Garis Panduan Vape Bakal Dikeluarkan.
Ini berita terbaru untuk penghisap vape.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan satu garis panduan khas penggunaan alatan vape kepada pengguna tidak lama lagi.
Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya kini sedang giat membuat kajian menyeluruh tentang mekanisme-mekanisme yang sewajarnya dipatuhi dalam kalangan penghisap vape di negara ini.
“Ia (kajian) antara lain akan memperhalusi ciri-ciri seperti jenis bateri vape yang digunakan termasuk jenis penapis sama ada mengeluarkan asap dalam kuantiti yang banyak atau sebaliknya.
“Bagi perisa cecair pula, KPDNKK akan menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam dan terperinci bagi mengelakkan berlakunya pertembungan pendapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Perundingan Koperasi Kebangsaan kali Ke-2 di Hotel Istana di sini semalam.
Sumber KOSMO
0 comments:
Post a Comment