Assalamualaikum semua. Pagi ini kita telah dikejutkan dengan pemergian pelawak dan pelakon veteran A R Badul yang telah dikatakan telah meninggal dunia.
Tetapi yang lebih mengejutkan bila beliau belum meninggal dunia seperti mana yang dilaporkan dalam Harian Metro
Berita adalah petikan dari Harian Metro
“SAYA reda tapi kecewa dengan penyebaran
berita palsu ini. Mungkin mereka ingat orang seni ini boleh dipermainkan
sesuka hati,” kata pelakon veteran terkenal AR Badul, 70, mengenai
penyebaran berita palsu mengatakan dia meninggal dunia pagi tadi.
Badul
ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu niat utama individu yang
menyebarkan berita palsu itu hingga dihubungi ahli keluarga dan rakan
sejak pagi tadi.
“Sejak
kebelakangan ini semua benda nak ditularkan tanpa usul periksa.
Seolah-olah mereka mengambil alih tugas dan kerja media selain ingin
menjadi yang pertama mengeluarkan cerita.
“Saya tidak tahu apa motif individu ini. Adakah dia sekadar nak berseronok atau mempunyai niat tertentu,” katanya.
Terdahulu
seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Mohamad Zidi’ menerusi
status yang dimuat naik memberitahu pelawak itu meninggal dunia.
Berita itu kemudiannya menjadi tular selain ia turut dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut
Badul, dia menganggap individu atau pihak menularkan berita palsu itu
langsung tidak memikirkan perasan serta kesan yang bakal timbul.
Katanya,
sejak pagi tadi dia tidak putus-putus menerima panggilan telefon dan
mesej WhatsApp daripada keluarga, saudara-mara dan rakan.
“Malah
ada juga ahli keluarga yang menetap di Singapura nak datang ke Kuala
Lumpur kerana bimbang tidak dapat bertemu dengan saya.
“Tindakan yang dibuat individu terbabit langsung tidak memikirkan kesan serta mengejutkan ramai pihak.
“Saya
harap individu yang menyebarkan berita palsu mengenai kematian ini
menerima balasan setimpal atas perbuatan dilakukan,” katanya.
Dalam
pada itu, Badul tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan
terhadap individu yang menyebarkan fitnah terbabit kerana kes sebegitu
kerap berlaku dalam kalangan selebriti namun berharap ada tindakan
diambil pihak bertanggungjawab.
Menyentuh
mengenai keadaan kesihatannya, Badul berkata, keadaannya semakin baik
namun akan kembali dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 4
Mac depan untuk rawatan susulan.
Pada Ahad lalu, Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.
0 comments:
Post a Comment