Wednesday, April 30, 2008

3 hari lepas liza baru balik kampung, mak merungut harga beras naik 2 kali dalam masa sebulan. Ada peniaga kampung yang dah naikkan sehingga 3.50 menjadi Rm30.00 bagi 20kg beras jati dengan alasan pemborong telah menaikkan harga.

Melampau betul. Salah siapa peruncit? pemborong? negara pengeksport?

Pastinya Harga makanan, termasuk beras, yang melambung tinggi telah mencetuskan kegelisahan rakyat bukan sahaja di negara kita bahkan di beberapa negara hingga mencetuskan bantahan, seperti di Haiti dan Filipina


Ini pula kenyataan akhbar utusan mengenai kenaikan harga beras.

KUALA LUMPUR 30 April - Harga beras super tempatan 15 peratus hancur yang dikawal oleh kerajaan tidak boleh dinaikkan sesuka hati melebihi harga yang ditetapkan iaitu di antara RM16.50 dan RM17.50 bagi 10 kilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata, peniaga yang didapati menjual beras tersebut melebihi harga yang ditetapkan itu akan dikenakan tindakan.

''Kalau beras 15 peratus hancur naik harga, itu boleh lapor kepada kementerian saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga beras ekoran kenaikan harga komoditi itu di pasaran dunia sejak akhir-akhir ini.

Beras gred super tempatan 15 peratus hancur dikawal antara RM1.65 dan RM1.75 sekilogram, mengikut kawasan, dibeli dan diguna oleh golongan berpendapatan rendah di negara ini. Bagaimanapun, di sesetengah tempat, harga beras super tempatan dijual melebihi harga RM19 bagi 10 kilogram.

Shahrir berkata, kenaikan harga beras import yang tidak dikawal sememangnya dijangka ekoran kenaikan harga beras dunia selepas berlakunya krisis bekalan komoditi itu di negara-negara pengimport seperti harga beras Siam (Thailand) yang meningkat sehingga RM32 bagi 10 kilogram.

Sehubungan itu, katanya, beliau menjangkakan permintaan terhadap beras tempatan yang dikawal harganya oleh kerajaan akan meningkat memandangkan rakyat akan bertukar menggunakan beras itu berbanding yang diimport kerana harganya lebih rendah.

Katanya, kerajaan akan memastikan bekalan beras super tempatan tersebut mencukupi dan harganya kekal rendah serta menjamin bekalan sampai kepada golongan sasar.

''Dalam menangani masalah kenaikan harga beras, rakyat perlu menukar cara hidup, contohnya kalau dulu makan beras Thailand mungkin kini kena turun makan beras tempatan," katanya.

Shahrir berkata, selaras dengan jangkaan peningkatan permintaan terhadap beras tempatan, beliau meminta kerjasama PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) dan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian supaya memantau pasaran bagi memastikan bekalan mencukupi dan harganya terkawal.








Liza : 20kg beras 3 bulan baru habis..

To subscribe click Click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here
Dengar Era Disini

1 comments:

sagameem said...

harga beras naik satu hal,
semalam adik balik dari shopping je dah merunggut..."cuma bleh beli beras 2 kampit je sorang".
sedangkan kami biasanya beli lebih pada tu sebulan...
nampaknya kena shopping 2 kali le bulan nie ye!

Google+ Followers

Popular Posts

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA