Sekadar Gambar Hiasan
Akibat taksub dengan fahaman songsang
dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita
bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap
lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat. Dalam serbuan jam 11.50 pagi
semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara'
di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang
ramai.
Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta
terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan
tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan
bidaah. Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara,
Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit
dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.
Menurut sumber, wanita
berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu
bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk
melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang. "Beliau
anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti
tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan
sebagainya. "Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan
teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan
warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan
luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam,"
katanya.
Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman
songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai
tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.
Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan,
wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan
menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran
bercanggah serta sesat.
"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak
bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap
suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan
dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya. "Ketika
pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang
berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya,
manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet. Sementara itu
Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan
disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Sumber BH
0 comments:
Post a Comment