Thursday, August 28, 2008


Teras Budget 2008

* Sistem cukai pendapatan satu peringkat dicadang diperkenalkan mulai 2008 bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan pentadbiran cukai korporat.

* Menerusi sistem cukai satu peringkat, keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat syarikat dan dividen yang diterima dikecualikan cukai.

* Tempoh peralihan enam tahun akan diberikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem cukai satu peringkat.

* Penguragan lanjut cukai korporat sebanyak 25 peratus akan dilaksanakan pada 2009. Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus.

* Berkuatkuasa 1 Januari, 2008, penilaian swasta dibenarkan untuk tujuan menilai pembayaran duti setem, bagi pemindahan hartanah.

* Berkuatkuasa 1 Januari, 2008, Jabatan Kastam akan menggabungkan 16 borang kastam kepada empat borang sahaja

* Menubuhkan Lembaga Pengawasan Perakaunan Syarikat Awam di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti bagi mengawas juruaudit syarikat-syarikat awam.

* Meminda semula Tadbir Urus Korporat bagi meningkatkan kualiti lembaga pengarah syarikat awam tersenarai.

* Bagi syarikat dan syarikat pengantara yang menunjukkan tahap tadbir urus yang tinggi, akan diberi status laluan hijau, yang meliputi proses kelulusan yang lebih cepat dan memanjangkan tempoh lesen.

* Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31 Disember, 2010.

* Lebih 1,000 vendor Petronas diminta bergabung supaya lebih kompetitif di peringkat global. Pengecualian duti setem akan diberi atas semua instrumen berkaitan penggabungan vendor-vendor yang dilaksanakankan sebelum 31 Disember, 2010.

* Pemilikan syarikat pengurusan dana dan syarikat pengurusan REIT dibenarkan sehingga 70 peratus, dengan baki pemilikan minimum 30 peratus di kalangan Bumiputera kekal.

* Kadar komisyen bagi dagangan Internet dan transaksi tunai pendahuluan boleh dirundingan sepenuhnya bagi mengurangkan kos transaksi dalam perkongsian pelaburan oleh pelabur runcit.

* Yuran penjelasan akan dikurangkan kepada 0.03 peratus daripada 0.04 peratus, dengan yuran maksimum RM1,000.

* Caj minima bagi transaksi pembrokeran ditetapkan pada kadar RM40.

* Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.

* Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara

* Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiyai syarikat pengurusan dana ats semua yuran yang diterima berhubung aktiiti pengurusan dana Islam.

* Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.

* Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.

* Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasusk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.

* Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

* Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.

* Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

* Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI.

* PKS akan diberikan kelonggaran dua tahun untuk membayar cukai pada akhir tahun kewangan berbanding ansuran bulanan.

* Penyedia kemudahan rangkaian akhir akan diberikan elaun pelaburan 100 peratus atas perbelanjaan modal yang digunakan untuk jalur lebar sehingga 31 Disember, 2010.

* Pengecualian cukai jualan dan duti import akan diberikan ke atas peralatan jalur lebar dan peranti akses pengguna.

* RM12 bilion akan dibelanjakan dalam empat tahun akan datang, bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

* Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang akan dilaksanakan menerusi tender tidak lama lagi.

* Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Sabah dan Koridor Sarawak akan dilancarkan tidak lama lagi.

* Bagi membasmi kemiskinan tegar, RM214 juta diperutukan untuk Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat; dan RM117 juta untuk Program Pengurangan Kemiskinan dan Program Lonjakan Mega.

* RM680 juta untuk pembinaan jalan-jalan kampung dan luar bandar, RM462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik, RM70 juta untuk kemudahan sosial, dan RM15 juta untuk pendidikan ICT di luar bandar.

* Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk pelakanaan projek SchoolNet bagi menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.

* RM13 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital, pembelian bekalan ubat dan perkakasan kesihatan.

* Pembinaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Hospital Tampin, Hospital Rehabilitasi Cheras serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur pada 2008.

* Dalam usaha menyemai tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan genda serta program pembangunan vendor tempatan dan Bumiputera, dalam penyata CSR.

* Penubuhan dana permulaan RM50 juta untuk membiayai bersama projek CSR terpilih.

* RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis keerja penyelenggaraan.

* Galakan taraf perintis 100 peratus atau elaun cukai perlaburan sebanyak 60 peratus selama lima tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam pembinaan makmal bertaraf antarabangsa bagi pengujian peranti perubatan.

* Dalam menyemai tanggungjawab sosial (CSR), syarikat senarai awam (PLC) perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan gender serta program yang dijalankan bagi membangunkan vendor tempatan dan Bumiputera dalam penyata CRS mulai tahun kewangan 2008.

* Kerajaan akan menyokong usaha untuk menubuhkan Dana CSR dengan peruntukan awal RM50 juta, untuk digunakan bagi membiayai projek-projek CSR terpilih.

* RM9.7 bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis kerja penyelenggaraan.

* RM176.9 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2008, meningkat 10.9 peratus berbanding Bajet 2007, dengan RM128.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM48.1 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM64 bilion atau 49.6 peratus perbelanjaan mengurus ialah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM36.2 bilion untuk emolumen, RM25.5 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan, RM2.1 bilion untuk pembelian aset dan RM1.13 juta untuk perbelanjaan lain.

* Peruntukan terbesar ialah untuk perbelanjaan pembangunan yang melibatkan RM20.6 bilion untuk sektor pertanian, industri dan infrastruktur; RM15.6 bilion untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan; RM7.0 bilion untuk sektor keselamatan; RM2.9 bilion untuk pentadbiran; dan RM2.0 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2007 berbanding 3.3 peratus pada 2006.

* Defisit Fiskal dikurangkan lagi kepada 3.1 peratus pada 2008.

* Pertumbuhan ekonomi pada 2008 disasarkan antara 6.0-6.5 peratus pada 2008.




To subscribe click Click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Iklan Percuma Seumur Hidup

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA