Thursday, May 24, 2007


Suatu pagi seorang anak perempuan yang baru
masuk sekolah primary bertanya kepada mummynya,

"Mummy, mummy..sex tu apa, mummy?"

Terkulat-kulat si ibu. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman
sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-
anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang
hangat dibincangkan, mulalah si ibu mencari-cari jawapan yang sesuai
dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ibu pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak,hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ibu menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan suaminya sejak dari zaman sekolah menengah
lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang
bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu
kehairanan.

'Eh kenapa ni?"

Si ibu bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

"Jawapan mummy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni
pendek.Mummy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis.... .

NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terima Kasih Diatas Perhatian Anda

To subscribe click here
To visit click http://cybercafe2u.blogspot.com
To Exchange Link email lizeii86@gmail.com
To view more HERE
Get free Traffic here
View The Top Rated Video Here

0 comments:

Popular Posts

Ads

Penafian ( Disclaimer )

Laporan percuma yang pasti mengubah hidup anda dan bakal membebaskan anda dari terus menjadi 'HAMBA DUIT'!.
Jemput DOWNLOAD PERCUMA