Thursday, December 27, 2007


Liza ingin mengucapkan tahniah untuk adik- adik kita yang telah berjaya mendapat Gred A semua mata pelajaran. Kepada yang kurang berjaya jangan terlalu berdukacita usaha - usaha lagi untuk mencapai kejayaan di SPM nanti.



Liza : Tahniah Hafizah !!! semoga kejayaan adik menjadi peransang kepada adik-adik yang lain...

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii@yahoo.com
To view more HERE
hereView The Top Rated Video Here

Berita Penuh..

2Seramai 7,668 pelajar atau 5.9 peratus daripada 469,401 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 4.5 peratus tahun lepas dan 4.9 peratus pada 2005.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom yang mengumumkan analisis keputusan PMR itu hari ini berkata ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan kebangsaan telah berjaya melahirkan semakin ramai murid cemerlang.

"Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama melalui pendidikan," katanya.

Alimuddin berkata terdapat 559 calon yang mendapat Gred E iaitu belum menguasai tahap pencapaian minimum semua mata pelajaran berbanding 524 pada 2006 dan 569 pada 2005.

"Angka tersebut jika dibandingkan dengan jumlah calon yang cemerlang adalah sangat kecil," katanya.

Dalam kalangan calon istimewa terdiri pelajar kurang upaya, seramai lima orang daripada 968 calon mendapat Gred A dan 23 orang mendapat Gred E.


Alimuddin berkata bahawa purata penguasaan murid dalam kemahiran berbahasa pada Gred A, B, C dan D ialah 83.1 peratus berbanding 82.3 tahun 2006 dan 83.5 peratus 2005.

"Purata pencapaian murid yang mencapai kemahiran bahasa pada Gred A ialah 21.0 peratus berbanding 19.5 tahun 2006 dan 20.1 peratus pada 2005," katanya.

Alimuddin berkata penguasaan kemahiran berbahasa murid PMR tahun ini adalah stabil berbanding dua tahun sebelumnya.

Bagi kemahiran Matematik, peratusan murid yang mendapat Gred A,B, C dan D meningkat dengan ketara iaitu kepada 87 peratus daripada 82.8 peratus pada 2006. manakala murid yang mendapat Gred E turun kepada 13 peratus berbanding 17.2 tahun 2006.

"Daripada segi kualiti, peratusan murid yang mendapat Gred A juga tinggi iatu 25.5 peratus berbanding 22.3 peratus pada 2006," kata Alimuddin.

Peratusan murid yang menguasai kemahiran saintifik dalam PMR adalah stabil pada 89.1 peratus berbanding 90.2 peratus 2006 manakala yang mencapai gred A adalah 17 peratus berbanding 16 peratus tahun sebelumnya.

Murid yang mendapat gred E adalah 10.9 peratus berbanding 9.8 peratus pada 2006.

Alimuddin berkata ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bukan sahaja tidak menjejaskan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam peperiksaan PMR, malahan berfaedah kepada mereka.

Mengenai pencapai antara calon bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, Alimuddin berkata walaupun pada keseluruhannya masih terdapat perbezaan tetapi jurangnya semakin rapat terutama bagi mata pelajaran Matematik.

Katanya pada 2007, pencapaian calon bandar ialah 88.2 peratus berbanding 84.5 peratus 2006 manakala pencapaian pelajar luar bandar ialah 84.5 peratus pada 2007 berbanding 79.2 2006.

Bagi mata pelajaran Sains, katanya, data menunjukkan tiada perbezaan ketara antara murid bandar dan luar bandar.

Pada 2007, calon bandar mencapai lulusan 89.4 peratus manakala luar bandar mencatat 88.2 peratus. - Bernama



0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA