Thursday, December 6, 2018


ULASAN :  Sayangilah bayi anda!! Ibubapa yang bersalah !!

SEORANG bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbalut tuala ditinggalkan dalam bilik menyusu di sebuah pasar raya di Tanjong Tokong, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian yang hanya disedari pada 6 petang itu, bayi terbabit dikatakan baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam bilik berkenaan.
Difahamkan, bayi itu mungkin dilahirkan dalam tandas di pasar raya terbabit berdasarkan kepada penemuan darah oleh pengunjung dalam tandas.

Individu yang melahirkan bayi itu kemudian meninggalkan bayinya dalam bilik menyusu terbabit sebelum terus beredar.

Seorang saksi yang juga pekerja medan selera dalam pasar raya itu, Noorfazzlinda Zamani, 33, berkata dia sedang memotong ikan sebelum terdengar cerita mengenai penemuan bayi.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke bilik menyusu terbabit dan ketika itu orang ramai sedang mengerumuni untuk melihat bayi berkenaan.

“Orang ramai kemudian menghubungi polis dan saya hanya sempat melihat gambar bayi terbabit yang sempat dirakam rakan melalui kamera telefon bimbitnya.

“Bayi itu kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan dan bagi saya individu yang meninggalkan bayi terbabit memang kejam,” katanya.

Sementara itu, pasukan forensik polis ketika ini masih berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA