan menurunkan harga barang akan diboikot, ini kerana harga minyak sudah beberapa kali diturunkan tetapi harga barang masih sama di paras ketika kenaikan harga minyak dulu.

“Ini sememangnya tidak adil bagi pengguna dan sewajarnya peniaga wajib menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak semasa seperti yang diumumkan oleh kerajaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Perkhidmatan Kakitangan Awam dan Isu Semasa di Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu semalam.

CUEPACS dianggotai oleh kira-kira 1.2 juta ahli, MBM seramai 3.5 juta manakala FOMCA yang merangkumi 11 gabungan mempunyai 11,000 ahli,

Omar berkata, perhimpunan tersebut adalah bagi mendesak serta memberi kesedaran kepada para peniaga supaya akur dengan saranan kerajaan menurunkan harga barangan.

Menurutnya, kenaikan harga barang bukan sahaja dirasai penduduk bandar tetapi juga di luar bandar dan antara alasan mereka ialah kos pengangkutan serta harga borong masih mahal.

Pada masa sama katanya, pengguna juga perlu bijak menggunakan kuasa mereka bagi memberi pengajaran kepada para peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.

Sementara itu, Exco MBM (Bahagian Kepenggunaan), Irmohizam Ibrahim ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, tujuan NGO itu bergabung adalah untuk mendidik dan menyedarkan pengguna tentang hak dan peranan mereka.

Menurutnya, Kempen Konsumer Kebangsaan yang akan dilancarkan itu bukan bertujuan menjejaskan ekonomi negara malahan bertindak selaras dengan seruan kerajaan yang mahu peniaga menurunkan harga barang.

“Sekiranya peniaga masih berdegil sehingga Disember ini, maka badan ini akan mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan drastik ke atas peniaga terbabit,’’ katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman pula berpendapat, syarikat-syarikat pengeluar barangan, makanan dan bahan mentah yang besar sebenarnya yang mengawal harga barang di pasaran.

Menurutnya, pengguna kini boleh membandingkan harga-harga barang yang murah di beberapa pasar raya dan memboikot barangan yang tidak langsung berganjak daripada harga ketika minyak naik dahulu.

Tujuan NGO itu bergabung katanya, ialah untuk membentuk badan pendesak kepada para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang.

Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman bagaimanapun berpendapat, sebelum NGO berkenaan membuat tindakan tersebut, mereka sepatutnya mengenal pasti di peringkat mana dan punca harga barang tidak boleh diturunkan.

“Siapa sebenarnya yang patut diboikot sama ada pengimport, peruncit atau pemborong kerana dikhuatiri ada pihak-pihak yang turut menjadi mangsa kepada tindakan boikot itu,” katanya.


Boikot produk-produk Israel !!

To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup
Tambah Pendapatan

0 comments:

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA