Saturday, April 14, 2007


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak
di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5
Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang
umurnya sudah lanjut dimamah masa

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati
masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan
yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan
si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu
terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam
betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan
diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua
bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn
pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh
nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan
eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua
ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita
nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda
membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari.
Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku
minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter
baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra
gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam
jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap
kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK
TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...


Sambungan... Ini pulak kisah AYAM masuk Mahkamah

SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini semalam penuh sesak dengan tertuduh dan riuh dengan kokokan 18 ayam jantan yang dibawa ke mahkamah sebagai barang kes berhubung kes tuduhan berjudi 42 orang di kawasan terbuka.

Tertuduh, 40 orang termasuk tiga wanita mengaku bersalah manakala dua lagi memohon dibicarakan di depan Majistret Suhaila Haron.

Mereka yang mengaku bersalah masing-masing dihukum denda RM700 seorang, manakala yang memohon dibicarakan diperintahkan diikat jamin RM1,500 seorang.

Semua tertuduh membayar denda dan wang jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Tertuduh yang berumur antara 20 hingga 63 tahun itu dituduh berjudi di kawasan terbuka di sebuah dusun berhampiran Estet Mantin, kira-kira jam 9.30 malam, Sabtu lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Judi Rumah Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau enam bulan penjara.

Suhaila turut menetapkan 24 Februari 2004 sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap dua lelaki yang tidak mengaku bersalah itu.

Kedua-duanya diwakili peguam Ikram Cheah manakala pendakwaan dilakukan Cif Inspektor K K Chong.

Sabtu lalu, tiga wanita dan seorang lelaki warga Thailand adalah antara 42 orang yang ditahan polis ketika leka bertaruh menyabung ayam dipercayai membabitkan pertaruhan beribu-ribu ringgit di sebuah dusun buah-buahan di Mantin, Sabtu lalu.

Kira-kira 100 orang termasuk kanak-kanak yang dipercayai datang dari Kuala Lumpur, Johor dan Melaka bertempiaran lari ke arah hutan berdekatan ketika serbuan dilakukan.

Serbuan pada jam 9.30 malam itu dilakukan sepasukan 30 anggota Unit Tindakan Cepat (CRT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Negeri Sembilan dan Balai Polis Mantin.

Pasukan itu diketuai Ketua CRT IPPK negeri, Cif Inspektor Tan Lion Lock dan Ketua Balai Polis Mantin, Cif Inspektor Fauzi Hassan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Aris Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan itu didalangi satu sindiket pertaruhan.

Dalam serbuan itu, polis merampas 18 ekor ayam jantan yang dipercayai digunakan untuk bersabung, RM539 wang tunai, beberapa sangkar ayam, kira-kira 60 taji, lampu dan generator elektrik bagi menerangkan tempat kegiatan itu dijalankan.

sumber :

Berita Harian, 30 Dis 2003

_______________________________________________________________

Terima Kasih Diatas Perhatian Anda
To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA